Apa itu MYSPARK

Apa itu Program MYSPARK?

Program ini adalah bantuan latihan Khas dalam bentu kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) khas untuk seluruh ahli isi rumah Pekebun Kecil Getah yang ingin menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan Pemasaran Digital bagi usahawan mahupun yang baru ingin menceburi bidang keusahawanan sekali gus meningkatkan taraf pendapatan mereka.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari 3 malam yang bertempat di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) RISDA, Melaka.

Program MYSPARK ini julungkalinya dianjurkan dan akan diselia sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik oleh RISDA iaitu Mind Trade Sdn Bhd atau dikenali sebagai MYWAU.

Program ini juga mensasarkan peserta yang berusia 18-65 tahun dan yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam pemasaran digital yang menjadi pilihan utama dalam tren masakini.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh RISDA dari segi yuran penyertaan, pengangkutan, makan minum dan kediaman. Berketepatan dengan misi RISDA iaitu, ingin menjadikan usahawan dibawah bimbingan RISDA untuk mencapai pendapatan bulanan dari sumber perniagaan sebanyak RM2,500.

Ia sekali gus, dapat membuka mata orang ramai dengan semangat dan usaha dari kedua-dua pihak RISDA dan Pekebun Kecil ini dengan menjadikan sumber perniagaan juga boleh menjadi pendapatan yang lumayan walaupun rata-ratanya mereka tinggal dikawasan pedalaman.

Pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dan sedang RISDA sediakan untuk membantu menaikkan taraf pendapatan pekebun dan isi rumah dengan memberi sumbangan bantuan dari segi modal, latihan dan sebagainya diantaranya adalah program MYSPARK ini sendiri.

Selain daripada itu, program ini menyediakan 4 modul latihan utama bagi menjadikan peserta ini keluar dengan hasil keputusan yang jitu. Diawal kursus ini ia dilengkapi dengan modul Pembentukan Minda peserta terdahulu dimana peserta jelas matlamat dan misi mereka dan mendapat keputusan yang mendatangkan hasil yang lumayan. Selain daripada itu juga, program ini akan mendedahkan peserta dengan modul Pendedahan Pemasaran Digital, Pemasaran Shopee Advanced & Lazada, Teknik & Strategi Jualan dan Pengurusan Sistem Agen yang menjadi pilihan utama pemilik produk.

Kesemua program ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sebanyak 7 siri bermula daripada 23 May -18 Ogos 2022 bertempat di UCAM, Melaka.

Pihak penganjur dan urusetia berharap program MYSPARK ini akan mendapat sambutan yang baik dari ahli isi rumah pekebun kecil getah dengan mendaftarkan diri ke program ini untuk sama-sama kita bantu menaikkan pendapatan isi rumah hasil dari perniagaan mereka.

Bagi yang memiliki kebun getah dan menepati syarat untuk menjadi sebahagian dari ahli Pekebun Kecil Getah RISDA, anda boleh membuat pendaftaran di https://pekebunkecilmakmur.com.my/ , di sosial media Facebook https://www.facebook.com/BPURISDA atau pusat bertanggungjawab untuk makluman lanjut.

Juga bagi syarikat dan badan-badan kerajaan yang ingin menjemput kami untuk melaksanakan dan menguruskan program seperti ini atau mengikut kesesuaian anda, boleh terus hubungi kami di talian +6017-6602537 atau https://mywau.com/ .

#myspark #RISDA #MYWAU

Sanggup Berhenti Kerja Kerajaan gara-gara Shopee!

Berhenti Kerja

Gara-gara menjual di Shopee, seorang bekas kakitangan sektor kerajaan sanggup berhenti kerja kerana angka jualan telah mencecah 5 angka sebulan.

Rekod jualan di Shopee

Kejayaan ini dikongsi oleh Puan Norshahida Binti Hassan yang merupakan alumni pelajar kelas Shopee Mywau pada Oktober 2020.

Gambar kenangan bersama Coach Iskandar di HQ MYWAU selepas tamat 4 hari kelas.

Detik Permulaan

Beliau telah berkhidmat lebih 11 tahun di sebuah institusi Kerajaan dan memulakan perniagaan secara kecil-kecil dengan mengambil upah sebagai “Personal Shopper” kain lace sejak tahun 2016 lagi.

Setiap perniagaan yang diceburi harus bermula dari minat dan semangat. Begitulah kejayaan terhasil dari seorang anak jati Negeri Perak yang berusia 33 tahun ini.

Tekad dan usaha gigih beliau dalam menguruskan masa kerja dan perniagaan tidak hanya sebagai Personal Shopper, beliau telah mempunyai pelanggan tetap dan permintaan yang sangat memberangsangkan.

Cabaran

Beliau telah beralih kepada perniagaan dalam talian seperti di laman sosial Instagran dan Facebook. Sambutan yang diterima diluar jangka, dan beliau cuba mencari alternatif yang memudahkan urusan perniagaan beliau dengan mula menjual di platform E-dagang Shopee pada awal tahun 2020 dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Cabaran tersebut telah menyebabkan Puan Shahida untuk lebih memfokuskan perniagaannya di atas talian yang menjadi trend masakini.

Cari Guru

Dengan sifat ingin terus berjaya dan seorang yang tekun belajar seperti yang diamati oleh penulis sepanjang 4 hari kelas bimbingan Shopee di MYWAU, Puan Shahida mula mencari kelas-kelas bimbingan Shopee yang terbaik dan beliau mendapat saranan dari kenalannya untuk menyertai kelas Personal Coaching Shopee di MYWAU pada Oktober 2020. Pada waktu ini beliau mempunyai jumlah jualan di Shopee sebanyak 3 angka sahaja.

Kelebihan Kelas MYWAU

Kelas yang dihadiri secara Personal Coaching ini telah berlangsung selama 4 hari, iaitu 2 hari kelas Shopee Basic to Advanced, dan 2 hari bagi kelas Shopee SuperAdvanced. Peserta juga disediakan dengan Group Khas WhatsApp untuk bimbingan dan perbincangan selepas kelas yang dipantau sendiri oleh coach-coach berpengalaman di MYWAU.

Lacemewah Melakar Kejayaan

Pencapaian terbesar Puan Shahida adalah beliau telah berjaya menubuhkan sebuah Syarikat sendiri iaitu Lacemewah Tekstil selepas menamatkan sepenuhnya perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan selama 11 tahun dan membuka sebuah Butik Lacemewah yang sangat cantik di Sg Besi, Selangor dan memiliki beberapa orang kakitangan untuk menguruskan perniagaannya secara dalam talian dan fisikal.

Gambar Puan Shahida Pemilik Lacemewah Tekstile di Butiknya.

Bermula sebagai Personal Shopper, kini beliau berjaya memiliki perusahaan sendiri dan pekerja yang produktif sepenuh masa.

Harapan

Beliau berharap semoga masa depan untuk memiliki sistem agent bagi membantu dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat yang ingin menambah punca pendapatan dan yang paling terkesan dengan pandemik kini.

STANDARD DELIVERY SHOPEE

Bermula pda 20 Mei 2021, pembeli kini hanya boleh membuat 3 kaedah penghantaran barangan pembelian mereka, ianya terdiri daripada :

  1. Standard Delivery
  2. Economy Delivery (Sea Shipping)
  3. Others (Semenanjung Malaysia / Wilayah Sabah Sarawak) / NON SSL

Jadual ini menunjukkan kumpulan bagi setiap jenis Penghantaran seperti diatas :

Penghantaran Economy Delivery (Penghantaran laut) hanya membuat penghantaran daripada Semenanjung Malaysia ke Wilayah Sabah Sarawak untuk penjual terpilih sahaja.

Gambar ini menunjukkan paparan lama, dimana pembeli boleh membuat pilihan syarikat kurier yang diaktifkan oleh penjual semasa membeli.

Paparan Sebelum 20 Mei 2021

Berbanding dengan yang terkini, dimana pembeli hanya boleh membuat 3 jenis penghantaran yang sesuai dengan penerima. Tetapi, usah risau bagi penjual, anda masih boleh memilih dan mengaktifkan syarikat kurier yang mudah untuk anda akses dan diingini seperti biasa.

Cuma sistem Shopee sendiri akan membuat pilihan yang paling terbaik buat kedua-dua pihak, yang mana sistem akan memilih kos paling optima demi keselesaan pelanggan seperti gambar dibawah.

Paparan Selepas 20 Mei 2021

Bagi kepada yang ingin menggunakan Penghantaran melalui Laut yang pastinya kadar lebih murah, and disarankan untuk mengaktifkan Shopee Express. Anda tidak perlu risau kerana anda boleh “Drop Off’ dimana-mana Drop Point seperti ParcelHub.

Kelebihan lain adalah, pelanggan anda dapat membuat pembelian secara COD(Cash on Delivery) dengan kadar transaksi 1.06% termasuk SST sementara ia dalam tempoh promosi.

Fungsi COD ini hanya tersedia di Lembah Klang sahaja buat masa ini. Untuk pendaftaran anda boleh tekan Shopee Express dan ianya akan menjadi pilihan utama dalam pilihan penghantaran anda.

Semoga artikel ini dapat membantu anda serba sedikit tentang perubahan yang dibawa oleh Shopee bagi keselesaan pengguna dan perubahan semasa.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami untuk menyertai Kelas Basic-Advanced Shopee dalam talian.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout