SISTEM MYWAU PAY AKAN DIJENAMAKAN & PERUBAHAN BESAR DI BAHAGIAN PEMBAYARAN DI SELURUH SISTEM MYWAU APPS UNTUK 2022

Setiap tahun akan terdapat sesuatu perubahan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kali ini, terdapat beberapa keadaan di mana ianya menghadirkan rasa gelisah kepada sesetengah pengguna yang terlupa untuk menekan butang return to FPX sekaligus membuatkan semua pembayaranya berstatus draft. 

Bukan itu saja, bagi pengguna Brunei atau beberapa pengguna negara sekitar, mereka tidak dapat menggunakan kelebihan Mywau Pay kerana Mywau tidak menyediakan fungsi pembayaran kad kredit/debit untuk membuat sebarang tambah nilai. Mereka terpaksa menggunakan direct payment yang mana memaksa pengguna terpaksa menanggung upah pembayaran sehingga 3%. 

Maka kami telah menyiapkan sesuatu agar ianya dapat memanfaatkan semua pihak bermula 2022. 

MYWAU VOUCHER AKAN DIGUNAKAN BERMULA JAN 2022

Mywau Voucher akan mengambil alih cara pembayaran sepenuhnya. Anda bukan saja dapat rasai kemudahan pembayaran melalui sistem ini, bahkan ianya boleh berevolusi di masa akan datang di mana akan memudahkan para pengguna untuk menyelesaikan sebarang pembayaran di masa akan datang. 

Bagi pengguna direct payment FPX atau Kad Kredit, anda hanya perlu membeli Mywau Voucher sahaja. Tukarkan jumlah nilai RM anda kepada nilai Mywau Voucher sebelum anda membayar Alipay, Pinduoduo, Manual Bank Transfer atau pun Shipment. Pembayaran di setiap perkhidmatan pula tidak melibatkan sebarang bank, maka tiada caj transaksi dikenakan. Untuk merasai penjimatannya, anda hanya perlu membeli Mywau Voucher dengan nilai yang lebih sebelum menyimpannya untuk digunakan di semua perkhidmatan yang anda. 

Ya, seperti yang anda fikirkan, ianya seolah seperti Mywau Pay. Anda seperti sedang menambah nilai, hakikatnya anda hanya menukar nilai wang anda kepada Mywau Voucher sahaja. Bagi pengguna shipment, anda akan berpeluang untuk mendapatkan maksimum 5 points hadiah untuk setiap nilai RM1 anda. 

Tidak seperti sebelum ini, hanya pembayaran melalui Mywau Pay saja yang mempunyai nilai sebegitu. FPX dan Kad Debit/Kredit pula memberikan anda nilai 2 points sahaja untuk setiap RM1 perbelanjaan di bahagian Shipment. Maksudnya di sini, sekiranya anda membelanjakan sebanyak RM50 Mywau Voucher untuk satu shipment di Mywau, maka anda bakal membawa pulang 250 points tanpa pengurangan. 

SO, ADAKAH MYWAU PAY SUDAH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN ATAU BAGAIMANA? 

Mywau Pay masih dikekalkan fungsinya di Mywau. Namun ianya diterhadkan untuk tujuan withdrawal sahaja. Di sini, anda bebas untuk mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa sahaja di dalam waktu bekerja. 

Manakala untuk membayar dengan menggunakan Mywau Voucher, anda masih lagi memerlukan Mywau Pay Pin yang sama. Nombor Pin ini adalah 6 nombor yang telah anda aktifkan semasa mendaftar Mywau Pay sebelum ini. 

BAGAIMANA KALAU MYWAU VOUCHER SAYA MEMPUNYAI BAKI? ADAKAH BOLEH DITUKAR GANTI SEMULA KEPADA DUIT RM? 

Mywau Voucher merupakan sebuat produk di Mywau. Ianya sesekali tidak akan menggantikan matawang RM. Namun begitu, ianya tidak bermaksud Mywau Voucher tidak boleh dikembalikan semula kepada Mywau. 

Begini, sebenarnya, setiap baki dalam Mywau Voucher anda BOLEH untuk dipulangkan semula dan ditukar ganti dengan nilai RM mengikut baki yang ada. Anda hanya perlu menebus keluar saja baki yang ada tanpa sebarang caj. Kami akan terus memulangkan semula ke dalam akaun Mywau Pay anda. Selepas itu, pada bila-bila masa sahaja, anda boleh mengeluarkan duit anda ke dalam akaun bank anda menerusi perkhidmatan Toyyibpay di mana mereka akan mengambil caj pengeluaran sebanyak RM0.30 sahaja. 

Jadi di sini, ianya sekali lagi mempunyai fungsi yang tidak jauh beza dengan Mywau Pay. Cuma ianya dijenamakan semula agar nampak lebih teratur dan memudahkan setiap pengguna untuk dapat membeli Mywau Voucher di semua halaman servis Mywau. Anda tidak perlu pergi jauh untuk mencari Mywau Voucher seperti apa yang anda alami selama menggunakan Mywau Pay. 

DIRECT PAYMENT FPX DAN KAD KREDIT/DEBIT? 

Fungsi ini kami pindahkan secara total ke dalam pembelian Mywau Voucher. Ini bermakna, baik kepada pengguna Malaysia atau Brunei, anda kini mempunyai kelebihan yang sama rata di mana anda berupaya untuk membeli Voucher sebelum menggunakannya untuk tujuan pembayaran di semua halaman servis yang ada. 

Bukan itu saja, points di bahagian Shipment juga anda akan dapat full points, sama dengan mereka yang membayar menggunakan Mywau Pay sebelum ini. 

BAGAIMANA UNTUK BETUL-BETUL MENDAPATKAN PENJIMATAN DI DALAM MYWAU APPS? 

Mudah saja. Beli Mywau Voucher dengan nilai yang lebih. Sebagai contoh, beli dengan nilai RM100. Maka, anda boleh gunakannya untuk membayar Alipay yang bernilai RM30, Shipment berharga RM50 dan Pinduoduo yang bernilai RM20 tanpa sebarang caj transaksi. Menarik bukan? 

Caj pembelian Mywau Voucher saja yang ada, iaitu belian menggunakan FPX Online Banking mengundang RM1 / transaksi, manakala pembelian menerusi Kad Debit/Kredit membawa kepada caj transaksi sebanyak RM1-3% per transaksi. Hanya sekali saja caj dikenakan, anda berupaya untuk mengelak dari dikenakan caj bagi tujuan transaksi-transaksi lainnya. 

Kami faham, tak semua yang suka kaedah untuk meletakkan nilai yang tinggi seperti senario di atas. Ada juga yang mahu membayar semua servis Mywau dalam nilai yang cukup-cukup saja. Ya, anda juga boleh lakukan sebegitu dengan Mywau Voucher. 

Sebagai contoh, nilai Alipay anda adalah RM560.70. Maka anda hanya perlu membeli voucher yang terdapat di halaman Alipay 1688 sebanyak RM560.70. Selesai membuat pembelian, baru anda boleh menggunakan Mywau Voucher untuk anda bayarkan Alipay tersebut. Ya, mungkin ianya ada extra step sebelum anda berjaya membayar Alipay. Tetapi, ianya membantu sistem untuk terus verify pembayaran Alipay anda tanpa perlu menekan butang return to FPX atau apa sahaja butang yang ada. 

Ini sekaligus membuatkan pembayaran Alipay 1688, Manual Bank Transfer atau shipment anda berjalan dengan lebih lancar. Tim Mywau juga akan terus dapat membayar kepada seller dengan lebih cepat, kemudian shipment juga dapat diuruskan dengan lebih pantas kerana pembayaran menerusi Mywau Voucher lebih mudah untuk disahkan. 

KELUARKAN BAKI MYWAU PAY ANDA HARI INI UNTUK BANTU TOYYIBPAY PINDAHKAN KE AKAUN ANDA PADA HARI BESOKNYA (JUMAAT). 

Seperti yang telah dijelaskan di atas, pembayaran di Mywau Apps hanya akan melalui Mywau Voucher saja. Sesiapa yang ada baki di Mywau Pay, anda boleh keluarkan bermula hari ini. Pindahkan ke akaun bank anda. 

Sebelum tu, sila semak akaun bank anda sebelum menekan butang withdrawal. Ini kerana, ada yang tersilap mengisi no. akaun bank dengan no. kad ATM. Pihak Toyyibpay tidak dapat memindahkan wang sekiranya terdapat masalah di no. akaun bank anda. 

Pemindahan wang ke akaun bank anda akan mengambil 2-3 hari bekerja. Jadi, sesuai sangat untuk anda keluarkan sahaja pada hari artikel ini diterbitkan (Khamis) dan akan diuruskan pada hari esoknya (Jumaat). Bagi yang mengeluarkan pada Jumaat, akan diuruskan pada hari Isnin (minggu seterusnya). 

Harus diingat juga, caj withdrawal Mywau Pay adalah sebanyak RM0.30. Nilai akan ditolak dari baki sedia ada di dalam akaun Mywau Pay anda. jadi, anda harus meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM0.30. 

Semoga di tahun 2022, kita semua dapat menggunakan servis Mywau Apps dalam serba baharu. Kaedah pembayaran yang lebih lancar akan memudahkan urusan harian kita. Tidak perlu lagi kita membuang masa untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Mywau dek kerana pembayaran kita dikatakan berjaya, sedangkan duit sudah ditolak. 

MYWAU TIDAK ADA USAHA UNTUK SELESAIKAN SHIPMENT YANG SANGKUT KE?

Pelbagai persoalan demi persoalan yang muncul di dalam mana-mana whatsApp group atau telegram rasmi Mywau. Betul, ianya berlaku dan membuatkan ramai yang tidak gembira. 

Begini, biar kami ringkaskan apa sebenarnya yang berlaku.  Dalam dua bulan terakhir ini, sebelum berlakunya bencana banjir, kami mendapat satu dokumen sulit Kastam dari rakan logistik kami di China, berhubung satu operasi luar biasa sempena akhir tahun. 

Antara butirannya menyebut, terdapat operasi yang akan dijalankan bermula Oktober – Disember 2021 di mana Kastam boleh menyekat, menyita atau membuat pemeriksaan pada setiap kontena yang tiba dari negara luar di pelabuhan Malaysia. Pemeriksaan bukan dijalankan dalam kadar normal, tetapi akan dibuat 2-3 kali yang mana boleh mengakibatkan ianya disimpan lebih lama dari hari-hari biasa. 

Tidak lama selepas itu, bencana Banjir pula muncul di sebalik kesulitan ini yang mengakibat banyak lokasi di Shah Alam lumpuh dari sebarang operasi. Mujurlah warehouse yang betanggungjawab menerima kontena dari Mywau selamat dari banjir. Malangnya proses penghantaran juga terpaksa berhenti kerana lori luar tidak boleh memasuki gudang dan lori sedia ada tidak boleh keluar. 

Walau bagaimana pun Mywau tidak hanya duduk menanti semuanya reda. Di bawah ini, saya kongsikan keratan komunikasi yang dijalankan sendiri oleh Tuan Faiz, selaku founder Mywau yang tidak jemu mengusahakan sesuatu. 

Kali ini cukup luar biasa. Penangan sekatan Kastam masih tiada jalan keluar melainkan hanya perlu diusahakan agar kontena dapat direleasekan dengan lebih cepat. Sehingga beberapa kali agen lantikan logistik China Mywau telah pergi beberapa kali bagi memastikan pemeriksaan kastam dapat diselesaikan dengan sesegera mungkin. 

Bukan itu saja, di pihak China jugak beberapa kali menghubungi pihak kastam untuk menyegera tindakan mereka. Bahkan ada satu berita yang telah naik dalam berita utama di negara China di mana laporan menyebut, ada kereta pegawai kastam dibakar akibat amukan salah seorang agen forwarding Malaysia yang tidak tahan menunggu kontena mereka dilepaskan. Ianya menjadi tular di kalangan rakan logistik di China.

TERKINI: HANYA 1 SAHAJA KONTENA YANG MASIH BERADA DI DALAM PEMERIKSAAN KASTAM

Dalam perbualan panjang Tuan Faiz bersama dengan bos DDEXPRESS terdapat hanya satu saja lagi kontena yang berada di dalam pemeriksaan kastam. Di dalam kontena bukan saja terdapat barangan ahli Mywau bahkan terdapat juga barangan yang bukan dari kalangan ahli Mywau.

Dikhabarkan juga ianya adalah shipment yang telah dipos dari China sejak 1-2 bulan lepas lagi. Kita akui, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, tetapi ianya tetap berlaku di luar kawalan dan kehendak Mywau itu sendiri.

Mengikut perbualan antara Tuan Faiz dan Steven, 1 kontena ini didakwa masih belum ditandatangani oleh pihak berwajib. Tandatangan itu lah proses terakhir sebelum ianya betul-betul dilepaskan oleh pihak Kastam. 

Biasanya Kastam hanya perlu buat satu pemeriksaan sahaja. Di mana pada fasa ini, paling lama akan berada di dalam lingkungan Kastam hanya dalam 7 hari saja. Tidak perlu sampai 14 hari seperti yang berlaku sekarang. 

Ini bermakna pihak Kastam telah buat 2 kali pemeriksaan ketat (heavy inspection). Mujurlah ianya tidak disita atau disekat oleh pihak Kastam. Ini membuktikan kontena ini bersih dan sah dikeluarkan. Sekiranya ianya diputuskan untuk disita, maka proses akan mengambil masa sekitar 4 – 6 bulan baru boleh diselesaikan. 

Oleh kerana kontena ini dikhabarkan telah disahkan bersih dari sebarang kesilapan atau kesalahan, maka agen lantikan logistik China telah memfailkan satu laporan untuk dibawa ke perhatian pihak Kementerian Pengangkutan, YB Wee Ka Siong. Pihak Mywau difahamkan usaha ini perlu dilakukan agar dapat membawa isu yang sama dibangkitkan oleh rakan kurier yang lain yang turut terkesan dengan operasi yang tidak masuk akal ini. 

Ianya telah memberikan impak negatif kepada para pengusaha tempatan secara tidak langsung. Berapa ramai yang perlu menanggung kerugian akibat kelambatan penghantaran produk belian dari China ini? Ini yang harus dipandang jua oleh pihak berwajib.  

Tuan Faiz juga memaklumkan kepada seluruh pasukan bahawa ianya dibawah pantauan yang begitu serius. Beliau sendiri telah bertungkus lumus setiap hari pagi dan petang untuk mendapatkan maklum balas positif dari pihak agen Kastam di Malaysia dan rakan logistik di China. 

Menurut Tuan Faiz lagi, Steven meminta jasa baik kepada Mywau menunggu dari 7-10 hari lagi untuk memastikan permasalahan 1 kontena ini berjaya diselesaikan dengan baik. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk membawa perhatian dari pihak Kementerian juga.

Alice, merangkap Pengurus Gudang di China juga mengesahkan bahawa terdapat satu mesyuarat tergempar dijalankan di ibu pejabat Kastam semalam.

MYWAU MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA

Akhir kata dari Mywau, kami harap tuan puan semua yang terkesan dapat menerima permohonan maaf kami bagi kes yang masih dalam Kastam ini. Di dalam database kami mencatatkan hampir 19 shipment yang berada di dalam kontena yang dimaksudkan. 

Pihak Mywau tidak akan lari dan akan selesaikan segala shipment yang masih belum selesai. Berikutan dengan musibah banjir, ada banyak lagi shipment yang perlu dihantar. Doakan agar urusan di peringkat gudang dapat diselesaikan dengan segera. Kami tahu, masih ada yang masih belum dapat menerima barangan yang ditunggu sekian lama. 

Kami setiap hari meminta pasukan di DDEXPRESS untuk menggesakan penghantaran yang tidak terlibat dengan keaadan banjir dan mengutamakan keselamatan barangan tuan puan. 

Kami betul-betul memohon maaf kepada anda semua. InshaAllah sebarang usaha akan datang kami akan maklumkan di semua platform rasmi Mywau.

Kelas Borong China Oktober Berlangsung Meriah

5 hari kelas. 1 hari pra kursus. Dari 28 Okt – 4 November 2021. Sudah memadai untuk kita simpul, kelas yang berharga cuma RM49 ini bukan suatu kelas yang terlalu biasa. 

Seramai lebih 1,200 peserta cukup bertuah kerana dapat menyertai sebuah kelas online yang meriah, happening, pembelajarannya kondusif serta memberikan manfaat hampir setiap hari. 

Tidak perlu kami bercerita panjang tentang kualitinya. Di sini jua kami dapat buktikan kepada anda. Kelas MyWau adalah kelas berharga marhain, tapi kualitinya bangsawan. 

Antara perubahan yang dibawa oleh MyWau kali ini adalah, semua bahan pembelajaran telah disimpan di dalam satu tempat. Kami menggunakan Google Classroom sebagai pusat sehenti kami. Kemudian, kami meninggalkan kertas tugasa hampir setiap hari, demi meningkatkan kefahaman peserta. 

Lepas tu, kami buat kuiz lagi setiap hari untuk menguji pemahaman peserta. Siap dengan hadiah lagi. Tidak berhenti di situ. MyWau buat lagi satu kuiz penilaian akhir kelas. Dari situ, peserta akan dinilai dan diberikan penganugerahan Top 7 dengan hadiah paling lumayan adalah wang tunai sebanyak RM500. 

Di mana lagi anda dapat cari kelas serupa MyWau? Tak percaya lagi? Ada gambar yang kami berjaya rakamkan pada malam terakhir kelas. Oh tidak sekadar gambar, kelas pun kami rakam supaya anda dapat mengulang kaji dengan jayanya.

Antara pemenang tempat pertama adalah seorang wanita cekal bernama Fiza Ahmad. Beliau telah mencuri perhatian kerana berjaya mendapat markah yang sempurna. Score yang paling tinggi. Sudah menjadi rezeki beliau setelah berhempas pulas untuk hidup akibat kekangan kerja kerana faktor pandemik Covid-19. 

Dalam nada sebak beliau berkata,

“Dia tak sangka boleh menjawab. Asalnya ada jawapan yang salah. Tetapi Quizziz ada peluang yang diberikan kepada pengguna yang tersalah jawap untuk redeem semula point  kuiz tersebut. Maka saya cuba, dan alhamdulillah, saya berjaya menduduki di ranking no. 1!”

Yang menjadi malam tu semakin sebak adalah, apabila tuan Faiz bermurah hati untuk memberikan Private Coaching secara percuma saja. Puan Fiza yang terpaksa memohon untuk diizinkan agar dia dapat menutup kameranya kerana malu teresak-esak. 

Adakah anda ingin menjadi sebahagian dari peserta kelas sebegini? Sertai kami di kelas pada hujung bulan November pula. Mana tahu, anda pula bertuah dapat RM500, hadiah peserta terbaik bulan November pulak ke? Siapa tahu, kan?  

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout