Tazkirah Jumaat: Fadhilat Berkorban Sempena Hari Raya Aidiladha

IBADAT korban yang telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam sebagai cara untuk hamba mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadat ini dilakukan umat Islam di seluruh dunia apabila tibanya Aidiladha atau hari raya korban pada 10 Zulhijah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang memperoleh kelapangan dan kemampuan untuk berkorban dan dia tidak mahu berkorban, maka janganlah hadir di lapangan kami (untuk solat eid).” (Riwayat Ahmad, Darul Qutni, Baihaqi dan al Hakim)

Ibadat korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya dan menjadi salah satu ukuran takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Justeru, pelaksanaan ibadat korban hendaklah dilakukan dengan ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan pada masa sama menanamkan rasa kasih sayang antara pihak yang berkorban dengan masyarakat yang menerima pemberian daging korban itu.

Selain memberi kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan, ibadat korban sebenarnya adalah manifestasi kepatuhan hamba kepada perintah Allah SWT kerana bukan semua bersedia untuk memberi atau berkongsi apa yang dimilikinya.

Hanya, mereka yang benar-benar bersedia serta menghayati maksud pengorbanan yang sebenar akan dengan rela hati membelanjakan harta untuk tujuan ibadat kerana mereka yakin ganjaran baik daripada amalan itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanku ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah diri kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” (Surah al-Hajj, ayat 34)

Laksana dengan takwa

Jika diteliti, banyak yang diperoleh oleh golongan yang sanggup berkorban terutama apabila perbuatan itu dilaksanakan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan. Pastinya kita biasa mendengar kata-kata, lagi banyak kita beri, lagi banyak kita dapat.
Sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah, haiwan korban apa ini? Baginda SAW bersabda: Ini adalah sunah nabi Ibrahim. Mereka berkata: Lalu pada haiwan itu, kami dapat apa wahai Rasulullah? Baginda berkata: Pada setiap bulu ada satu kebaikan. Mereka berkata: Bagaimana dengan shuf (bulu)? Baginda bersabda: Pada setiap bulu shuf ada satu kebaikan.” (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi saksi di akhirat

Pada hari akhirat kelak, binatang yang telah dikorbankan akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh Allah Azza Wa Jalla dari mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya serta bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Pelaksanaan sembelihan bintang ternakan tidak hanya dilakukan oleh umat Islam pada Aidiladha kerana agama lain turut melakukan sembelihan, tetapi sembelihan mereka bukan memenuhi perintah Allah SWT. Itulah yang membezakan ibadat umat Islam dan bukan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, sembelihanku (korbanku), hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah).” (Sural al-An’am, ayat 162-163)

Ibadat korban juga adalah penerusan menghidupkan ajaran Nabi Ibrahim iaitu kepatuhan tidak berbelah bagi kepada perintah Allah SWT yang mungkin ada antara kita merasakan ia sesuatu yang sukar dilaksanakan.

Uji kesanggupan

Mengimbau pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tidak terbayangkan perasaan seorang bapa yang diperintah menyembelih anaknya sementara anak itu pula dengan rela hati bersetuju untuk disembelih kerana mentaati perintah Tuhannya.

Mungkin tidak sehebat kisah Nabi Ibrahim, tidak dinafikan ada dalam kalangan kita berdepan dengan keadaan yang menuntut kita melakukan pengorbanan, sejauh mana kesanggupan berdepan ujian dan berkorban.

Dari sudut sosial, hikmah ibadat korban diterjemahkan melalui agihan daging korban yang meliputi seluruh strata masyarakat sama ada yang miskin atau kaya. Ini dapat memupuk semangat kesepaduan dan setiakawan umat Islam.
Walaupun ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia membolehkan mereka membeli dan makan daging, tetapi pemberian atau penerimaan daging korban mempunyai nilai tersendiri yang memberi makna.

Semoga ibadat korban dapat dihayati dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT seperti mana firman-Nya yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan pernah sampai pada kebaikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” (Surah Ali-Imran, ayat 92)

Sekiranya anda terasa ingin menyertai MyWau bersama-sama dengan Simply Aqiqah untuk menunaikan ibadah Korban atau Aqiqah boleh terus daftar di link di bawah ini:

Link info: https://simplyaqiqah.com/ref/144MINDT

Link Direct Buy: https://simplyaqiqah.com/simplystore/store?navi=order&ref=144MINDT

Original Article | Berita Harian

Notis Alipay: Sekali Lagi Akaun Bank MyWau Berhadapan Limitasi Pembayaran Bulanan

Perhatian kepada semua pengguna MyWau, berikutan masalah teknikal yang berlaku di ALIPAY yang menyebabkan Tuan/Puan tidak dapat meneruskan permbayaran, di sini terdapat beberapa perkara yang perlu di Tuan/Puan ambil perhatian:

  1. Akaun Alipay akan ditutup sehingga notis baru dikeluarkan.

  2. Alipay ID berstatus ‘PAY OFF’ yang sudah dibuat bayaran sahaja boleh membuat permintaan untuk pemulangan semula

  3. Kami akan padamkan Alipay ID untuk tempahan yang baru sama ada berstatus ‘PAY OFF’ atau ‘WAITING’ bagi mengelakkan sebarang kekeliruan

  4. Mohon hubungi Customer Service MyWau untuk maklumkan Alipay ID yang perlu dipadamkan

Mohon Tuan/Puan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami bagi memudahkan proses seterusnya. Kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan.  

Apa alternatif yang ada? 

1. Tuan / puan boleh meminta untuk seller simpankan stok  anda sehingga 1 Ogos, ini kerana payment menerusi Alipay MyWau akan berfungsi sebaik saja 1 Ogos bermula. 

2. Tuan/ puan boleh meminta payment secara manual seperti meminta Alipay Account dari seller dan nama seller in Chinese. Anda terus guna fungsi MyWau > Service > Wechatpay. 

Sebagai contoh, anda boleh ikut saja langkah di bawah. Namun begitu, cara manual ini juga berisiko sekiranya proses ini mencecah limit manual transfer kami. 

“Hello. I cannot pay you through 1688. I want to pay direct to your alipay account.” Translate.

“Can you give me your alipay account and your name in Chinese?” Translate.

Bila dah dapat apa semua.

Buka MyWau > service > wechatpay (alipay manual) > create new > masukkan butiran tadi (copy & paste) > submit.

Tak perlu bayar.

Kemudian bagitahu customer service.

“Saya nak bayar manual. WMWxxxxxx ini adalah manual transfer kepada supplier saya. Untuk gantikan AMWxxxxx yang pay off sebab masalah limit. Boleh bantu saya untuk proceed payment?”

Selamat mencuba.

Dapat SMS: Alipay Account is having a technical issue, kenapa ya?

Hari ini, pihak MyWau telah mendapati akaun biasa yang digunakan sebelum ini telah sampai limit bulanan lebih awal. Rekod baru yang menyedihkan. Tapi kami sentiasa mencari solusi baharu. 

Pihak MyWau dengan ini sedang dalam fasa pembangunan beberapa akaun Alipay baru. Anda akan dapat melihat senarai no yang baru dalam masa 24 jam ini. 

Maka, jangan panik. Sekiramya pembayaran anda sekarang telah ditukar kepada Pay Off, anda boleh terus buat order semula dan guna apa sahaja no Akaun Alipay yang MyWau paparkan di sistem. 

Harap maklum. 

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout