CSR Projek Rasmi Pertama MyWau bersama Dreamz

Tak disangka, Dreamz Enterprise telah berminat untuk bersama MyWau bagi membantu para belia Kelainan Upaya (OKU) untuk berbisnes gaya dropship di Shopee!

Baru-baru ini, guru Shopee MyWau telah dihubungi oleh seorang ahli yang juga merupakan dropshipper MyWau. Beliau, yang bernama Rasel dari Bangladesh ini telah mengikuti kelas Shopee MyWau di Shah Alam pada awal tahun lepas. PKP pun belum diumumkan lagi pada waktu ini. 

Walau pun tidak mahir berbahasa Melayu, dia tetap mengikuti kursus anjuran MyWau dengan jayanya. Beliau juga merupakan seorang trainer untuk Dreamz Enterprise. 

Dreamz Enterprise ini merupakan sebuah syarikat yang berfungsi sebagai sebuah NGO dalam memberikan peluang bisnes kepada mereka yang memerlukan. 

Seperti yang diungkapkan di website rasmi mereka, Dreamz Enterprise memfokuskan kepada golongan belia OKU, yang mana berkemahiran baik untuk mengendalikan komputer. Jadi, sistem Dropship MyWau dipilih sebagai salah sebuah projek bersama sekaligus membantu belia-belia ini dapat menjana kewangan mereka tersendiri menerusi platform Shopee. 

Menarik, bukan? Guru Shopee MyWau turut berpendapat, dengan terhasilnya usahasama ini, MyWau akhirnya mempunyai projek CSR rasmi yang pertama selepas ditubuhkan. 

“Sebenarnya banyak lagi projek-projek tak rasmi yang lainnya, seperti sumbangan sanitizer, facemask dan macam-macam lagi sebelum ini. Tapi, sumbangan dalam bentuk pendidikan atau sistem, inilah yang pertama kali.” Jelas pengurus Jabatan Shopee MyWau, Encik Iskandar Mustapa. 

Jejaka yang telah memenangi Anugerah Role Model 2020 atau dikenali sebagai The Holy Heart Award ini turut berkata, bahawa MyWau tidak hanya menyumbang dengan memberikan langganan sistem Dropship ini secara percuma, MyWau juga turut menetapkan sejumlah wang sebagai dana CSR bagi tujuan penyediaan hadiah untuk pertandingan jualan antara sesama belia OKU dari Dreamz Enterprise ini. 

“Pelbagai perancangan yang telah saya lakukan. Apa yang penting, kami mulakan terlebih dahulu. Tak mula, kita takkan tahu.” Cerita Iskandar lagi kepada penulis. 

Semoga program ini yang diusahakan oleh Rasel dan Jackie sentiasa dipermudahkan, dan pihak MyWau juga sentiasa membuka pintu kerjasama untuk apa jua kebaikan kepada umat sejagat. 

Semoga berjaya MyWau & Dreamz Enterprise!

MyWau Anniversary Dinner Hadirkan Kejutan!

4.4.2018 – 4.4.2021

Sudah masuk tahun ke-4 MyWau berdiri megah di dalam industri Borong China ini. Tak sangka. Jenama MyWau kuat dibibir para ‘player’ industri ini.

Ya, kita tahu, ada ketikanya MyWau juga banyak kekurangan serta ada kelemahannya. Tetapi, MyWau juga banyak achievement yang telah kita capai untuk menyelesaikan setiap kelemahan yang kita ada.

Orang sayang MyWau, tipulah kalau takde yang sayang. Dalam benci atau tak suka, tetap ada yang terus percaya dan sentiasa komited. Maka, malam gemilang sambutan hari ulang tahun ke-3 MyWau diadakan bagi meraikan pelanggan VIP MyWau, dan yang paling special adalah untuk meraikan kakitangan MyWau yang sentiasa berhempas pulas, membanting tulang, memacu kegemilangan MyWau.

ANUGERAH TAHUNAN MYWAU 2020

Anugerah Holy Heart – Role Model 2020

Anugerah ini dipertandingkan untuk melihat siapa staf yang sentiasa memberikan kerjanya sepenuh jiwa. Bahkan ada yang sanggup balik lewat, atau rajin melaksanakan arahan serta menunjukkan tingkah laku yang sangat positif. Pada tahun 2020, MyWau menganugerahkan satu plak, satu sijil dan wang tunai sebanyak RM300 kepada:

Pemenang: Iskandar, Pengurus Jabatan Shopee MyWau

Pemenang: Dalila Dhaniah – Ketua Unit Payment MyWau

Pemenang: Malina Mustapa – Pembantu Pengurus Jabatan IT MyWau

Pemenang: Sariana Aripin – Pembantu Jualan dari Jabatan Jualan MyWau

Anugerah Lovely Staf – Staf Paling Popular bagi sesi 2020

Anugerah ini dicalonkan buat pertama kali di MyWau. Ianya melibatkan undian semua staf MyWau. Kita mahu lihat, siapa staf yang paling disayangi MyWau untuk sesi 2020.

Pemenang: Kushairi Syah – Pembantu Khidmat Pelanggan MyWau

Anugerah Exceptional Tenure – Anugerah Kesetiaan MyWau

Anugerah ini juga dicalonkan buat pertama kali. Ianya khas kerana ada wujudnya staf MyWau yang setia dan membantu MyWau siang dan malam. Bukan sekadar itu, staf ini sentiasa percaya dan rajin untuk memacu syarikat dengan apa jua cara.

Video di bawah ini betul-betul buat aku menangis sewaktu menonton buat pertama kalinya. Tahniah untuk Iqman dari Jabatan Pemasaran MyWau yang berusaha keras dalam menyiapkan pelbagai video anugerah. 

Pemenang: Khairul Asrar – Pembantu Logistic MyWau

Anugerah The Epitome of Teamwork – Best Department of the Year 2020

Anugerah ini juga dicalonkan buat kali pertama. Antara sebab mengapa diwujudkan anugerah ini adalah, bilangan pengurus dan kakitangan MyWau kini meninggi. Dari sini, kita menilai semangat setiakawan ahli pasukannya, kerjasama yang padu, dan kepimpinan pengurus untuk memimpin pasukannya. Bagi kami, pada tahun 2020, adalah tahun yang sukar buat Customer Service.

Mereka kehilangan pemimpin di pertengahan tahun itu. Bukan setakat pimpinan yang hilang, dua lagi kakitangan senior juga memilih untuk berhenti.  Maka yang setia di situ hanyalah Hazwani Shahrani.  Di dalam 6 bulan, Hazwani Shahrani membuktikan, dia mampu membentuk satu pasukan yang terdiri staf-staf MyWau yang baru direkrut dengan jayanya.

Tanpa menoleh ke belakang, pasukan Customer Service ini terus memacu kegemilangan dengan pelbagai pujian dari pelanggan, manakala ujian kepantasan membalas di facebook juga membuktikan mereka mampu membalas dalam masa bawah seminit. Rekod lama adalah di bawah para satu jam. Ketara, bukan?

Pemenang: Jabatan Khidmat Pelanggan

Anugerah Outstanding Leadership – Best Manager of the Year

Tanpa ragu lagi. Kepimpinan yang ketara pada tahun 2020 adalah datang dari aura department terbaik, iaitu Customer Service. Tanpa hujah lain, maka pihak pengurusan sebulat suara memilih:

Pemenang: Hazwani Shahrani – Pengurus Khidmat Pelanggan

Anugerah Rising Star – Top Rookie of the Year 2020

Ini juga adalah anugerah yang terbaru dilancarkan. Anugerah khas buat mereka yang masih baru di MyWau, tapi ada potensi besar untuk melakar sejarah yang hebat di MyWau. Mengapa pihak pengurusan memilih Ammar, sudah tentu, penghasilan kerjanya yang jitu, semangatnya yang sentiasa berkobar-kobar itu dan sentiasa mengambil initiatif yang sangat bagus semasa bersama pasukan Jualan disaat pasukan Jualan kehilangan Encik Wan Syarifudin Fikri yang mana memilih untuk bercuti tanpa gaji. Maka itulah sebab mengapa membuatkan beliau dipilih. Beliau masih bergelar pelajar UTEM, Melaka dan belajar secara atas talian sambil bekerja dengan MyWau.

Pemenang: Ammar Qaiyum – Pengurus Marketing MyWau.

Anugerah Extraordinary Diligence – Best Staff of the Year 2020

Anugerah yang juga sering ditunggu-tunggu oleh semua staf di MyWau. Ianya tidak diukur dari segi performance separuh tahun, atau dari department sahaja. Ianya diukur dari sudut pengaktifan, penilaian appraisal, penglibatan dalam memberikan idea, serta komitmennya dari segenap sudut.

Kalau pada tahun 2019, pemenang kategori ini jatuh kepada Faris Zahar, kali ini, sekali lagi, Faris Zahar mengungguli carta. Bukan sekadar bagi komitmen 300%, beliau juga aktif melibatkan diri dalam banyak keadaan terutamanya untuk menentukan hala tuju shipment dan syarikat.

Bahlan dari sudut appraisal tahunan pula, Faris Zahar mendahului dengan 97% dan diikuti rapat calon lain seperti Dalila Dhaniah dan Malina Mustapa. Mereka ini orang yang rajin. Kekal berikan komitmen yang sangat tinggi. Pemenang membawa pulang 1 trofi, 1 sijil dan wang tunai sebanyak RM1500.

Pemenang: Faris Zahar – Pengurus Jabatan Shipment MyWau

 

Anugerah The Iron Man – Director’s Award / Choice 2020

Tanpa anugerah ini, maka tak bermaknalah hakikat sebuat majlis anugerah tahunan MyWau. Kali ini, Encik Mohd Faiz telah membuat kejutan yang besar untuk diri penulis kerana beliau menganugerahkan satu trofi, satu sijil dan wang tunai sebanyak RM3000 kepada Encik Razali, General Manager MyWau (penulis).

Penulis masih belum percaya, kerana hakikat yang jelas adalah, penulis betul-betul terhutang budi dengan semua komitmen staf MyWau. Tanpa staf, siapalah penulis. Mereka yang banyak memberikan tunjuk ajar, dan sentiasa menyokong dengan apa yang penulis putuskan. Bukan setakat itu, mereka merealisasikan impian penulis untuk melihat MyWau grow dengan sangat sihat.

Hanya kepada Allah saya bersyukur. Kepada isteri saya yang sentiasa mendoakan dengan pertanyaan, “Bila abang nak dapat anugerah. Tiap tahun abang yang bagi anugerah..” Itulah gurauan dan usikan nakal puan isteri dalam masa mendoakan penulis agar terus berkhidmat dengan cemerlangnya.

Pemenang: Razali Sudin – Pengurus Besar MyWau. 

Penulis dengan ini ingin mengucapkan, jutaan tahniah buat semua pemenang anugerah ini. Bukan senang tau nak pilih semua pemenang ini.

Pihak pengurusan menilai dari jumlah mata appraisal individu dan tambah dengan mata pengaktifan turut serta staf di dalam aktiviti syarikat. Antara kriteria lain pula adalah seperti kualiti kepimpinan dan semangat bekerjasama yang kuat. Bahkan value paling penting adalah, kita nampak evolvement atau peningkatan ketara seseorang itu dari zero dan akhirnya menjadi pemimpin yang terbaik di dalam jabatan atau di dalam satu syarikat.

Bagi penulis, semua yang ada di MyWau memang bukan kalengkaleng. Tak sangka, semuanya setanding dan membuatkan pengurusan sukar nak buat pilihan. Apa-apa pun best of the best, wajib di cari jua. Semoga yang lain-lain, teruskan usaha dan lipat gandakan kecemerlangan agar sama-sama kita bawa MyWau ini ke satu level yang lagi tinggi.

Malam itu tidak disajikan dengan anugerah semata-mata. Ada jua pesanan yang dibawakan jauh dari Jakarta, Indonesia di mana, Faris Arrasyid turut bersama dalam event ini menerusi platform Zoom.

Bukan itu saja, MyWau turut menjemput para partner serta VIP bagi meraikan sama-sama anugerah di malam penuh gemilang ini.

Dengan S.O.P yang ketat, dan tidak digalakkan bergerak tanpa facemask, semuanya berlangsung dengan sangat baik. Facemask hanya dicabut seketika untuk tujuan bergambar, dan masa mengambil gambar juga disingkatkan agar tidak berhimpun di dalam jangka masa yang lama.

Apa-apa pun, kita sedar, agenda ini tidak dilakukan semata-mata untuk anugerah. Ianya diadakan untuk meraikan para kakitangan yang sentiasa komited dan percaya untuk berjaya.

Tiada yang lain, tanpa ahli keluarga MyWau ini, maka MyWau akan kekal di tahap yang sama. Dan tidak akan grow buat selamanya.

Ingat, yang tidak menerima sebarang anugerah, bukan bermakna anda tidak bagus. Tapi belum rezekinya lagi. Usaha lebih keras, dan teruskan bekerja dengan sebaik mungkin. InshaAllah, anda bukan saja bangunkan kualiti diri anda, bahkan anda sebenarnya sedang membangunkan syarikat.

Jauh lagi perjalanan kita. Tak cukup di sini. Kita mahu lagi dan lagi.

p/s: Tahniah Faris sebab menang dua kali berturut. Macam biasa, penulis harap akan ada staf lain yang mampu menggugat kedudukan Faris Zahar. Sikit je lagi. Nak tahu siapa appraisal kedua tertinggi? Dalila dan Malina. Hahahaha. You guys memang osem laa beb!

Tarikh akhir pos barang sebelum Tahun Baru Cina 2021! Pos Laju, J&T dan lain-lain

Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba pada 12 Februari 2021 ini. Memandangkan situasi pandemik COVID-19 masih menjurus pengguna untuk membeli barangan secara dalam talian, anda perlu tahu tentang tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Tahun Baru Cina.

Menurut paparan di laman Shopee, berikut adalah tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum perayaan Tahun Baru Cina bermula. Anda boleh lihat tarikh akhir pengeposan dari syarikat kurier seperti Pos Laju, DHL, J&T dan lain-lain seperti di bawah.

Perlu diingatkan bahawa anda masih boleh mengepos pada hari selepas tarikh di atas, namun barangan bakal sampai ke destinasi selepas Tahun Baru Cina. Anda juga boleh menyemak jika ada kemas kini mengenai tarikh ini di laman web rasmi setiap syarikat kurier atau di laman media sosial mereka.

Sumber : TechNaveBM & Shopee

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout