MYWAU BOWLING CUP KEMBALI!

⚡Sempena dengan cuti umum Hari Kelahiran YDPA kita yang jatuh pada 9.9.2019 (Isnin), MYWAU berhasrat untuk menganjurkan program MYWAU FUN DAY. Kali ini, sekali lagi lagi MYWAU ingin mencari JUARA BARU 🏆 pertandingan Bowling sesama ahli MYWAU yang berkelapangan.

 

 

Bukan mudah kita semua nak gather sambil-sambil berhibur ni. Jadi, jom sama-sama kita meriahkan MYWAU FUN DAY 2019 kali ini. Baca syarat-syarat dibawah dulu ya:

 

 

1⃣ Yuran pertandingan – RM30 jerr (ni bukan buat hadiah tau. Ni nak cover 2 games & lunch sekali)

2⃣ Hadiah akan ditaja oleh MYWAU. So jangan risau. Dah nama ‘cup’ kan. Mestilah ada hadiahnya.

3⃣ Kena bawa stoking sendiri. Sewaan kasut adalah PERCUMA

4⃣ Masa program bermula dari 10 pagi – 1 tengah hari. Jangan lambat ya.

 

Manakala butiran program adalah seperti berikut:

 

LOKASI : WANGSABOWL, WANGSA WALK MALL , WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
MASA : 10 PAGI – 1 TENGAH HARI (Lepas game kita akan lunch sama-sama)

 

 

📝 Untuk pendaftaran & membaca maklumat ITINERI program, sila terus masuk ke LINK ini:

👉 https://mywauofficial.onpay.my/order/form/bowlingcup

 

📞 Untuk pertanyaan, sila terus hubungi saudari Rohaya di talian 017-6528500 .

 

⚠ SEAT TERHAD UNTUK 20 ORANG SAHAJA. Nak bawa kanak-kanak? Yuran RM20 dikenakan sekiranya mahu bermain bersama. Sekiranya hanya mahu bawa anak untuk lunch bersama sahaja, yuran RM5 untuk cover kos lunch. Perlu wasap Cik Aya jer untuk makluman.

MyWau 2.0 | Akan Datang

Siapa sangka, MYWAU berkembang pesat. Bukan sahaja menambah baik segala fungsi di MYWAU tetapi pelbagai pengisian telah diusahakan oleh Tuan Mohd Faiz dan pasukannya. 

Siapa masih ingat, MYWAU versi 1.0 dulu. Baby boomers gitu. Hanya berupaya untuk menyelesaikan masalah shipping saja. Kemudian ianya ditambah baik dengan fungsi Alipay dan WechatPay kepada seller. Ianya telah hampir sempurna. 

Namun begitu, riuh di jabatan Teknologi MyWAU, bahawasanya akan muncul versi 2.0. Dikhabarkan MYWAU akan berwajah baru dan lengkap dengan fungsi yang lebih ‘user friendly’. 

Kali ini, saya telah masukkan beberapa elemen seperti ‘multiple parcel’, pengumuman bergambar dan macam-macam lagi fungsi. – Rasyid, Pakar IT MYWAU. 

Seperti yang telah ditunjukkan oleh Pengurus IT MYWAU ini, penulis telah mendapati ada satu fungsi yang sangat menarik. Ianya bakal menjadikan MYWAU ini sebuah aplikasi yang mesra sosial. 

Kewujudan Wall atau Discussion Room. Ianya mirip aplikasi facebook atau instagram. Boleh membuat status dan mengumpul likers atau followers. 

Ianya boleh berkembang dengan rata-rata ahli MYWAU kini adalah pelopor kepada bisnes POOL ORDER. Ianya pasti akan menggembirakan mereka. Betul tak? 

Apa-apa pun, projek ini akan mengambil masa 60 hari atau 2 bulan. Ianya dijangka akan dikemaskini terlebih awal untuk versi website pada sekitar bulan Ogos 2019 sebelum dikemaskini di paparan telefon pintar pada September 2019. 

Penulis selaku pengguna MYWAU pun tidak sabar untuk melihat wajah baharu sistem mudah urus Penghantaran dari China ke Malaysia ini. Setakat ini, aplikasi MYWAU adalah yang paling mudah urus, cepat berevolusi dan nampak bercita-cita besar. 

Sementara masih di dalam proses pembangunan ini, ada apa-apa tak yang ingin anda cadangkan kepada beliau? Boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Jom!

“Forwarder Lain Takde Selengkap Sistem MyWAU…”

Menarik apa yang dikatakan oleh cikpuan Nurizzaty seperti di tempelan gambar di atas ini. Pada mulanya beliau agak risau sekiranya barangannya rosak. Yelah, katanya, barang yang beliau borong adalah set pinggan mangkuk kaca. 

Allhamdullilah pokok dan barangan lain jam dan set pinggan selamat tiba.. Risau kat set pinggan tu je risau pecah

 

Walaupun MYWAU boleh menghantar terus ke rumah, namun beliau terus ambil dari warehouse sendiri. Ini adalah satu kelebihan MYWAU iaitu, pihak pengguna boleh terus menguruskan shipping sendiri sekiranya ianya lebih menjimatkan masa. Ini kerana, penghantaran biasanya berjadual dan mengikuti trip lori yang diuruskan oleh ejen tempatan. 

Lebih menarik lagi, beliau sempat membandingkan MYWAU dengan forwader lain. Beliau terharu kerana sistem MYWAU lebih sistematik dan mudah. Lagi pula, caj shipping nya juga menjimatkan dengan tiada caj yang tersembunyi. Sesuatu yang biasanya berlaku di sesetengah forwarder lain. 

Sebelum ni guna service shipper lain- b**t sebulan lebih baru dapat barang tu pon caj boleh tahan mahal hidden charges lagi.

Alhamdulillah. Beliau sangat berterima kasih dengan MYWAU dan bersyukur sangat dipertemukan dengan sistem ini. Tahniah, dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada beliau kerana mempercayai MYWAU. 

Salam Ramadhan buat semua. 

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout