Rakan Shipping Borong China Online Malaysia
MyWau 2.0 | Akan Datang

Siapa sangka, MYWAU berkembang pesat. Bukan sahaja menambah baik segala fungsi di MYWAU tetapi pelbagai pengisian telah diusahakan oleh Tuan Mohd Faiz dan pasukannya. 

Siapa masih ingat, MYWAU versi 1.0 dulu. Baby boomers gitu. Hanya berupaya untuk menyelesaikan masalah shipping saja. Kemudian ianya ditambah baik dengan fungsi Alipay dan WechatPay kepada seller. Ianya telah hampir sempurna. 

Namun begitu, riuh di jabatan Teknologi MyWAU, bahawasanya akan muncul versi 2.0. Dikhabarkan MYWAU akan berwajah baru dan lengkap dengan fungsi yang lebih ‘user friendly’. 

Kali ini, saya telah masukkan beberapa elemen seperti ‘multiple parcel’, pengumuman bergambar dan macam-macam lagi fungsi. – Rasyid, Pakar IT MYWAU. 

Seperti yang telah ditunjukkan oleh Pengurus IT MYWAU ini, penulis telah mendapati ada satu fungsi yang sangat menarik. Ianya bakal menjadikan MYWAU ini sebuah aplikasi yang mesra sosial. 

Kewujudan Wall atau Discussion Room. Ianya mirip aplikasi facebook atau instagram. Boleh membuat status dan mengumpul likers atau followers. 

Ianya boleh berkembang dengan rata-rata ahli MYWAU kini adalah pelopor kepada bisnes POOL ORDER. Ianya pasti akan menggembirakan mereka. Betul tak? 

Apa-apa pun, projek ini akan mengambil masa 60 hari atau 2 bulan. Ianya dijangka akan dikemaskini terlebih awal untuk versi website pada sekitar bulan Ogos 2019 sebelum dikemaskini di paparan telefon pintar pada September 2019. 

Penulis selaku pengguna MYWAU pun tidak sabar untuk melihat wajah baharu sistem mudah urus Penghantaran dari China ke Malaysia ini. Setakat ini, aplikasi MYWAU adalah yang paling mudah urus, cepat berevolusi dan nampak bercita-cita besar. 

Sementara masih di dalam proses pembangunan ini, ada apa-apa tak yang ingin anda cadangkan kepada beliau? Boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Jom!

“Forwarder Lain Takde Selengkap Sistem MyWAU…”

Menarik apa yang dikatakan oleh cikpuan Nurizzaty seperti di tempelan gambar di atas ini. Pada mulanya beliau agak risau sekiranya barangannya rosak. Yelah, katanya, barang yang beliau borong adalah set pinggan mangkuk kaca. 

Allhamdullilah pokok dan barangan lain jam dan set pinggan selamat tiba.. Risau kat set pinggan tu je risau pecah

 

Walaupun MYWAU boleh menghantar terus ke rumah, namun beliau terus ambil dari warehouse sendiri. Ini adalah satu kelebihan MYWAU iaitu, pihak pengguna boleh terus menguruskan shipping sendiri sekiranya ianya lebih menjimatkan masa. Ini kerana, penghantaran biasanya berjadual dan mengikuti trip lori yang diuruskan oleh ejen tempatan. 

Lebih menarik lagi, beliau sempat membandingkan MYWAU dengan forwader lain. Beliau terharu kerana sistem MYWAU lebih sistematik dan mudah. Lagi pula, caj shipping nya juga menjimatkan dengan tiada caj yang tersembunyi. Sesuatu yang biasanya berlaku di sesetengah forwarder lain. 

Sebelum ni guna service shipper lain- b**t sebulan lebih baru dapat barang tu pon caj boleh tahan mahal hidden charges lagi.

Alhamdulillah. Beliau sangat berterima kasih dengan MYWAU dan bersyukur sangat dipertemukan dengan sistem ini. Tahniah, dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada beliau kerana mempercayai MYWAU. 

Salam Ramadhan buat semua. 

Fakir Miskin di Baling Perlukan Sumbangan Anda untuk Menyambut Syawal ini

Tahun 1974. Tanyalah generasi lama di Baling. Pasti akan ingat sebuah peristiwa besar. Yang takkan lupus diingatan mereka. 

.

Sebuah demonstrasi hebat. Demonstrasi Baling nama dia. Kerana apa demonstrasi ini berlaku? Kerana isu kemiskinan dan kejatuhan harga getah di sana. 

.

40 tahun berlalu. Berita Harian mengesahkan, bahawa 133,000 penduduk di Baling masih hidup ‘kais pagi, makan pagi’. Malah lebih teruk keadaannya apabila dilanda musim hujan. 

.

Tragis dan Sedih kan? 

.

Bayangkan, 40 tahun berlalu, nasib tetap begitu. 

.

Manakala, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun pula terus melabelkan Baling sebagai kawasan termiskin dalam negara. 

.

Ini cebisan fakta. Yang kugodek dari Berita Harian. Bukan berita lama. Berita ini di dada akhbar pada Mac 2019. 2 bulan yang lalu.
.
Ini link berita: http://bit.ly/2JmnSgh

Aku terpanggil untuk menulis tentang Baling sebab Baling adalah tempatku dilahirkan, Tempat bermain. Tempat membesar dan belajar. 

.

Rata-rata penduduk kerjanya kerja kampung. Bercucuk tanam bagi mereka yang ada tanah. Kalau yang cukup-cukup makan? Cuma sekangkang kera keluasannya? 

.

Tak dapat dibayangkan betapa daifnya mereka. 

.

Yang mengawal ekonomi, aku doakan agar diberi kelancaran untuk membantu menaik pulih ekonomi getah dan kelapa sawit. Itu je harapan warga fakir di sini. Siang malam keluhan bernyanyi. Tapi aku tahu, orang-orang di sini kuat juga berdikari. 

.

Mujur ada rasa lebih, itupun dari sumbangan banyak pihak. Dari sebelum Ramadhan sehingglah syawal, ada lah juga tenggelam timbul deretan bantuan. Itu semua rezeki Allah kurnia kepada penduduk ini kerana kesabaran mereka. 

.

Aku juga tak mahu membatu bisu. Kalau kita perbanyakkan lagi ruang dan peluang, apalah salahnya kan? Untuk Penduduk dan rakyat di Baling juga. Tempat aku membesar. 

.

Oleh itu, aku tak mahu sendiri. Aku nak bantu kalau sendiri-sendiri memang tak kuat. Aku tahu, kawan-kawan aku ramai di luar sana. Ayuh sertailah team MyWau aku yang kecil ini. Kami nak bantu orang Baling yang sangat-sangat susah. Sangat-sangat daif. 

.

Aku nak bagi depa ni gelak, gembira dan ada sinar bahagia dan lega menjelang raya. Anak-anak depa ada duit raya untuk menabung atau beli barang belajar. 

.

Sungguh. Aku tak akan mampu kalau sorang-sorang. Koranglah penguat daya aku. Jom bantu seikhlas nya. Dari bermula RM1 sehinggalah berapa pun yang tuan puan mampu.
.
Pakej sumbangan ada di borang di bawah ini. Sumbangan nanti akan ditukarkan kepada makanan asasi sebab ini yang mereka perlukan hari-hari dan nak raya nanti. Mohon sebarkan mesej kasih sayang ini buat semua teman-teman ya.
.
Nak menyumbang? Masuk di link ini: https://mywauofficial.onpay.my/order/form/mywaucharity

.

Nukilan,

Tuan Mohd Faiz
Pengarah Urusan
MIND TRADE SDN. BHD.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout