MyWau Versi 4.0 Dilancarkan dengan Keupayaan MyWau Pay dan Kelebihan MyWau Points

Umum mengetahui, malam semalam (27 Oktober 2020) di dalam Facebook Group Rasmi MyWau telah dilancarkan MyWau Apps versi 4.0 di mana ianya mempamerkan ciri-ciri lebih lengkap seperti “wallet” dan sistem Redemption Points bagi manfaat buat semua pengguna. Ianya adalah satu sejarah lagi yang telah ditempa oleh MyWau.

MyWau Pay

Buka MyWau > Pay & Points > MyWau Pay > Create New

Sistem pertama yang diperkenalkan kepada seluruh ahli adalah, sistem MyWau Pay. Di mana, ianya menuntut semua ahli untuk mendaftar “Wallet” mereka di MyWau Apps bagi memudahkan MyWau untuk:

  • Melakukan sebarang refund tanpa menunggu hari Khamis, pada setiap minggu.
  • Memudahkan sistem membaca proses pembayaran di MyWau Apps sekaligus tidak mendatangkan resah kepada pengguna.

Ianya sangat convenient kepada semua user, di mana pengguna selepas ini berupaya untuk:

  • Tidak lagi memohon masuk ke bank bagi setiap kali pembayaran di Alipay, Pinduoduo mahupun Shipment.
  • Tidak lagi membayar caj transaksi yang mahal untuk pembelian barangan bawah RM300.
  • Tidak lagi berhadapan dengan masalah PAY OFF yang berkesudahan dengan duit baki yang tidak boleh di’trace’ sepanjang menggunakan Alipay MyWau.
  • Anda boleh menebus kembali saki baki wang anda di wallet untuk dipindahkan ke akaun bank anda.

Jadi dengan adanya MyWau Pay, kami boleh terus refund semula ke wallet anda bagi meneruskan tempahan produk berikutnya tanpa perlu berbincang panjang dengan pihak Customer Service MyWau.

MyWau Points

Sudah lama, pengguna MyWau menunggu bilakah masanya MyWau ingin lancarkan Points penghargaan. Ya, semalam sekali lagi menjadi sejarah selepas 2 tahun penubuhan MyWau.

Buka MyWau > Pay & Points > MyWau Points

Pengguna boleh terus melayari di menu Pay & Points untuk melihat katalog hadiah yang boleh anda redeem. Seronok kan? Bila berbelanja ada hadiah dapat lagi Cashback. Wow!

So, apa tindakan yang harus anda buat sekarang?

Pertama: Anda wajib mendaftar akaun MyWau Pay anda menerusi halaman MyWau Pay.

Kedua: Sesudah itu, anda boleh menambah nilai (TOPUP) untuk menyediakan duit di dalam “wallet” anda bagi menggunakan Alipay atau Pinduoduo atau Shipment anda.

Ketiga: Anda boleh melalukan withdrawal tanpa susah payah menunggu sehingga hari Khamis, untuk berbuat demikian. Okey?

Maka, dengan ini penulis ingin mengucapkan selamat mencuba kepada semua pengguna MyWau dan rasailah pengalaman berbelanja cara MyWau Pay & Points!

Anda juga boleh menonton siaran ulangannya di sini:

MyWau Apps Bakal Berintegrasi dengan MyWau Pay – Masa Depan Teknologi MyWau

Tanpa sedar MyWau sudah berumur 2 tahun 5 bulan. MyWau sudah berada di fasa 3.0. Kini, MyWau bakal memasuki gear 4.0. Ya, seperti yang tertulis di tajuk artikel ini, ianya tentang fungsi baru yang akan menjadi penanda aras baru sistem MyWau. 

MYWAU PAY ITU SEPERTI E-WALLET KE? 

Umum maklum, kini banyak aplikasi yang telah menjurus kepada sistem cashless. Atau kata nama lain, sistem tanpa wang tunai. Semuanya di atas talian. Seperti mana anda kenal sistem GRABPAY, TNG E-WALLET, BOOST APPS, MAYBANK QRPAY, ALIPAY, WECHATPAY dan macam-macam lagi sistem yang wujud di Malaysia ini. 

Berbalik kepada soalan di atas, ya, saya sahkan penggunaan MyWau PAY lebih kepada E-WALLET khas untuk anda lakukan aktiviti TOPUP, bayar shipment, Alipay dan buat REFUND. 

APA KELEBIHAN BERBANDING DENGAN CARA SEKARANG? 

Bagi yang sudah melalui sistem MyWau dari mula sehingga hari ini, mesti sudah biasa dengan cara pembayaran sediakala. Ya, hanya bayar setiap kali perlu diminta buat pembayaran saja. 

Baiklah. Kewujudan MyWau PAY ini adalah tak lain tak bukan semata-mata nak memudahkan anda buat pembayaran saja. Dan paling penting anda sendiri kini tak perlu tunggu duit refund pada setiap hari khamis dah, sebab kami akan direct terus refund masuk wallet anda apabila berlaku kejadian seperti Pay Off atau refund dari Seller.

Paling best, sistem wallet MyWau membolehkan anda untuk withdrawal ke akaun bank anda secara terus sekiranya anda berminat nak tarik balik duit apabila ada baki atau dapat refund MyWau. 

SEKIRANYA MYWAU PAY DAH BERFUNGSI KELAK, BAGAIMANA NAK AKTIFKANNYA? 

Okey untuk mengaktifkan sistem MyWau Pay ini, anda hanya perlu mengisi maklumat anda saja. Di mana, dan bagaimana, tunggu sehingga sistem ini sudah siap dipasang di dalam MyWau Apps nanti. 

ADA CAJ LAIN KE KALAU PAKAI MYWAU PAY NI? KALAU CARA SEKARANG KAMI DICHARGE RM1 UNTUK SETIAP TRANSAKSI. 

Baik. Umum sedia maklum, sistem payment di MyWau memang bekerjasama dengan merchant Toyyibpay di mana mereka telah mengenakan caj sebanyak RM1 untuk setiap transaksi yang berlaku. 

Bagi kegunaan MyWau Pay kelak, anda akan dikenakan charge seperti berikut:

1) TOPUP – Anda akan dikenakan charge sebanyak RM1 sahaja bagi setiap proses TOPUP.

2) PEMBAYARAN SHIPMENT, ALIPAY, WECHAT PAY, PINDUODUO PAY – Anda akan dikenakan charge semurah RM0.05 sehingga maksimum RM1 sahaja. Kalau harga shipment RM13, caj dikenakan sebanyak RM0.05 sahaja. Sekiranya kos Alipay anda RM500 caj yang dikenakan adalah maksimum RM1 sahaja (bukannya RM1.50). Ini adalah kerana Toyyibpay hanya amik 0.3% per transaction, tetapi minimum RM0.05 dan maksimum adalah RM1 sahaja. Bayarlah sampai RM20,000 pun ianya tetap RM1. 

3) WITHDRAWAL – Proses tuntutan wang kembali dari wallet anda hanya dikenakan caj sebanyak RM0.30 sahaja bagi setiap wthdrawal. Itu saja. 

WOW! BILA NAK ADA MYWAU PAY INI? 

InshaAllah, kami akan buat hebahan tutorial cara guna dan bila boleh mengaktifkan akaun anda nanti.

Notis Alipay: Sekali Lagi Akaun Bank MyWau Berhadapan Limitasi Pembayaran Bulanan

Perhatian kepada semua pengguna MyWau, berikutan masalah teknikal yang berlaku di ALIPAY yang menyebabkan Tuan/Puan tidak dapat meneruskan permbayaran, di sini terdapat beberapa perkara yang perlu di Tuan/Puan ambil perhatian:

  1. Akaun Alipay akan ditutup sehingga notis baru dikeluarkan.

  2. Alipay ID berstatus ‘PAY OFF’ yang sudah dibuat bayaran sahaja boleh membuat permintaan untuk pemulangan semula

  3. Kami akan padamkan Alipay ID untuk tempahan yang baru sama ada berstatus ‘PAY OFF’ atau ‘WAITING’ bagi mengelakkan sebarang kekeliruan

  4. Mohon hubungi Customer Service MyWau untuk maklumkan Alipay ID yang perlu dipadamkan

Mohon Tuan/Puan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami bagi memudahkan proses seterusnya. Kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan.  

Apa alternatif yang ada? 

1. Tuan / puan boleh meminta untuk seller simpankan stok  anda sehingga 1 Ogos, ini kerana payment menerusi Alipay MyWau akan berfungsi sebaik saja 1 Ogos bermula. 

2. Tuan/ puan boleh meminta payment secara manual seperti meminta Alipay Account dari seller dan nama seller in Chinese. Anda terus guna fungsi MyWau > Service > Wechatpay. 

Sebagai contoh, anda boleh ikut saja langkah di bawah. Namun begitu, cara manual ini juga berisiko sekiranya proses ini mencecah limit manual transfer kami. 

“Hello. I cannot pay you through 1688. I want to pay direct to your alipay account.” Translate.

“Can you give me your alipay account and your name in Chinese?” Translate.

Bila dah dapat apa semua.

Buka MyWau > service > wechatpay (alipay manual) > create new > masukkan butiran tadi (copy & paste) > submit.

Tak perlu bayar.

Kemudian bagitahu customer service.

“Saya nak bayar manual. WMWxxxxxx ini adalah manual transfer kepada supplier saya. Untuk gantikan AMWxxxxx yang pay off sebab masalah limit. Boleh bantu saya untuk proceed payment?”

Selamat mencuba.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout