Kini Cas 0.3% – RM1 Maksimum Sudah Tiada Dikenakan ke Untuk MyWau Pay?

Ya, tepat sekali. Kini, MyWau telah bersetuju untuk menyerap semua kos transaksi yang terlibat di dalam MyWau Pay seperti pembayaran Pinduoduo, Alipay 1688, Bank Transfer dan juga Shipment. Kalau sebelum ini, semua transaksi tersebut dikenakan cas sebanyak 0.3% – RM1 maksimum untuk setiap satu transaksi yang berjaya. 

Kini, tidak lagi. MyWau dan Toyyibpay Sdn. Bhd. telah bersepakat untuk menanggung kos tersebut demi kebanyakan pengguna MyWau yang selesa menggunakan MyWau Pay sebagai talian pembayaran di sistem MyWau.

Namun begitu, proses menambah nilai (topup) yang tidak melibatkan pihak MyWau dan Toyyibpay, kami tidak boleh buat apa-apa, kerana cas berkenaan akan diserap oleh pihak FPX sebanyak RM1. Selain itu, kos pemindahan wang dari MyWau Pay anda ke akaun bank anda juga tidak dapat diserap maka ianya akan dicas RM0.30 untuk setiap pengeluaran (withdrawal). 

Sehubungan dengan berita ini, MyWau berbesar hati untuk berkongsikan berkenaan cara pembayaran yang pelbagai sekaligus memudahkan semua pengguna MyWau. Ada di antara kita hanya menggunakan satu servis sahaja seperti Shipment semata-mata, maka langkah untuk menambah nilai adalah langkah yang susah dan banyak kerjanya. 

Maka, kami telah berjaya membuka semula kaedah pembayaran secara langsung dengan dua pilihan. 

Pilihan pertama

Anda boleh menggunakan FPX (perbankan atas talian) untuk terus membuat bayaran dari butang Pay Now di semua section di Aplikasi MyWau. Kaedah ini akan mengenakan cas sebanyak RM1 maksimum saja untuk setiap transaksi tanpa mengambil kira berapa jumlah nilai pembayaran anda. 

Pilihan kedua

Pastinya pilihan ini menggembirakan para pengguna Kad Kredit. Ramai juga yang bertanya, ada tak cara untuk pemegang kad Kredit ini berbelanja di MyWau? Kini, di setiap platform Pay Now, Kad Kredit sudah tersedia ada untuk anda gunakan bagi tujuan pembayaran secara langsung di aplikasi MyWau. Seronok la tu kan? Boleh main kumpul-kumpul points Kad Kredit. Harus diingat, proses pembayaran dengan kaedah ini akan dikenakan cas sebanyak 3% dari jumlah pembayaran anda. 3% ini adalah cas yang dikenakan oleh pihak pengurusan Mobi. 

Points Shipment

Kami yakin, pengguna MyWau sudah mengetahui berkenaan points-points yang boleh anda kumpulkan bagi tujuan menebus kembali hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak MyWau. Bagi setiap perbelanjaan shipment, points akan diberikan mengikut format berikut:

Pengguna MyWau Pay

Jumlah nilai transaksi x 5 points. Sebagai contoh nilai shipment anda adalah RM10 maka anda akan berjaya mendapat 50 points

Pengguna FPX atau Kad Kredit

Jumlah nilai transaksi x 2 points. Sebagai contoh nilai shipment anda adalah RM10 maka anda akan berjaya mengumpulkan sebanyak 20 points sahaja. 

Sebenarnya, penggunaan MyWau Pay lebih menjimatkan dari mana-mana cara transaksi yang lain. Pertamanya, tiada cas transaksi dikenakan untuk semua servis di MyWau. Keduanya points shipmentnya lebih tinggi daripada kaedah-kaedah bayaran yang lain. 

Akhir kata, jangan lupa untuk kembali me’nyopping‘ dan me’nyipping‘ dengan sokongan Aplikasi MyWau!

Nota: Mengapa points hanya dikira dari shipment semata-mata? Ini kerana pembayaran shipping amat jarang berlakunya aktiviti refund. Sebaliknya, pembayaran Alipay, Pinduoduo, Bank Transfer pula ada risiko Pay Off sekaligus duit anda akan dipulangkan semula. 

Tarikh akhir pos barang sebelum Tahun Baru Cina 2021! Pos Laju, J&T dan lain-lain

Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba pada 12 Februari 2021 ini. Memandangkan situasi pandemik COVID-19 masih menjurus pengguna untuk membeli barangan secara dalam talian, anda perlu tahu tentang tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Tahun Baru Cina.

Menurut paparan di laman Shopee, berikut adalah tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum perayaan Tahun Baru Cina bermula. Anda boleh lihat tarikh akhir pengeposan dari syarikat kurier seperti Pos Laju, DHL, J&T dan lain-lain seperti di bawah.

Perlu diingatkan bahawa anda masih boleh mengepos pada hari selepas tarikh di atas, namun barangan bakal sampai ke destinasi selepas Tahun Baru Cina. Anda juga boleh menyemak jika ada kemas kini mengenai tarikh ini di laman web rasmi setiap syarikat kurier atau di laman media sosial mereka.

Sumber : TechNaveBM & Shopee

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout