Harga Shipping by Sea Semenanjung Bakal Diturunkan pada 1 November 2020!

MyWau dengan ini ingin memberitahu berita gembira buat semua penggemar Shipping by Sea ke Semenanjung bahawasanya harga shipping bakal diturunkan.

Harga terkini berjumlah RM420 akan diturunkan ke harga RM390 pada 1 November 2020 ini. Berita baik ini turut dikongsikan oleh tuan Mohd Faiz bin Zakaria pada malam pelancaran MyWau Pay & Points, 27 Oktober 2020 yang lalu.

Berita ini telah disambut dengan baik, namun ada juga yang bertanyakan tentang harga shipping by sea ke Sabah dan Sarawak. Sebagai menjawab kepada persoalan tersebut, tuan Faiz memohon maaf kepada pengguna Sabah dan Sarawak kerana masih tidak mampu menurunkan harga shipping lantaran kos yang agak mahal berbanding di Semenanjung.

Namun begitu, tuan Faiz juga memaklumkan untuk terus berusaha mencari jalan agar harga shipping dari China ke Sabah dan Sarawak juga dapat dikurangkan pada satu masa nanti.

Oh ya, anda juga boleh melayari sendiri video pelancaran MyWau Pay & Points di sini >>

Notis Kargo MAB KLIA Maklum Berlaku Sedikit Penangguhan Bagi Pengguna Penghantaran mengikut Kapal Terbang

Shipping delay, Shipping undelivery atau apa sahaja masalah dengan dunia shipping dari luar negara, ianya sebenarnya normal. Tanyalah siapa sahaja yang terlibat dalam hal import barangan ini pasti tidak akan lekang dengan masalah ini. 

Lain hal cerita kali ini. Bencana pandemik Covid-19 betul-betul membadai segenap pelusuk dunia dan mengakibatkan jutaan perniagaan terkesan. Bahkan ada yang dulunya kaya raya, ditanggung muflis akibat tiada pelan ganti dikala kecemasan. 

MyWau digemparkan hari ini dengan menerima kiriman screenshot dokumen yang mempunyai kepala surat Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM). Di dalam surat ini mengandungi kenyataan serta situasi yang dihadapi oleh pihak kargo KLIA dalam mendepani musibah Covid-19 ini. 

Menurut surat yang telah kami terima, pihak Kargo KLIA terpaksa menangguhkan sekejap oprasi menyusun barangan yang diterima dari luar negara kerana faktor kekurangan kakitangan serta banyak lokasi yang sedang disanitasikan. Antara yang menjadi kekangan besar buat mereka adalah, pihak Kargo KLIA kehilangan majoriti staf penting kerana terpaksa melaksanakan perintah kuarantin akibat dari kontak rapat dengan rakan sekerja yang positif Covid-19. 

Maka, MyWau mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua pengguna yang berhadapan dengan isu Flight Delay agar tidak panik dan kekal bersabar. Ini adalah dugaan yang tidak mampu kita kawal sama sekali. Pihak MyWau telah mendapatkan maklumat terus dari Pengurus kami di China, dan mereka memaklumkan hal ini boleh membawa kepada satu minggu penangguhan. 

Apa-apa pun, marilah sama-sama kita doakan agar ianya kembali pulih, dan pihak Kargo KLIA dapat beroperasi semula dengan kadar maksimum seperti biasa. Harap maklum. 

MyWau Versi 4.0 Dilancarkan dengan Keupayaan MyWau Pay dan Kelebihan MyWau Points

Umum mengetahui, malam semalam (27 Oktober 2020) di dalam Facebook Group Rasmi MyWau telah dilancarkan MyWau Apps versi 4.0 di mana ianya mempamerkan ciri-ciri lebih lengkap seperti “wallet” dan sistem Redemption Points bagi manfaat buat semua pengguna. Ianya adalah satu sejarah lagi yang telah ditempa oleh MyWau.

MyWau Pay

Buka MyWau > Pay & Points > MyWau Pay > Create New

Sistem pertama yang diperkenalkan kepada seluruh ahli adalah, sistem MyWau Pay. Di mana, ianya menuntut semua ahli untuk mendaftar “Wallet” mereka di MyWau Apps bagi memudahkan MyWau untuk:

  • Melakukan sebarang refund tanpa menunggu hari Khamis, pada setiap minggu.
  • Memudahkan sistem membaca proses pembayaran di MyWau Apps sekaligus tidak mendatangkan resah kepada pengguna.

Ianya sangat convenient kepada semua user, di mana pengguna selepas ini berupaya untuk:

  • Tidak lagi memohon masuk ke bank bagi setiap kali pembayaran di Alipay, Pinduoduo mahupun Shipment.
  • Tidak lagi membayar caj transaksi yang mahal untuk pembelian barangan bawah RM300.
  • Tidak lagi berhadapan dengan masalah PAY OFF yang berkesudahan dengan duit baki yang tidak boleh di’trace’ sepanjang menggunakan Alipay MyWau.
  • Anda boleh menebus kembali saki baki wang anda di wallet untuk dipindahkan ke akaun bank anda.

Jadi dengan adanya MyWau Pay, kami boleh terus refund semula ke wallet anda bagi meneruskan tempahan produk berikutnya tanpa perlu berbincang panjang dengan pihak Customer Service MyWau.

MyWau Points

Sudah lama, pengguna MyWau menunggu bilakah masanya MyWau ingin lancarkan Points penghargaan. Ya, semalam sekali lagi menjadi sejarah selepas 2 tahun penubuhan MyWau.

Buka MyWau > Pay & Points > MyWau Points

Pengguna boleh terus melayari di menu Pay & Points untuk melihat katalog hadiah yang boleh anda redeem. Seronok kan? Bila berbelanja ada hadiah dapat lagi Cashback. Wow!

So, apa tindakan yang harus anda buat sekarang?

Pertama: Anda wajib mendaftar akaun MyWau Pay anda menerusi halaman MyWau Pay.

Kedua: Sesudah itu, anda boleh menambah nilai (TOPUP) untuk menyediakan duit di dalam “wallet” anda bagi menggunakan Alipay atau Pinduoduo atau Shipment anda.

Ketiga: Anda boleh melalukan withdrawal tanpa susah payah menunggu sehingga hari Khamis, untuk berbuat demikian. Okey?

Maka, dengan ini penulis ingin mengucapkan selamat mencuba kepada semua pengguna MyWau dan rasailah pengalaman berbelanja cara MyWau Pay & Points!

Anda juga boleh menonton siaran ulangannya di sini:

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout