BARANGAN MELIMPAH, KAPAL TERBANG TAK CUKUP

Saban tahun kita berjumpa dengan ‘peak season’. Kalau tidak pada hari sebelum raya menjelang, mesti di hujung tahun. Waktu itu, semua orang yang shipping barangan dari China akan berdepan satu masalah yang sama. DELAY!


Hari ini boleh dikatakan satu dunia berdepan dengan satu wabak pandemik. Menggerunkan. Ratusan ribu manusia terkorban. Kalau ikut pada data, lebih 500 ribu yang berjangkit. Peningkatan yang sangat cepat. Bahaya.

Maka, di sini lah menjadi kekangan buat semua industri logistik. Baik di eropah atau di Asia. Habis semuanya terkesan dengan pandemik ini. Berdasarkan maklum balas pihak logistik rasmi MyWau di Guangzhou, kini terdapat hanya dari 2-5 penerbangan sahaja yang menguruskan penghantaran kargo dari China ke Malaysia. Setiap hari.


Berbanding sebelum pandemik, ianya tercatat sebanyak 20-25 jenis penerbangan kargo. Ianya banyak. Dan sangat sesuai dengan bilangan permintaan. Sampai ke destinasi pun dalam kadar masa 5-10 hari saja. 


Hari ini, untuk makluman semua, permintaan sangat menggila. Lambakan barang di lapangan terbang menyebabkan banyak yang tertangguh. Bukan disebabkan kapal terbang tiada, tetapi ianya kerana faktor kapal terbang yang tidak cukup. Bukan mudah. 


Disebabkan itulah, dari sepatutnya sampai sekitar 7-10 hari kini berlanjutan ke 19 atau 20 hari. Maka, diharap kepada semua pengguna MyWau bersabar dan teruskan berdoa agar situasi ini kembali pulih macam dulu. Sebenarnya, bukan saja MyWau yang terkesan. Ramai pemain industri logistik yang terkesan juga. 


Akhir kata, hadamlah kalimat orang tua, biar lambat, asal selamat. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Fahamkan pelanggan situasi sebenar. Usah mencari balah, tapi carilah penyelesaian. 


Sama-sama kita hadap. Sama-sama kita selesaikan. Sama-sama kita menang. #Covid19 #Kitajagakita #Kitajagamywau #MywauJagaKita


Sumber gambar: MKN & Air Cargo Week