Arahan YG Logistic: Terima Sahaja Barang, Usah Tangguh!

MyWau

Mengikut maklumat terkini, anggaran kemasukan penghantaran barang ke YG Logistic semakin meningkat di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Oleh kerana di atas faktor PKP, pihak gudang tidak mampu untuk mengoptimumkan pergerakan penghantaran seperti sebelum PKP. Kesannya, muatan di gudang semakin sempit sekaligus tidak mampu untuk menerima kontena baharu dalam waktu-waktu tertentu.

Maka, pihak gudang telah mengeluarkan notis baru yang mana, anda selaku pengguna MyWau wajib mematuhinya untuk memudahkan urusan penerimaan barang. Berikut antara yang telah dikeluarkan oleh pihak Gudang:

1- Semua parcel yang diterima dari kontena akan diagihkan dalam seminggu (sama ada di hantar atau anda self collect). Anda boleh terus mendapat panggilan dan wajib bersedia untuk menerima barang berkenaan. Usah bertangguh. Terima saja. Bagi yang tidak mampu dihantar, barang akan dipindahkan ke gudang sementara di mana ianya akan dicaj sewaan sehingga RM2 sehari.

2- Anda masih boleh menukar alamat penerima secara percuma dengan syarat, ianya melibatkan pertukaran alamat di dalam negeri yang sama sahaja. Pertukaran yang melibatkan negeri berbeza anda akan dicaj minimum RM50 / m3.

3- Semua kos penyimpanan mesti dijelaskan sebelum penghantaran dibuat atau anda boleh ke gudang untuk mengambil barang (self collect)

4- Anda dibenarkan untuk mengutipnya sendiri di gudang sekiranya gagal untuk menerima di lokasi seperti yang telah ditetapkan di sistem.

Di sini, MyWau memohon maaf di atas kekurangan dan kelemahan gudang YG yang tidak mampu untuk beroperasi seperti hari sebelum PKP. Bagi mematuhi saranan kerajaan, pihak gudang telah bersungguh-sungguh untuk meneruskan operasi di dalam kadar minima.

Bagaimana pun, ianya tetap melibatkan kos tambahan seperti kontena masuk yang terlalu banyak, tetapi perkhidmatan penghantaran yang telah dihadkan waktu perjalanannya.

Maka, pihak gudang terpaksa menyewa gudang sementara bagi menampung parcel yang berlebihan sekaligus terpaksa dicaj minima RM2 sehari sehinggalah barang diambil sendiri atau dihantar ke alamat anda.

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay