Rakan Shipping Borong China Online Malaysia
BARANGAN DROPSHIP SAH TIDAK DAPAT BEROPERASI SEPANJANG PKP

Umum mengetahui bahawa kita sudah pun berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi sesi ke-3. Boleh dikatakan semua industri terkesan, namun tiada jalan lain selain mengurungkan diri adalah cara paling berkesan agar virus ini tidak merebak dengan cepat. 

Maka, di sini MyWau turut melibatkan diri dalam usaha mengekang gejala ini. Untuk itu, kenyataan rasmi ini dikeluarkan bagi menjernihkan keadaan. 

1. MyWau dengan ini menghentikan sebarang operasi pembungkusan/penghantaran barangan dropship dari gudang kami di Selayang ke mana-mana pos ekspres sejak 1 April 2020. Ini boleh menyelamatkan pekerja kami yang rata-rata penduduk di sekitar Gombak, Batu Caves dan Selayang yang mana diiktiraf sebagai kawasan Zon Merah

2. MyWau telah pun meletakkan semua stok dalam keadaan ‘tiada stok’ bagi tujuan tidak akan ada pembelian berlangsung di dalam kedai Shopee anda di sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Untuk selaraskan sistem kedai anda dengan butiran stok terkini, anda hanya perlu login website dropship MyWau serentak dengan kedai anda di Shopee. Ianya akan sync secara automatik. 

3. Bagaimana pun, apabila MyWau kembali beroperasi kelak, anda hanya perlu buka sekali lagi akaun dropship anda serentak dengan kedai anda di Shopee. Stok akan kembali pulih seperti biasa. 

4. Apa yang terjadi sekiranya sudah terdapat order pada waktu sekarang? Anda hanya perlu menghubungi pembeli dan terangkan apa yang berlaku. Kesulitan MyWau untuk menghantar barang serta arahan pihak berkuasa juga boleh dijadikan sandaran. Anda boleh memulangkan semula wang pembeli atau yakinkan mereka untuk menunggu sehingga PKP selesai untuk dibuat penghantaran semula. 

5. Bagaimana pula dengan kami yang masih belum diupload 1000 produk di kedai shopee? Setelah kami meletakkan status tiada stok di semua produk, maka mustahil untuk kami melakukan sebarang sync/re-upload ke akaun shopee anda. Ini adalah faktor sistem teknikal shopee itu sendiri yang menghalang sebarang sync produk yang tiada stok.  Untuk itu, kami mohon jasa baik tuan/puan agar dapat bersabar sehinggalah PKP selesai dijalankan. Kami akan melakukan semula proses sync all product ke akaun shopee anda serta merta.

5. Bagi mereka yang telah menempah di website MyWau Dropship pula, anda boleh terus berhubung dengan Cik Yana d talian: 019-5508724 atau Puan Wani di talian: 013-2957397 untuk tujuan refund semula. 

6. Bagi yang masih keliru dengan pengedaran topeng muka MyWau (bagi yang terlibat sahaja), berita baiknya, ianya tidak dijalankan di gudang MyWau. Ianya dijalankan di premis kami yang dikira sebagai syarikat logistik barangan import dari China. Kami terpaksa menggunakan ruangan pejabat bagi mengisi stok topeng muka. Kami juga mengeluarkan surat bagi melakukan pengedaran barangan ‘essential’ ini.

7. Mengapa kami tidak boleh melakukan hal yang sama dengan barangan dropship? Ini adalah kerana barangan dropship kebanyakannya bukan barangan berkategori essential. Selain itu, ianya adalah ready stock dan dimuat semuanya ke dalam gudang. Tidak ada langsung yang kami muatkan di premis utama kerana faktor ruang. Maka, tidak dapat tidak, kami terpaka menghentikan operasi kami di gudang. Pembekalan topeng muka ini lah yang menjadi titik tolak kami untuk mengumpulkan dana bagi menampung gaji serta sewaan pejabat dan gudang kami. 

Sesungguhnya, sejak Covid 19 melanda negara China, kami sudah pun terjejas. Dengan usaha kami menghentikan operasi dropship ianya terus membuatkan sumber income kami jatuh. Hanya dengan logistik dan pembekalan topeng muka ini sajalah yang boleh menyelamatkan MyWau. 

Kami dengan ini, sangat berterima kasih di atas perhatian dan kefahaman tuan/puan. Kami tahu, ianya mengecewakan, namun kami tidak dapat melakukan apa-apa selain dari menurut sahaja perintah ini demi kebaikan pekerja dan keluarga mereka. 

#mywaukitapunya

MOHON MAAF: ADA KENAIKAN HARGA SHIPMENT BERMULA 12 APRIL 2020

MOHON MAAF. 

Salam sejahtera buat semua pengguna MyWau yang kami sayangi sentiasa. Tidak ada daya kami untuk terus bertahan di saat ekonomi begitu mencengkam dari pelbagai sektor. Maka, tidak dapat tidak, MyWau terpaksa menaikkan harga shipment bagi semua penghantaran. 

Umum sedia maklum. Kita berdepan dengan wabak pandemik yang menyerang ke seluruh negara. Walaupun ianya bermula dari daerah Hubei, Wuhan di China, kini merebak ke banyak negara berkuasa besar. Bayangkan sebuah negara Amerika yang dikenali ramai sebagai negara pendahulu dalam banyak perkara pun turut terpalit bahkan mendahului carta bilangan dijangkiti tidak sampai sebulan!

Sebagaimana harga minyak mentah boleh turun mendadak, permintaan barangan perubatan meningkat, tetapi pembekalan pula terhad, banyak juga industri lain yang melibatkan supply & demand terjejas teruk sehingga menyebabkan semuanya tersepit. Keadaan China yang pulih pula tidak menguntungkan banyak peniaga kerana faktor virus yang sentiasa meningkat sekaligus menyebabkan sektor penerbangan dan perkapalan terjejas teruk.

Oleh kerana faktor luar inilah yang menyebabkan kami terpaksa menelan beberapa minggu kenaikan harga shipment sehinggalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lebih panjang lagi. Mengikut perancangan, kami mahu ‘absorb’ sahaja memandangkan kita menjangka isu ini bakal selesai dalam hanya beberapa minggu. 

Malang sekali, ianya tidak begitu. Kekangan delivery yang lambat, menyebabkan banyak kos yang terlibat sekaligus membuatkan kami kerugian lebih besar. Maka dengan ini, bermula pada 12 April 2020, MyWau terpaksa meningkatkan kadar caj untuk semua berat (kg), CBM dan di semua platform (udara dan laut). 

Anda boleh merujuk senarai harga baharu di sistem MyWau di bahagian Price List.

Akhir kata, kami di sini memohon jutaan kemaafan buat semua pengguna, dan diharap agar semua dapat memahami keadaan yang terpaksa kita sama-sama hadapi ini. 

========

Nota akhir: Kami juga memohon semua pengguna memberikan kerjasama yang baik untuk kami bantu trace semua barangan yang masih sangkut/hold/delay sepanjang minggu PKP ini. 

KEMASKINI FACEMASK MYWAU: TRIP KE-2 SUDAH SAMPAI & MASIH BELUM SELESAI

PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN YANG BUAT TEMPAHAN FACEMASK 😷

Sepertimana yang pihak kami telah maklumkan, barang semua telah sampai ke malaysia tapi masih dalam Custom clearance dan ada yang telah tiba di pihak courier tempatan.

Kami Pihak Mywau sedang menunggu barang sampai ke warehouse kami untuk buat pembungkusan dan pengeposan .

Walaubagaimanapun , ada sebahagian barang yang telah settle clearance kastam dan kita dpt detect kedudukan barang … kita sewa lori khas utk pickup sndiri dan bawa ke ofis kita utk proses pengeposan kepada anda Semua.

Semalam : 6hb,sebanyak 5100 kotak telah sampai. Dan kami telah poskan mengikut number order

Harini : sebanyak 7000 kotak telah tiba. Kami akan setelkan pengeposan batch 1, shipping yg kedua.

Pengeposan akan mengikut Batch 1 , Batch 2 dan setrusnya baru Batch 3…

Bagi yang tinggal di KL/SELANGOR, kami telah hire sebuah syarikat logistics utk uruskan penghantaran (jika kami gunakan JnT pasti anda terima lebih lewat disebabkan banyak kawasan red zone)

Syarikat logistics ini kan menghantar mnegikut daerah di KL/Selangor. Pihak kami akan call anda terlebih dahulu sebelum delivery dilakukan bagi memastikan anda ada di alamat yang diberikan.
.
Pengurusan pengeposan (luar KL/Selangor) adalah mengikut senarai Orang yg telah membuat tempahan dan pembayaran terlebih dahulu pada setiap batch.

Untuk Melihat updated terkini tentang makluman kedudukan barang boleh tengok di link ini pada batch masing2 https://mywau.com/facemask/

Macam Mana saya Nak tahu No tracking saya? Macam Mna nak tahu Barang saya telah dipos? Dekat mana saya dptkan No Tracking saya?

1) Bila Tiba Giliran anda dan barang Anda siap untuk DI POS ,Tuan Puan akan dpt No Tracking Terus di whatsapp , itu bermaksud brg anda sudah dihantar ke Pihak JnT

2) Selain itu, yang mana telah dipos…No tracking juga akan diupdate dalam website kita di bahgian Status pos 👉 https://mywau.com/facemask/

3) Jika Kedua dua di ats masih tiada, Bermakna barang tuan/puan sedang diproses dan tgh menunggu giliran tuan puan tiba

Bagaimana saya nak tahu yg barang sya boleh self pickup? Bila saya boleh Pickup?

1) Untuk Self Pickup, Bila barang dah sampai ,kita dah siap packaging utk barang tuan/puan..Team kita akan terus call anda untuk minta pickup di ofis….Jgn risau, mmng kita akan CALL anda terus bila barang yang dh anda order sudah ready untuk di pickup

Nota :
Gambar di atas adalah gambar semasa. Proses pembungkusan dan penghantaran di JNT + packaging utk delivery dalam KL dan Selangor

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout