MYWAU merupakan sebuah jenama yang dimiliki oleh Syarikat MIND TRADE Sdn. Bhd.
MyWau menjadi simbol usahawan membangun dengan latihan Borong China secara online. Di MyWau, kami telah berjaya melatih lebih 10,000 usahawan secara atas talian atau di luar talian. Dengan kelas teknikal yang kami anjurkan kini melebihi 70 kelas di serata negeri, maka kami anggarkan, pada tahun 2022 kelak, kami akan mempunyai 20,000 ahli MyWau yang aktif berniaga.

04 Tahun sejak 2018
MyWau adalah syarikat yang mesra Teknologi.
Oleh kerana itulah, menjadi kebanggaan buat kami adalah dengan tertubuhnya aplikasi yang bernama MyWau. Aplikasi ini telah memberikan kemudahan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia yang berniaga dengan barangan import dari China. Antara teknologi atau produk IT kami yang lainnya adalah:
- MyWau Dropship
(Auto Sync dengan kedai Shopee anda)
- MyWau Flix
('Netflix' Borong China dan Shopee)
- MyWau Mall
(Sistem Kedai Online anda)
Kami juga menerima sebarang jemputan ceramah atau penganjuran kelas usahawan terutamanya di dalam bidang Borong China dan Shopee. Antara syarikat atau organisasi yang telah menjemput kami adalah:
- RISDA
- MARA melalui syarikat konsultan
- Kolej Komuniti Mara
- Pusat Pembangunan Usahawan UIAM (EDC)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan
Akhir kata, MyWau ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan dalam usaha kita membantu anak bangsa berjaya di dalam industri perniagaan ini.
....
MOHD FAIZ BIN ZAKARIA
Pengarah Urusan
MIND TRADE SDN BHD





Misi & Visi
Impian kami di MyWau adalah menjadi satu penanda aras di dalam industri Borong China dan keusahawanan yang mesra teknologi.

MyWau akan melahirkan 20,000 usahawan progresif menjelang 2022 di kalangan komuniti MyWau sedia ada.

MyWau akan memastikan terdapat program yang akan melibatkan mahasiswa IPT menerusi siri program jemputan.

MyWau mesti menganjurkan program pemantapan kemahiran berniaga di kalangan komuniti MyWau secara berkala dan berkesan.

MyWau mesti menguruskan program-program tambahan atau ulangkaji bagi memantapkan lagi kemahiran usahawan MyWau. We must aspire others!

MyWau mesti memastikan ada proses yang terlibat dalam menambah nilai kualiti usahawan yang ada di dalam komuniti MyWau.
Hubung Kait Kelas MyWau
Di bawah ini adalah \"aliran proses\" atau FLOW bagaimana anda boleh mahir berbisnes Borong China dan bergelar usahawan berjaya.
Kemahiran MyWau
Buat masa ini, MyWau adalah antara syarikat Borong China yang agresif menjalankan kelas secara atas talian dengan modul yang sangat lengkap. Ianya terbukti dengan hasil testimoni peserta-peserta kami.

MyWau mampu untuk membangunkan usahawan dari biasa kepada luar biasa.
Namun bukan 100% diserahkan kepada MyWau semata-mata. Untuk berjaya, peserta juga harus memberikan komitmen yang cukup luar biasa. Mampu untuk ulang kaji modul, buat belian berkali-kali serta memahami tips & trick yang telah MyWau ajarkan sepanjang kelas berlangsung. MyWau tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang. Cogan kata MyWau hanyalah, siapa buat dia dapat. Siapa yang menunggu, peluang akan dirembat. Apa-apa pun. resipi mengapa kelas MyWau mampu melahirkan usahawan berjaya adalah kerana:
Kekuatan modul PRAKTIKAL
Modul TEORI
Kelas Ulangkaji
Keberjayaan Hasil Pembelajaran
Garis Masa
Berikut adalah garis masa MyWau yang menghimpunkan siri kejayaan MyWau \'memecah rekod\' pencapaian sendiri.
2013
Sejarah Awal
Tuan Mohd Faiz telah membina jenama Jom Memborong di China (JMDC) dan beroperasi di Sri Gombak. Ianya bertahan sehingga tahun 2017 sahaja kerana atas faktor penukaran jenama baharu.
2015
Waktu Puncak Kejayaan JMDC
En. Razali menyertai JMDC bersama dengan En. Usman Suardi. Jenama JMDC hangat di pasaran dengan lambakan seminar yang telah 'full house' walau di mana pun ianya diadakan.
2016
Dugaan Awal
En. Faiz mengundur diri dari JMDC kerana mahu mencabar diri. JMDC diterajui oleh En. Muaz (rakan kongsi JMDC) ditemani En. Usman. En. Razali nekad mengikuti jejak langkah En. Faiz.
2017
Naik Turun
En. Faiz dan En. Razali tekad mewujudkan satu syarikat baharu dengan menaikkan jenama Akademi Borong China. Pada peringkat awal, ianya tampak manis. Sekali lagi jenama ini meletup kerana sokongan rakan bisnes En. Faiz. Namun ianya tak lama. Pertengahan tahun 2017, En. Faiz 'struggle' untuk menaikkan jenama ini sehingga menyaksikan seorang demi seorang meninggalkan syarikat. Sehinggalah di penghujung tahun, formula MyWau muncul.
Januari 2018
MyWau Tercipta!
Ianya bermula dengan segunung harapan. En. Faiz dan En. Razali telah menaruh harapan kepada 3 orang anak muda yang direkrut dari UIAM. Izrin (Graphic designer), Faris (webmaster) dan Rasyid (developer). Sebuah pengenalan yang epik untuk mereka bertiga. Projek pertama adalah jualan DVD ilmu memborong dari Taobao.
Februari 2018
Projek Gagal
Projek DVD kami boleh dikatakan gagal sepenuhnya. Di peringkat awal ianya laku di pasaran kerana sokongan rakan En. Faiz. Kemudiannya, ianya tidak terjual kerana faktor DVD sudah tidak relevan pada waktu itu.
Mac 2018
Permulaan Sebuah Kelas Praktikal
Kelas yang telah menggantikan projek DVD mendapat sambutan. KPI pertama kami adalah 20 orang untuk di setiap lokasi. Semua tempat berjaya melepasi KPI kecuali Terengganu dan Kelantan. Kami tidak berputus asa. Kelas pada peringkat awal ini dijalankan dengan sangat 'simple'. Air pun kami bancuh sendiri tau. Recycle air pagi kemudian ditambah ais. Sangat melucukan. Pada waktu ini juga penukaran nama syarikat berlaku dari Global Trade Solution kepada MIND TRADE Sdn. Bhd.
April 2018
Sistem MyWau Dilancarkan!
Tak sangka sistem MyWau kami telah ditunggu-tunggu oleh semua peserta kelas Borong China yang telah bermula sejak Februari lalu. Sistem ini telah dibangunkan sejak Januari 2018 lagi. Maka, buat pertama kali dalam sejarah, terdapat 300 pengguna terawal Aplikasi MyWau. Dan pada 4 April 2018, shipment pertama telah dilancarkan oleh En. Faiz sendiri. Oleh kerana itu lah, kami memilih 4 April sebagai 'tarikh lahir' aplikasi MyWau.
Julai 2018
Kelas 1688 diperkenalkan
Ternyata sambutan Kelas Taobao Chapter 1 membawa kepada Kelas Taobao & 1688 untuk Chapter 2. Seramai lebih 2,000 ahli MyWAU berjaya direkrut. Aplikasi MYWAU berjaya memperkenalkan sistem pembayaran ALIPAY buat pertama kalinya.
September 2018
Magis Kelas 1688 Berterusan
Magis Chapter 2 (Taobao & 1688) diteruskan ke Chapter 3. Tour mula diperkenalkan. Kami mula ke Kedah & Penang, Johor & Melaka.
Januari 2019
Kelas Shopee melakukan debut
Jadual Chapter 4 mula dikeluarkan. Kali ini, Kelas Shopee pula telah diperkenalkan.
April 2019
"Baby" GTC Muncul
Di penghujung Chapter 4, sekali lagi kami perkenalkan program baru MyWau iaitu Kelas Tender Kerajaan (Goverment Tender Class) yang dibawakan oleh En. Faridzman Mansor.
Mei 2019
Syarikat pertama MyWau di Guangzhou ditubuhkan
MyWau telah meletakkan satu lagi batu asas kejayaan dengan secara rasminya menubuhkan Syarikat MyWau Co. Ltd di China. Ianya bertujuan untuk tumbesaran syarikat dalam menampung keperluan ahli MyWau yang semakin ramai seperti kuota Bisnes Alipay dan WechatPay.
Jun 2019
Chapter 5 membuka tirai
MyWau merasmikan Chapter 5 kelas Taobao & 1688. Kelas Shopee juga diperkenalkan sebagai kelas kedua terbesar selepas Borong China.
Disember 2019
Pecah rekod kelas offline dengan program mega pertama
MyWau melaksanakan kelas Mega Taobao & 1688 dalam sehari di Kuala Lumpur yang menghimpunkan 300 orang peserta.
Januari 2020
Kelas Instagram diperkenalkan di Chapter 6
MyWau membuka tirai kelas Instagram & Shopee untuk Chapter 6. Kelas Instagram adalah kelas terbaru MyWau untuk sesi 2020.
Februari 2020
Ancaman Covid-19
Selepas Tahun Baru Cina, China dilanda wabak Covid-19. Ini memaksa Warehouse melanjutkan penutupan operasi sehingga 4 minggu dari cuti Tahun Baru Cina yang sudah mengambil masa selama 3 minggu. Ya, 2 bulan gudang MyWau ditutup!
Mac 2020
Kelas fizikal berakhir!
Pada 21 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilancarkan di Malaysia. Staf diarahkan bekerja dari rumah. Penangan Covid-19 di Malaysia dijangka meningkat. Kelas terakhir kami secara fizikal adalah kelas Shopee di Shah Alam.
April 2020
Fasa pertama kelas Online MyWau
Pihak Kerajaan China mengumumkan bahawa lebih 70% sektor dibuka, termasuk warehouse MyWau. Ahli MyWau yang meningkat ke 6,000 kembali aktif. Namun masa ini, masih ramai yang ragu-ragu untuk kembali memborong kerana virus. Semua kelas MyWau di’online’kan.
Jun 2020
Kelas Online mula diterima orang ramai
Chapter 7 kami bermula dengan kelas online demi mematuhi S.O.P yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Program Taobao & 1688 dan Shopee akan dijalankan dari minggu ke minggu secara berturut-turut.
Jun 2020
HR MyWau direkrut
Buat pertama kali MyWau merekrut HR yang pertama sejak penubuhan. Sebelum ini, ianya dipegang oleh admin, kemudiannya Account seterusnya dipangku sementara oleh GM MyWau. HR tersebut adalah Puan Farhana.
Oktober 2020
En. Wan Nak Bercuti?
En. Wan, Pengurus Jabatan Jualan MyWau memutuskan untuk bercuti tanpa gaji selama 3 bulan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.
Disember 2020
Make MyWau Visible!
Retreat MyWau berjalan dengan cukup baik dan diadakan di PD. Antara perancangan terbaik untuk memastikan “Make MyWau Visible mission” tercapai pada 2021. Di samping itu, team Payment juga berjaya melancarkan satu alternatif baharu di bahagian payment ke China menerusi sistem Bank Transfer di 1688. Ini berikutan kes limitasi Alipay MyWau yang semakin menjadi-jadi.
Januari 2021
Chapter 8 Tanpa En. Wan & Bakat Baru
Chapter 8 bermula dengan kelas secara online sepenuhnya. Bermulanya pencarian bakat-bakat baru untuk Customer Service dan juga Marketing: Creative Designer. En. Wan pula memutuskan untuk menyambung lagi 3 bulan cuti tanpa gaji untuk menghabiskan probation sebelum berhenti dan buat comeback di MyWau.
Mac 2021
En. Wan membuat comeback
Encik Wan, Pengurus Jualan MyWau telah buat satu comeback selepas memutuskan untuk bercuti tanpa gaji dan menimba pengalaman di syarikat jualan barangan berteknologi sebagai seorang Sales Engineer. Pada bulan ini juga, MyWau berjaya mengaktifkan Alipay Company yang telah disahkan oleh pihak Bank di China.
April 2021
Anugerah Tahunan MyWau Gilang Gemilang
Pertama kali MyWau menyambut Malam Anugerah Tahunan MyWau disekalikan dengan sambutan Ulang Tahun MyWau ke-3. Program berlangsung sangat meriah dengan dihadiri para VIP members, Ex-Staff serta seluruh kakitangan MyWau. Malam ini juga, En. Faiz mengumumkan untuk menawarkan Ammar Qaiyum jawatan Marketing Manager MyWau. Sebelum ini, Ammar hanya la Ketua Unit Marketing yang berada di dalam Jabatan Jualan sahaja.
Mei 2021
Pecah Rekod!
Team sales berjaya mencatat rekod sendiri dengan mendapatkan lebih 1200 peserta untuk kelas Shopee dan Borong China. Tidak pernah berlaku dalam sejarah. Sebelum ini paling tinggi pun seramai 600-800 orang saja. Kejayaan ini tidak datang dengan begitu sahaja. Sejak En. Wan kembali ke Mywau, satu projek telah diperkenalkan iaitu projek 'Gold Partner Mywau'.
Jun 2021
Tim IT MyWau Sibuk!
Tim IT mendapat projek luar kedua mereka selepas ADSFLIX. ECJ telah datang dan meminta MyWau membantu mereka dengan mencipta ECJFLIX. Projek Pool Order juga sedang dibangunkan pada waktu ini dengan menjadikan Kak Fuzna sebagai beta tester.
September 2021
MyWau Mall dilancarkan
Asalnya projek ini ditubuhkan untuk Pool Order. Namun secara tiba-tiba En. Faiz ingin mengenetengahkan sistem ini dengan keperlbagaian fungsi. Maka MyWau Mall muncul. Tanggal 16 September 2021 menjadi tarikh keramat lahirnya satu lagi sistem mudah alih usahawan dalam kategeri e-commerce.
Januari 2022
MyWau Voucher Menjadi Payment Method Rasmi
Saban tahun ada saja perubahan yang dilaksanakan di bahagian payment gateway MyWau Apps. Untuk memudahkan rekod akauntan Mywau, serta memudahkan user Mywau membayar di luar waktu operasi bank, maka Voucher di perkenalkan.
Mac 2022
Tiada MyWau Mall, Tetapi MYPOOL!
Demi kelangsungan sistem, Mywau menukar strategi dengan rebrand kepada MyPool dan digunakan untuk dipromosi di dalam kels Pool Order dan telah memanfaatkan ratusan ahli Pool Order.
April 2022
Sistem HR MyWau Yang Tersendiri
Akhirnya, setelah 4 tahun beroperasi dengan menumpang sistem luar, tim IT MyWau berjaya membangunkan URUZ dengan kemudahan fungsi yang pelbagai.
Mei 2022
Berhentikan MyWau Dropship
Oleh kerana, Shopee begitu strict dengan menyekat mana-mana akaun yang sync dengan sistem dropship asing (3rd party) maka Mywau memutuskan untuk memberhentikan servis ini. Pelanggan yang sedia ada hanya boleh menghabiskan stok semasa sahaja. Tiada pengambilan peserta dropship baharu sejak dari tarikh ini.
Julai 2022
Kerjasama bersama RISDA menerusi MYSPARK
Alhamdulillah tim Academy MyWau berjaya memperoleh satu projek bersiri bersama Risda dengan membawa sales & marketing kepada pengusaha Risda melalui 10 siri sehingga November 2022.
September 2022
TNB ILSAS bekerjasama dengan MyWau!
Dengan menempatkan hampir 15 siri utama training Borong China, Shopee, Sales & Marketing serta Tiktok program ini berlangsung dengan suksesnya. Antara manfaat terbesar adalah, peserta dapat menyertai kelas ini secara percuma saja.
November 2022
MYSPARK Premium Pula Menyusul!
Usai selesai MySPARK series sejak Julai, pihak RISDA telah memohon untuk tim Academy mengembangkan modul pembelajaran dengan subjek yang lebih premium.
13997
MyWau Apps User since 2018
738
MyPool User since 2021
180
Classes since 2018
Ahli Pasukan MyWau
Ini adalah orang kuat MyWau yang berhempas pulas untuk membantu para usahawan MyWau. Dari 5 orang kini sudah mencapai 30 orang kakitangan. Senarai penuh kakitangan boleh dilihat di halaman \"Our Team\".




Konsultan Belian Barang dari China
Adakah anda TIADA MASA untuk belajar dan memborong sendiri? Anda hanya SELESA mengupah konsultan? Kenapa tidak mahu menggunakan perkhidmatan MyWau?
Ahli Tegar MyWau
Berikut adalah komentar para ahli MyWau yang didapati di MyWau Apps, di Google dan di Facebook Review.

