Reaksi MyWau Berhubung PKPB Selangor, KL & Putrajaya

Bukan mudah untuk kita para peniaga untuk menerima PKP sekali lagi. Menyusahkan. Dan memeritkan. Itulah yang dirasai oleh mereka yang terlibat dalam perniagaan khidmat (service), terpaksa keluar, menggunakan fizikal serta tidak ada pilihan untuk diubah ke online

Sebaliknya, ianya positif kepada para peniaga online di mana golongan ini berjaya menjana pendapatan walau sekadar minima bagi menampung kehidupan. Benarlah. Setiap sisi musibah, ada hikmahnya. Dengan cara berbeza. Pulangan berbeza. 

Berbalik dengan pengumuman yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, negeri Selangor, Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diarahkan untuk diakan sekatan bersyarat (PKPB). Ini bertujuan untuk menangani kes Covid-19 yang semakin meninggi akibat dari beberapa kluster yang merebak. 

Berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan, ianya menyebut tentang beberapa langkah yang telah diputuskan seperti berikut:

1. Kegiatan ekonomi di ketiga-tiga negeri ini dibenarkan beroperasi untuk keseimbangan. 

2. Peraturan pergerakan keluar daerah diperketatkan, di mana, ianya hanya dibolehkan atas asbab bekerja sahaja. 

3. Pembelian barangan dapur pula dikhususkan kepada 2 orang saja dari setiap rumah. 

4. Kenyataan rasmi atau SOP yang lebih menyeluruh akan dipersembahkan kepada awam dalam masa terdekat. 

Di sini, MyWau berpendirian, untuk terus beroperasi seperti biasa atas faktor berikut:

1. Tiada larangan khas untuk menutup sebarang aktiviti perniagaan memandangkan ianya demi kestabilan ekonomi rakyat dan negara. 

2. Logistik adalah salah satu perniagaan perlu (essential) dan ianya mengcakupi keperluan perniagaan rakyat Malaysia. 

3. MyWau kebanyakannya beroperasi di atas talian di mana ianya tidak menganjurkan kepada sebarang perhimpunan yang boleh menyebarkan virus ini. 

Walau bagaimana pun, ahli komuniti MyWau harus bersedia menerima untuk menghadapi sedikit kelewatan penghantaran dek banyak sekatan jalan raya diadakan di dalam ketiga-tiga negeri ini. Ini belum lagi diambil kira PKPB yang ketat di daerah Klang yang telah diputuskan lebih awal. 

Apa-apa pun, MyWau tetap beroperasi seperti biasa. Pihak khidmat pelanggan kami pun bekerja pada setiap hari. Jadi, anda tidak perlu risau. Okey?

Teruskan memborong di China. 

[VIDEO] Kunjungan Rasmi MyWau ke Bright Star bawa penyelesaian?

Pada beberapa minggu yang lalu, tim MyWau yang diketuai oleh Tuan Mohd Faiz telah berjaya berbincang dengan CEO Bright Star Logistic, Mr. Jack. Agenda mesyuarat yang telah ditetapkan tidak lain tidak bukan untuk membangunkan servis shipping MyWau. 

Menerusi apa yang diperkatakan oleh Coach Faiz di Vlog MyWau di atas, pertemuan ini direalisasikan bagi memperkemaskan struktur penghantaran. Bukan setakat MyWau, wakil dari AK Movers juga turut kelihatan. Umum ketahui, saudara Ghazali adalah rakan baik kepada tuan Mohd Faiz dan pernah bekerjasama menerusi penghantaran facemask sebelum ini. 

Manakala, En. Faris pula berpendapat mesyuarat yang dijalankan telah mencapai beberapa objektifnya. Antara yang beliau ingin highlight kan adalah, Bright Star juga mempunyai HUB di Sabah dan Sarawak. En. Faris, selaku pengurus logistic bersetuju untuk berhubung saja dengan En. Mark untuk tindakan lanjut. 

Sila tonton Vlog kami juga berada di link ini: https://www.youtube.com/watch?v=RwjFZmuGOHA

 

BARANGAN MELIMPAH, KAPAL TERBANG TAK CUKUP

Saban tahun kita berjumpa dengan ‘peak season’. Kalau tidak pada hari sebelum raya menjelang, mesti di hujung tahun. Waktu itu, semua orang yang shipping barangan dari China akan berdepan satu masalah yang sama. DELAY!


Hari ini boleh dikatakan satu dunia berdepan dengan satu wabak pandemik. Menggerunkan. Ratusan ribu manusia terkorban. Kalau ikut pada data, lebih 500 ribu yang berjangkit. Peningkatan yang sangat cepat. Bahaya.

Maka, di sini lah menjadi kekangan buat semua industri logistik. Baik di eropah atau di Asia. Habis semuanya terkesan dengan pandemik ini. Berdasarkan maklum balas pihak logistik rasmi MyWau di Guangzhou, kini terdapat hanya dari 2-5 penerbangan sahaja yang menguruskan penghantaran kargo dari China ke Malaysia. Setiap hari.


Berbanding sebelum pandemik, ianya tercatat sebanyak 20-25 jenis penerbangan kargo. Ianya banyak. Dan sangat sesuai dengan bilangan permintaan. Sampai ke destinasi pun dalam kadar masa 5-10 hari saja. 


Hari ini, untuk makluman semua, permintaan sangat menggila. Lambakan barang di lapangan terbang menyebabkan banyak yang tertangguh. Bukan disebabkan kapal terbang tiada, tetapi ianya kerana faktor kapal terbang yang tidak cukup. Bukan mudah. 


Disebabkan itulah, dari sepatutnya sampai sekitar 7-10 hari kini berlanjutan ke 19 atau 20 hari. Maka, diharap kepada semua pengguna MyWau bersabar dan teruskan berdoa agar situasi ini kembali pulih macam dulu. Sebenarnya, bukan saja MyWau yang terkesan. Ramai pemain industri logistik yang terkesan juga. 


Akhir kata, hadamlah kalimat orang tua, biar lambat, asal selamat. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Fahamkan pelanggan situasi sebenar. Usah mencari balah, tapi carilah penyelesaian. 


Sama-sama kita hadap. Sama-sama kita selesaikan. Sama-sama kita menang. #Covid19 #Kitajagakita #Kitajagamywau #MywauJagaKita


Sumber gambar: MKN & Air Cargo Week

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout