CSR Projek Rasmi Pertama MyWau bersama Dreamz

Tak disangka, Dreamz Enterprise telah berminat untuk bersama MyWau bagi membantu para belia Kelainan Upaya (OKU) untuk berbisnes gaya dropship di Shopee!

Baru-baru ini, guru Shopee MyWau telah dihubungi oleh seorang ahli yang juga merupakan dropshipper MyWau. Beliau, yang bernama Rasel dari Bangladesh ini telah mengikuti kelas Shopee MyWau di Shah Alam pada awal tahun lepas. PKP pun belum diumumkan lagi pada waktu ini. 

Walau pun tidak mahir berbahasa Melayu, dia tetap mengikuti kursus anjuran MyWau dengan jayanya. Beliau juga merupakan seorang trainer untuk Dreamz Enterprise. 

Dreamz Enterprise ini merupakan sebuah syarikat yang berfungsi sebagai sebuah NGO dalam memberikan peluang bisnes kepada mereka yang memerlukan. 

Seperti yang diungkapkan di website rasmi mereka, Dreamz Enterprise memfokuskan kepada golongan belia OKU, yang mana berkemahiran baik untuk mengendalikan komputer. Jadi, sistem Dropship MyWau dipilih sebagai salah sebuah projek bersama sekaligus membantu belia-belia ini dapat menjana kewangan mereka tersendiri menerusi platform Shopee. 

Menarik, bukan? Guru Shopee MyWau turut berpendapat, dengan terhasilnya usahasama ini, MyWau akhirnya mempunyai projek CSR rasmi yang pertama selepas ditubuhkan. 

“Sebenarnya banyak lagi projek-projek tak rasmi yang lainnya, seperti sumbangan sanitizer, facemask dan macam-macam lagi sebelum ini. Tapi, sumbangan dalam bentuk pendidikan atau sistem, inilah yang pertama kali.” Jelas pengurus Jabatan Shopee MyWau, Encik Iskandar Mustapa. 

Jejaka yang telah memenangi Anugerah Role Model 2020 atau dikenali sebagai The Holy Heart Award ini turut berkata, bahawa MyWau tidak hanya menyumbang dengan memberikan langganan sistem Dropship ini secara percuma, MyWau juga turut menetapkan sejumlah wang sebagai dana CSR bagi tujuan penyediaan hadiah untuk pertandingan jualan antara sesama belia OKU dari Dreamz Enterprise ini. 

“Pelbagai perancangan yang telah saya lakukan. Apa yang penting, kami mulakan terlebih dahulu. Tak mula, kita takkan tahu.” Cerita Iskandar lagi kepada penulis. 

Semoga program ini yang diusahakan oleh Rasel dan Jackie sentiasa dipermudahkan, dan pihak MyWau juga sentiasa membuka pintu kerjasama untuk apa jua kebaikan kepada umat sejagat. 

Semoga berjaya MyWau & Dreamz Enterprise!

Tarikh akhir pos barang sebelum Tahun Baru Cina 2021! Pos Laju, J&T dan lain-lain

Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba pada 12 Februari 2021 ini. Memandangkan situasi pandemik COVID-19 masih menjurus pengguna untuk membeli barangan secara dalam talian, anda perlu tahu tentang tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Tahun Baru Cina.

Menurut paparan di laman Shopee, berikut adalah tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum perayaan Tahun Baru Cina bermula. Anda boleh lihat tarikh akhir pengeposan dari syarikat kurier seperti Pos Laju, DHL, J&T dan lain-lain seperti di bawah.

Perlu diingatkan bahawa anda masih boleh mengepos pada hari selepas tarikh di atas, namun barangan bakal sampai ke destinasi selepas Tahun Baru Cina. Anda juga boleh menyemak jika ada kemas kini mengenai tarikh ini di laman web rasmi setiap syarikat kurier atau di laman media sosial mereka.

Sumber : TechNaveBM & Shopee

Selangor E-Bazar

Minggu lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) Sdn Bhd dan Invest Selangor Berhad telah melancarkan Kempen Selangor E-Bazar CNY bersama Shopee dan Lazada.

Kerajaan Selangor memperuntukkan baucar diskaun bernilai RM2 juta untuk penjual-penjual yang menyertai kempen Selangor E-Bazar CNY untuk menarik lebih ramai pembeli dan seterusnya meningkatkan jualan peniaga.

Kempen ini yang akan berlangsung dari 1 Februari sehingga 7 Mac 2021 bertujuan untuk membantu PKS dan perniagaan mikro menerapkan digitalisasi dalam perniagaan mereka untuk terus bertahan dalam situasi ekonomi yang mencabar pasca pandemik Covid-19.

Adalah diharapkan agar sambutan Tahun Baru Cina diraikan dengan penuh semangat dan kemeriahan walaupun dalam keadaan yang mencabar.

Peniaga PKS dan peniaga mikro boleh mendaftar di platform Shopee dan Lazada untuk menjadi penjual dalam kempen ini.

Syarat utama adalah alamat perniagaan mesti berdaftar di negeri Selangor berserta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Shopee dan Lazada.

Mengapa anda harus menyertai kempen E-Bazar CNY 2021?
Supaya anda mendapat manfaat daripada jualan atas talian seperti E-bazar 2020 yang mencatatkan jualan terus sebanyak RM43.76 juta dan kesan riak (ripple effect) berjumlah RM1.39 billion.

Pada 18 Januari lepas, Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengumumkan kejayaan Kempen Selangor E-Bazar 11.11 Jualan Mega.

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Pencapaian Jualan Mega 11.11
Ingin Menyertai Dropship MYWAU?

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout