Rakan Shipping Borong China Online Malaysia
Pengumuman Khas: Sila Ubah Consignee Name Anda di Taobao & 1688 Segera

Baru-baru ini, ada berlaku beberapa kecelaruan terkawal. Ianya melibatkan 2 orang pengguna MyWau. Berpunca dari seller mereka yang telah membungkuskan produk belian mereka di dalam 1 parcel yang sama.

Setelah diselidiki, seller berkenaan tidak tahu pembeli barang berkenaan merupakan orang yang berbeza. Lantaran itu, pihak MyWau mendapati dengan mempunyai Consignee Name yang sama, mengakibatkan salah faham sebegini boleh terjadi di masa depan apabila melibatkan pembelian dari seller yang sama.

Selain daripada itu, di masa depan, pihak warehouse juga bakal mendapatkan manfaatnya menerusi perubahan ini. Boleh jadi, ada parcel yang tertinggal, tercicir atau tidak dituntut, ianya akan mudah dikesan.

Di video yang kami kongsikan di bawah ada menunjukkan cara-cara untuk mengubah consignee name anda di laman web Taobao & 1688. Maka, sebelum membuat sebarang pembelian kelak, sila ubah dahulu ya.

Bagi pengguna baharu, anda jangan risau kerana kami baru sahaja mengemaskini akaun MyWau supaya consignee name anda telah dipaparkan secara automatik. Anda hanya perlu copy dan paste di shipping address Taobao, serta mengimportnya ke akaun 1688 anda.

Selamat mencuba dan mengubahnya ya.

MyWau Istimewa Kerana Ianya Sistematik

Tuan Zahir Mohamad merupakan seorang pembeli tegar online. Bukan sahaja di Shopee, malahan di beberapa platform popular lain seperti Lazada, Taobao, 1688, Alibaba, AliExpress dan macam-macam lagi.

sblm ni saya dah belajar kat luar shopee, lazada, taobao…1688, ali express, alibaba, amazon dll….

Beliau juga berkongsikan di dalam FB Group komuniti terbesar MyWau bahawa, dalam banyak-banyak sistem shipping yang beliau pernah berurusan, MyWau yang paling sistematik. Menariknya, caj shipping MyWau juga sangat munasabah. 

istimewa mywau lebih sistematik n caj shipping ok…reasonable…terbaik…

Bagi menzahirkan kegembiraan beliau, akhirnya beliau telah berjaya melanggan MyWau selama setahun. Sebagai pulangan selepas menghadam semua maklumat dan ilmu di MyWau, beliau telah mendapat tempahan produk yang pertama. 

Alhamdulliah dah daftar 1 tahun…

Sebenarnya, itulah bukti bahawa sesiapa pun boleh berjaya. Janji buat dengan bersungguh-sungguh. 

 

MyWau tumpang gembira dengan kejayaan beliau dan ingin mengucapkan Selamat Berjaya di dalam dunia bisnes trading Borong China online ini. 

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout