Wanita Ini Berjaya Bawa Pulang 2 CBM Hanya Dalam 16 Hari

Wanita yang saya maksudkan ini namanya Erine Hezreena. Nama facebook. Apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah real experience cikpuan Erine yang telah berjaya ‘membawa pulang’ barang-barangannya yang hampir 2 CBM tu dari China ke Malaysia. 

Beliau sempat berseloroh. Katanya, dah lama tak shopping

“Kita simpan modal, melancong ke Guangzhou sambil memborong .”

Itu yang beliau katalah. Selepas 2 bulan, beliau kembali beraksi. Katanya, beliau shopping tak hengat. Itu yang saya teruja dengan beliau.

Tanpa sedar, kos ‘shipping’nya sampai nak dekat 2 CBM. 

“Bila total cost shipping sampai, tu diaaa. Dkt 2 cbm kos shipping 😅. Tapi apa pun sgt puas hati.”

Beliau pada mulanya hairan dengan status tracking barangnya melalui sistem MyWau. Yelah, asyik di China je. Bila nak sampai Malaysia, kan?

Pada 12 Mac, beliau Create Shipment di MyWau. Biasalah perjalanan pakai kapal laut ni lama sikit. Kebiasaannya sampai 5 minggu. Lama tu. Tapi, normallah tu kan. 

Satu hari tu, dia perasan. Pada 15 hb Mac, barangnya dah masuk kapal. Excited sungguh. 

Peliknya, pada 20 hb Mac, status tertera Arrived Port dan negara yang dipaparkan adalah China. ‘Aik tak masuk kapal lagi ke?’

Belia tanya MyWau. MyWau kata baru masuk kapal. 

Tup-tup. MyWau buat ‘surprise’. (Saya pun terkejut juga). Beliau dapat panggilan dari kurier di Malaysia, katanya barang cikpuan Erine ni nak sampai dah. 

Beliau dah kecewa dah pada mulanya. Sebab MyWau kata, baru nak masuk kapal. Akhirnya, beliau terima barang dalam 16 hari je sejak dari waktu beliau Create Shipment

Tahniah cikpuan Erine. Terima kasih kerana menggunakan MyWau. 

MyWau Crew Training Program untuk Batch 2

Bukan mudah untuk berkumpul bersama semua komuniti MyWau. Alhamduillah. Kali ini, kami akan bersama 60 orang peserta daripada kalangan ahli MyWau yang bersedia untuk menjadi CREW, Speaker dan Duta MyWau. 


Sebelum ini, kami telah berjaya memberi ‘pengiktirafan’ DUTA kepada 30 orang ahli MyWau. Di mana mereka semua ada antaranya aktif menjadi crew. Tanpa pilih bulu, first come first serve, semua yang layak dan cepat, pasti akan berjaya. 


Usah bersedih. Kerana program seumpama ini akan sentiasa kami rancang. Demi kejayaan bersama. MyWau, Kita yang punya!