“Forwarder Lain Takde Selengkap Sistem MyWAU…”

Menarik apa yang dikatakan oleh cikpuan Nurizzaty seperti di tempelan gambar di atas ini. Pada mulanya beliau agak risau sekiranya barangannya rosak. Yelah, katanya, barang yang beliau borong adalah set pinggan mangkuk kaca. 

Allhamdullilah pokok dan barangan lain jam dan set pinggan selamat tiba.. Risau kat set pinggan tu je risau pecah

 

Walaupun MYWAU boleh menghantar terus ke rumah, namun beliau terus ambil dari warehouse sendiri. Ini adalah satu kelebihan MYWAU iaitu, pihak pengguna boleh terus menguruskan shipping sendiri sekiranya ianya lebih menjimatkan masa. Ini kerana, penghantaran biasanya berjadual dan mengikuti trip lori yang diuruskan oleh ejen tempatan. 

Lebih menarik lagi, beliau sempat membandingkan MYWAU dengan forwader lain. Beliau terharu kerana sistem MYWAU lebih sistematik dan mudah. Lagi pula, caj shipping nya juga menjimatkan dengan tiada caj yang tersembunyi. Sesuatu yang biasanya berlaku di sesetengah forwarder lain. 

Sebelum ni guna service shipper lain- b**t sebulan lebih baru dapat barang tu pon caj boleh tahan mahal hidden charges lagi.

Alhamdulillah. Beliau sangat berterima kasih dengan MYWAU dan bersyukur sangat dipertemukan dengan sistem ini. Tahniah, dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada beliau kerana mempercayai MYWAU. 

Salam Ramadhan buat semua. 

Fakir Miskin di Baling Perlukan Sumbangan Anda untuk Menyambut Syawal ini

Tahun 1974. Tanyalah generasi lama di Baling. Pasti akan ingat sebuah peristiwa besar. Yang takkan lupus diingatan mereka. 

.

Sebuah demonstrasi hebat. Demonstrasi Baling nama dia. Kerana apa demonstrasi ini berlaku? Kerana isu kemiskinan dan kejatuhan harga getah di sana. 

.

40 tahun berlalu. Berita Harian mengesahkan, bahawa 133,000 penduduk di Baling masih hidup ‘kais pagi, makan pagi’. Malah lebih teruk keadaannya apabila dilanda musim hujan. 

.

Tragis dan Sedih kan? 

.

Bayangkan, 40 tahun berlalu, nasib tetap begitu. 

.

Manakala, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun pula terus melabelkan Baling sebagai kawasan termiskin dalam negara. 

.

Ini cebisan fakta. Yang kugodek dari Berita Harian. Bukan berita lama. Berita ini di dada akhbar pada Mac 2019. 2 bulan yang lalu.
.
Ini link berita: http://bit.ly/2JmnSgh

Aku terpanggil untuk menulis tentang Baling sebab Baling adalah tempatku dilahirkan, Tempat bermain. Tempat membesar dan belajar. 

.

Rata-rata penduduk kerjanya kerja kampung. Bercucuk tanam bagi mereka yang ada tanah. Kalau yang cukup-cukup makan? Cuma sekangkang kera keluasannya? 

.

Tak dapat dibayangkan betapa daifnya mereka. 

.

Yang mengawal ekonomi, aku doakan agar diberi kelancaran untuk membantu menaik pulih ekonomi getah dan kelapa sawit. Itu je harapan warga fakir di sini. Siang malam keluhan bernyanyi. Tapi aku tahu, orang-orang di sini kuat juga berdikari. 

.

Mujur ada rasa lebih, itupun dari sumbangan banyak pihak. Dari sebelum Ramadhan sehingglah syawal, ada lah juga tenggelam timbul deretan bantuan. Itu semua rezeki Allah kurnia kepada penduduk ini kerana kesabaran mereka. 

.

Aku juga tak mahu membatu bisu. Kalau kita perbanyakkan lagi ruang dan peluang, apalah salahnya kan? Untuk Penduduk dan rakyat di Baling juga. Tempat aku membesar. 

.

Oleh itu, aku tak mahu sendiri. Aku nak bantu kalau sendiri-sendiri memang tak kuat. Aku tahu, kawan-kawan aku ramai di luar sana. Ayuh sertailah team MyWau aku yang kecil ini. Kami nak bantu orang Baling yang sangat-sangat susah. Sangat-sangat daif. 

.

Aku nak bagi depa ni gelak, gembira dan ada sinar bahagia dan lega menjelang raya. Anak-anak depa ada duit raya untuk menabung atau beli barang belajar. 

.

Sungguh. Aku tak akan mampu kalau sorang-sorang. Koranglah penguat daya aku. Jom bantu seikhlas nya. Dari bermula RM1 sehinggalah berapa pun yang tuan puan mampu.
.
Pakej sumbangan ada di borang di bawah ini. Sumbangan nanti akan ditukarkan kepada makanan asasi sebab ini yang mereka perlukan hari-hari dan nak raya nanti. Mohon sebarkan mesej kasih sayang ini buat semua teman-teman ya.
.
Nak menyumbang? Masuk di link ini: https://mywauofficial.onpay.my/order/form/mywaucharity

.

Nukilan,

Tuan Mohd Faiz
Pengarah Urusan
MIND TRADE SDN. BHD.

Pengumuman Khas: Sila Ubah Consignee Name Anda di Taobao & 1688 Segera

Baru-baru ini, ada berlaku beberapa kecelaruan terkawal. Ianya melibatkan 2 orang pengguna MyWau. Berpunca dari seller mereka yang telah membungkuskan produk belian mereka di dalam 1 parcel yang sama.

Setelah diselidiki, seller berkenaan tidak tahu pembeli barang berkenaan merupakan orang yang berbeza. Lantaran itu, pihak MyWau mendapati dengan mempunyai Consignee Name yang sama, mengakibatkan salah faham sebegini boleh terjadi di masa depan apabila melibatkan pembelian dari seller yang sama.

Selain daripada itu, di masa depan, pihak warehouse juga bakal mendapatkan manfaatnya menerusi perubahan ini. Boleh jadi, ada parcel yang tertinggal, tercicir atau tidak dituntut, ianya akan mudah dikesan.

Di video yang kami kongsikan di bawah ada menunjukkan cara-cara untuk mengubah consignee name anda di laman web Taobao & 1688. Maka, sebelum membuat sebarang pembelian kelak, sila ubah dahulu ya.

Bagi pengguna baharu, anda jangan risau kerana kami baru sahaja mengemaskini akaun MyWau supaya consignee name anda telah dipaparkan secara automatik. Anda hanya perlu copy dan paste di shipping address Taobao, serta mengimportnya ke akaun 1688 anda.

Selamat mencuba dan mengubahnya ya.