SHIPPING MYWAU ADA SPECIAL LANE?

[UPDATE SEMASA]

No photo description available.

Ini, gambar dari warehouse Mywau di China. 23 Mac 2020 jam 9.00 malam.
Warehouse ini sepanjang 100 meter dan lebar 10 meter.Kami di Mywau, terus bekerja.Berkhidmat untuk semua. Walau dari rumah. Majoriti mask, sanitizer dan barangan medical…Barang raya tak kurang banyaknya.Ada yang tanya bab kastam, bab delay, bab larangan shipping ke Malaysia dsb. Baik saya jawab 1 per 1.

Image may contain: 1 person


….
Isu 1 : Kelewatan Shipping :
YA. Memang ada, dan ia berlaku. Untuk shipping by air dan shipping by sea. Ini disebabkan pelabuhan, kastam malaysia dan warehouse di Malaysia tidak beroperasi pada tahap maksima. Tidak semua pegawai bertugas dalam satu satu masa. Shipping by sea dari 25-35 hari manakala shipping by air 10-14 hari (normal range).
..
Isu 2 : FACE MASK?

Ada rampasan kah? Jawapan : TIDAK tuan puan. Malah, kerajaan menggalakkan usahawan untuk terus mengimport dari negara China. Saya hairan , mengapa perlu rampas sedangkan ia bukan barang terlarang malah ia barang keperluan getir pada saat yang ini. Hentikan sebaran romos yang pelik pelik itu.


Berita Baik : Bagi yang mahu shipping face mask @ barang lain, tetapi mahu dalam kadar yang sangat cepat, segera, urgent, ada lagi 1 solusi.Kami sediakan fast lane , special flight shipment. Hanya untuk shipping by air. Untuk 11kg keatas, harganya adalah RMB 37/kg. Tempoh terima barang sekitar 7-9 hari.

Ini yang terbaik yang kami mampu usahakan hingga saat status ini ditulis. Cara menggunakan FAST LANE ini, semasa anda CREATE SHIPMENT, di bahagian REMARK USER, tuliskan di situ ‘I want to use special lane for this shipment’ @ ‘ Tolong guna fast lane untuk shipment ini’.


Di Mywau, kami terus bekerja. Team sales bekerja 7 hari seminggu. Special team juga turut ditubuhkan bagi mereka yang mahu sertai pool order face mask Mywau.


Selebihnya, bekerja dari rumah. Semua operasi seperti biasa. Di China, warehouse Air dan Sea beroperasi 100%. Hanya di malaysia kita tidak dapat beroperasi sepenuhnya dek kerana polimik yang melanda tika ini…..Konklusinya, buat rakan rakan, pengguna Mywau,usah takut usah bimbang. Jika mahu buat belian, teruskan sahaja. Semua baik dan boleh diuruskan.Kami akan terus komited membantu anda semua. Perihal shipping, kastam dan delivery juga kami akan bantu sedaya upaya, sebaik yang kami mampu…..

Yang Berkhidmat Untuk Anda,
Faiz Zakaria
Managing Director, Mywau
#MywauKitaPunya #KitaJagaKita