Reaksi MyWau Berhubung PKPB Selangor, KL & Putrajaya

Bukan mudah untuk kita para peniaga untuk menerima PKP sekali lagi. Menyusahkan. Dan memeritkan. Itulah yang dirasai oleh mereka yang terlibat dalam perniagaan khidmat (service), terpaksa keluar, menggunakan fizikal serta tidak ada pilihan untuk diubah ke online

Sebaliknya, ianya positif kepada para peniaga online di mana golongan ini berjaya menjana pendapatan walau sekadar minima bagi menampung kehidupan. Benarlah. Setiap sisi musibah, ada hikmahnya. Dengan cara berbeza. Pulangan berbeza. 

Berbalik dengan pengumuman yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, negeri Selangor, Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diarahkan untuk diakan sekatan bersyarat (PKPB). Ini bertujuan untuk menangani kes Covid-19 yang semakin meninggi akibat dari beberapa kluster yang merebak. 

Berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan, ianya menyebut tentang beberapa langkah yang telah diputuskan seperti berikut:

1. Kegiatan ekonomi di ketiga-tiga negeri ini dibenarkan beroperasi untuk keseimbangan. 

2. Peraturan pergerakan keluar daerah diperketatkan, di mana, ianya hanya dibolehkan atas asbab bekerja sahaja. 

3. Pembelian barangan dapur pula dikhususkan kepada 2 orang saja dari setiap rumah. 

4. Kenyataan rasmi atau SOP yang lebih menyeluruh akan dipersembahkan kepada awam dalam masa terdekat. 

Di sini, MyWau berpendirian, untuk terus beroperasi seperti biasa atas faktor berikut:

1. Tiada larangan khas untuk menutup sebarang aktiviti perniagaan memandangkan ianya demi kestabilan ekonomi rakyat dan negara. 

2. Logistik adalah salah satu perniagaan perlu (essential) dan ianya mengcakupi keperluan perniagaan rakyat Malaysia. 

3. MyWau kebanyakannya beroperasi di atas talian di mana ianya tidak menganjurkan kepada sebarang perhimpunan yang boleh menyebarkan virus ini. 

Walau bagaimana pun, ahli komuniti MyWau harus bersedia menerima untuk menghadapi sedikit kelewatan penghantaran dek banyak sekatan jalan raya diadakan di dalam ketiga-tiga negeri ini. Ini belum lagi diambil kira PKPB yang ketat di daerah Klang yang telah diputuskan lebih awal. 

Apa-apa pun, MyWau tetap beroperasi seperti biasa. Pihak khidmat pelanggan kami pun bekerja pada setiap hari. Jadi, anda tidak perlu risau. Okey?

Teruskan memborong di China.