SHIPPING BATCH 25 MAC BAKAL DI’RELEASE’ DARI KONTENA

Baru-baru ini, banyak shipping yang sangkut lama di pelabuhan. Setelah disiasat ianya banyak tersadai di kontena yang tak dapat diuruskan oleh pihak kurier. 

Hal ini kerana, di gudang mereka sendiri masih banyak yang belum selesai diuruskan. Pihak MyWau terus bertanyakan dan memeriksa banyak barang yang tidak dapat dihantar. Apabila ditanya berulang kali, ianya disebabkan oleh faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kakitangan diterhadkan. Delivery dilepaskan dalam kadar minima. Kalau tidak,  ianya dikira sebagai ingkar perintah. Walaupun begitu, bagi shipment selepas 1 April, sebahagian yang telah sampai di Malaysia akan diuruskan oleh beberapa gudang yang berbeza. Di sini, MyWau tidak mahu membebankan YG Logistic. 

Apabila ditanya pengurus gudang di China, beliau menyatakan akan dilepaskan satu persatu. Ini adalah berita baik bagi mereka yang masih sangkut penghantarannya sejak 25 Mac 2020. 

Berikut jawapan dari gudang, “Yes, we pushed yG already. They will clear it as soon as possible.” Jawapan ini diperoleh pada 15 April 2020 pada jam 6.59 petang.

Yang mana berada di YG Logistic dan sedang diuruskan, inshaAllah ianya akan dilepaskan namun berjalan dengan perlahan. Bagi isu kontena yang masih belum dibuka, wakil gudang MyWau di China telah mendapatkan informasi bahawa kontena berkenaan akan dibuka dalam masa terdekat. 

Akhir kata, pihak MyWau tetap akan terus berusaha untuk mempercepatkan proses pembukaan kontena terbabit. 

Baca juga info lambakan barangan di sini: https://mywau.com/barangan-melimpah-kapal-terbang-tak-cukup/

BARANGAN DROPSHIP SAH TIDAK DAPAT BEROPERASI SEPANJANG PKP

Umum mengetahui bahawa kita sudah pun berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi sesi ke-3. Boleh dikatakan semua industri terkesan, namun tiada jalan lain selain mengurungkan diri adalah cara paling berkesan agar virus ini tidak merebak dengan cepat. 

Maka, di sini MyWau turut melibatkan diri dalam usaha mengekang gejala ini. Untuk itu, kenyataan rasmi ini dikeluarkan bagi menjernihkan keadaan. 

1. MyWau dengan ini menghentikan sebarang operasi pembungkusan/penghantaran barangan dropship dari gudang kami di Selayang ke mana-mana pos ekspres sejak 1 April 2020. Ini boleh menyelamatkan pekerja kami yang rata-rata penduduk di sekitar Gombak, Batu Caves dan Selayang yang mana diiktiraf sebagai kawasan Zon Merah

2. MyWau telah pun meletakkan semua stok dalam keadaan ‘tiada stok’ bagi tujuan tidak akan ada pembelian berlangsung di dalam kedai Shopee anda di sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Untuk selaraskan sistem kedai anda dengan butiran stok terkini, anda hanya perlu login website dropship MyWau serentak dengan kedai anda di Shopee. Ianya akan sync secara automatik. 

3. Bagaimana pun, apabila MyWau kembali beroperasi kelak, anda hanya perlu buka sekali lagi akaun dropship anda serentak dengan kedai anda di Shopee. Stok akan kembali pulih seperti biasa. 

4. Apa yang terjadi sekiranya sudah terdapat order pada waktu sekarang? Anda hanya perlu menghubungi pembeli dan terangkan apa yang berlaku. Kesulitan MyWau untuk menghantar barang serta arahan pihak berkuasa juga boleh dijadikan sandaran. Anda boleh memulangkan semula wang pembeli atau yakinkan mereka untuk menunggu sehingga PKP selesai untuk dibuat penghantaran semula. 

5. Bagaimana pula dengan kami yang masih belum diupload 1000 produk di kedai shopee? Setelah kami meletakkan status tiada stok di semua produk, maka mustahil untuk kami melakukan sebarang sync/re-upload ke akaun shopee anda. Ini adalah faktor sistem teknikal shopee itu sendiri yang menghalang sebarang sync produk yang tiada stok.  Untuk itu, kami mohon jasa baik tuan/puan agar dapat bersabar sehinggalah PKP selesai dijalankan. Kami akan melakukan semula proses sync all product ke akaun shopee anda serta merta.

5. Bagi mereka yang telah menempah di website MyWau Dropship pula, anda boleh terus berhubung dengan Cik Yana d talian: 019-5508724 atau Puan Wani di talian: 013-2957397 untuk tujuan refund semula. 

6. Bagi yang masih keliru dengan pengedaran topeng muka MyWau (bagi yang terlibat sahaja), berita baiknya, ianya tidak dijalankan di gudang MyWau. Ianya dijalankan di premis kami yang dikira sebagai syarikat logistik barangan import dari China. Kami terpaksa menggunakan ruangan pejabat bagi mengisi stok topeng muka. Kami juga mengeluarkan surat bagi melakukan pengedaran barangan ‘essential’ ini.

7. Mengapa kami tidak boleh melakukan hal yang sama dengan barangan dropship? Ini adalah kerana barangan dropship kebanyakannya bukan barangan berkategori essential. Selain itu, ianya adalah ready stock dan dimuat semuanya ke dalam gudang. Tidak ada langsung yang kami muatkan di premis utama kerana faktor ruang. Maka, tidak dapat tidak, kami terpaka menghentikan operasi kami di gudang. Pembekalan topeng muka ini lah yang menjadi titik tolak kami untuk mengumpulkan dana bagi menampung gaji serta sewaan pejabat dan gudang kami. 

Sesungguhnya, sejak Covid 19 melanda negara China, kami sudah pun terjejas. Dengan usaha kami menghentikan operasi dropship ianya terus membuatkan sumber income kami jatuh. Hanya dengan logistik dan pembekalan topeng muka ini sajalah yang boleh menyelamatkan MyWau. 

Kami dengan ini, sangat berterima kasih di atas perhatian dan kefahaman tuan/puan. Kami tahu, ianya mengecewakan, namun kami tidak dapat melakukan apa-apa selain dari menurut sahaja perintah ini demi kebaikan pekerja dan keluarga mereka. 

#mywaukitapunya

MOHON MAAF: ADA KENAIKAN HARGA SHIPMENT BERMULA 12 APRIL 2020

MOHON MAAF. 

Salam sejahtera buat semua pengguna MyWau yang kami sayangi sentiasa. Tidak ada daya kami untuk terus bertahan di saat ekonomi begitu mencengkam dari pelbagai sektor. Maka, tidak dapat tidak, MyWau terpaksa menaikkan harga shipment bagi semua penghantaran. 

Umum sedia maklum. Kita berdepan dengan wabak pandemik yang menyerang ke seluruh negara. Walaupun ianya bermula dari daerah Hubei, Wuhan di China, kini merebak ke banyak negara berkuasa besar. Bayangkan sebuah negara Amerika yang dikenali ramai sebagai negara pendahulu dalam banyak perkara pun turut terpalit bahkan mendahului carta bilangan dijangkiti tidak sampai sebulan!

Sebagaimana harga minyak mentah boleh turun mendadak, permintaan barangan perubatan meningkat, tetapi pembekalan pula terhad, banyak juga industri lain yang melibatkan supply & demand terjejas teruk sehingga menyebabkan semuanya tersepit. Keadaan China yang pulih pula tidak menguntungkan banyak peniaga kerana faktor virus yang sentiasa meningkat sekaligus menyebabkan sektor penerbangan dan perkapalan terjejas teruk.

Oleh kerana faktor luar inilah yang menyebabkan kami terpaksa menelan beberapa minggu kenaikan harga shipment sehinggalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lebih panjang lagi. Mengikut perancangan, kami mahu ‘absorb’ sahaja memandangkan kita menjangka isu ini bakal selesai dalam hanya beberapa minggu. 

Malang sekali, ianya tidak begitu. Kekangan delivery yang lambat, menyebabkan banyak kos yang terlibat sekaligus membuatkan kami kerugian lebih besar. Maka dengan ini, bermula pada 12 April 2020, MyWau terpaksa meningkatkan kadar caj untuk semua berat (kg), CBM dan di semua platform (udara dan laut). 

Anda boleh merujuk senarai harga baharu di sistem MyWau di bahagian Price List.

Akhir kata, kami di sini memohon jutaan kemaafan buat semua pengguna, dan diharap agar semua dapat memahami keadaan yang terpaksa kita sama-sama hadapi ini. 

========

Nota akhir: Kami juga memohon semua pengguna memberikan kerjasama yang baik untuk kami bantu trace semua barangan yang masih sangkut/hold/delay sepanjang minggu PKP ini. 

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout