Pengarah Urusan MyWau Turun Padang Buat Delivery

mywau

Siapa sangka. Status sebagai Pengarah Urusan di Mind Trade Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai MyWau tidak menafikan komitmen serta tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah pengguna MyWau.

Umum sedia maklum, kita sehingga ke hari ini masih berdepan dengan kemelut virus coronavirus yang tidak diketahui bila ianya bakal berakhir. Dengan arahan serta pembudayaan norma baharu yang dituntut oleh Kerajaan Malaysia membuatkan kita serba serbi kekok dalam mengharunginya.

Begitu banyak industri kecil dan besar terjejas. Baik dari segi operasi, pekerjaan mahupun pendapatan. Tidak ada satu pun terkecuali dari menerima impak penangan Covid-19 ini.

MyWau mempunyai cabaran yang tersendiri. Banyak barangan yang diimport dari China sangkut di pelabuhan serta diperam begitu lama di gudang Malaysia. Akibat lambakan kontena, limitasi kakitangan Kastam Malaysia, dan kekurangan lori penghantar, maka ianya mengecewakan puluhan pengguna yang tidak bernasib baik.

Barangan ini sebenarnya telah tersadai sejak 25 Mac 2020 lagi, sehinggakan ada pengguna MyWau yang melahirkan kekecewaan akibat kemelut bencana ini sekaligus memaksa mereka terpaksa memulangkan semula wang belian pelanggan mereka. MyWau adalah identiti yang sentiasa mendokong usahawan di Malaysia. Kami tahu, ianya tidak akan selesai kalau semua tidak mengambil serius.

Dalam kekalutan, Pengarah Urusan MyWau bertekad untuk membuat penghantaran secara ‘personal’ dan memohon maaf di atas kelewatan penghantaran barangan-barangan mereka. Pasukan shipment MyWau, dan pasukan Khidmat Pelanggan MyWau juga berganding bahu menjejak senarai tracking lama yang tidak dikemaskini bagi mendapatkan butiran penghantaran.

Maka, di dalam sejarah menyaksikan, tanggal 8 Mei 2020, Tuan Mohd Faiz dan Tuan Khairul dari jabatan shipment telah bergegas ke YG Logistic untuk mendapatkan barangan yang masih belum dihantar. Ada juga yang telah dihantar menggunakan Citylink, dan ada juga yang telah dihantar secara personal.

Semalam, 9 Mei 2020, Mohd Faiz dan Khairul telah pun berada di Kedah. Digambarkan perjalanan mereka akan meliputi negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum mereka pulang dan mendapatkan barangan lain lagi untuk zon negeri yang berbeza.

Secara jujurnya, tidak ada sesiapa yang mahukan dan sukakan sebarang penangguhan. Namun, di MyWau ianya adalah situasi yang sangat tidak boleh diterima dan kami sendiri menanggung kos penghantaran bagi menyelematkan terus pengguna MyWau yang ketandusan produk jualan mereka.

Allah sayang semua, bak kata Ustaz Ebit Lew. Maka MyWau juga sayang semua ahli keluarga MyWau. Beli sikit atau banyak, ahli lama atau baru, marilah kita sama-sama belajar dari peristiwa ini.

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay