PESERTA SABAH ‘BREAK RECORD’ KEHADIRAN KELAS SUPER COMBO MYWAU!

Belum pun reda perasaan gemuruh + excited apabila terbang paragliding di Ranau tempoh hari, kami pulang ke semenanjung dengan penuh perasaan bangga. Bayangkan. Tidak pernah lagi berlaku di dalam sejarah kelas-kelas MYWAU, dihadiri seramai 146 orang peserta. Ini telah mengatasi rekod lama yang dimiliki oleh peserta di Shah Alam iaitu seramai 132 orang. 

Di Universiti Malaysia Sabah ini juga menyaksikan ratusan manusia yang bersungguh-sungguh untuk belajar. Modul di MYWAU kami buat sedikit perubahan bagi memuatkan semua content mahal di dalam masa 2 hari penuh. Berbeza di Semenanjung, apabila kami betul-betul memfokuskan website Taobao dan 1688 di dalam masa 2 hari.

Menariknya lagi, di Sabah, ada beberapa peserta yang hanya mampu membawa telefon pintar saja. Seperti yang selalu disarankan di dalam kelas, di mana-mana kelas pun, pesanan JANGAN BERPUTUS ASA menjadi azimat dan dipegang utuh oleh para peserta. Ada satu ketika, di hari pertama kelas berlangsung, ada seorang yang tiba-tiba mahu pulang. Di dalam hati urusetia, dia pasti sudah ‘tumbang’ dan tak mahu belajar lagi.

Kami silap. Dia datang kembali selepas 20 minit kemudian. Bila diperhatikan, di mejanya kini ada sebuah laptop. Bila ditanya mengapa pulang, jawapannya ringkas. Saya tak mahu gagal. Saya tak mahu tercicir. Saya sanggup pulang ambil laptop untuk teruskan pembelajaran.

Semangat tidak berputus asa ini adalah perkara asas sebelum kita menyatakan bahawa kita sudah berjaya. Percayalah. Bukan mudah nak menggapai sukses dalam apa jua bidang yang kita sertai dan buat. Ianya perlukan semangat, kecekalan dan usaha tanpa henti. Bukan sekadar buat, tapi banyak bualnya. 

Seperti kata orang bijak pandai. 

Never show them your plan. Show them your success!

Lagi mengejutkan. Orang Sabah ini sifatnya, kalau mahu buat, buat sampai kasi jadi! Bila ditanya, siapakah yang paling jauh sekali datang ke kelas. Ada yang mengangkat tangan, beritahu dari Tawau, Kudat atau Lahad Datu. Kemudian tiba-tiba ada orang menjerit di pertengahan dewan. 

“Tuan. Ada lagi jauh bah! Ada orang Bintulu di sini, dari Sarawak!” Jelas jeritan lelaki itu. 

Apabila kami bertanyakan siapa yang dimaksudkan itu, lantas 2-4 orang mengangkat tangan. Apabila habis saja kelas, kami bertanyakan kepada beliau.

“Datang dengan flight ke?”

Tidak, beliau menjawab. Mereka memandu selama 2 hari berturut-turut. Gigih yang amat. Demi apa tuan puan? Demi ilmu. Katanya lagi, susah mau cari ilmu ini di sana (Sarawak).

“Bila ditanya kepada MyWAU, bila nak buat di Sarawak, dah dibilangnya teda, maka kami terus ke sini!” Jelas lelaki itu. 

Seriusly. Kami kagum dengan semangat orang Borneo. Mereka betul-betul nak belajar. Kami di MyWau sentiasa merasa bangga dengan pencapaian ahli-ahli MyWau yang tidak putus-putus buat duit. Kini, kami menunggu, hasil tuai orang Sabah pula. Tak sabar nak melihat barangan yang dibeli sewaktu kelas sampai dengan jayanya ke rumah-rumah mereka. 

Buat orang Sabah atau Sarawak yang masih lagi belum ke kelas kami. Kami tawarkan peluang ini kepada anda. Untuk datang dan memeriahkan lagi majlis ilmu kita. Untuk tahun 2019, inilah yang terakhir. Tunggu berita baik untuk Chapter 6 yang akan bermula pada Januari 2020 kelak. Moga Allah redha semua usaha kami untuk membantu dan memberikan peluang perniagaan seluas-luasnya kepada semua orang. 

Dengan MyWau, semua boleh berniaga!