Sistem Add to Cart adalah Ciri Baharu di MyWau menggantikan Consolidate Payment

Hai MyWaurriors semua…

Lama tidak berjumpa. Kali ini apa lagi yang MyWau akan tambah baik ya? 

Baiklah. Baru-baru ini, kami ada berdepan beberapa masalah di bahagian IT terutamanya di bahagian proses REFUND dan perubahan status pembayaran di setiap Alipay Consolidate serta Pinduoduo Consolidate. Entah mengapa, semuanya jadi serba tak kena dan kami gagal mencerna beberapa masalah teknikal ini. 

Berikutan masalah ini boleh memberi kesan yang tidak bagus kepada user MyWau, jadi kami memutuskan untuk menghapuskan fungsi consolidate dan menggantikan dengan flow yang baru, lebih mudah dan lebih baik dari sebelum ini. Namun begitu, apa kata, kita faham dulu fungsi sedia ada, dan apa kesan-kesannya kepada anda sekiranya kami teruskan juga fungsi consolidate ini. 

Consolidate Payment

Semua maklum, di bahagian Alipay dan Pinduoduo Payment yang dimiliki oleh MyWau, semuanya ada fungsi consolidate. Ramai yang menantikan fungsi Alipay kembali dibuka adalah untuk menggunakan fungsi consolidate ini yang mana ianya boleh menjimatkan kos upah pembayaran. 

Dengan mengumpulkan kelima supplier dalam senarai Alipay MyWau secara maksimum membolehkan ahli hanya perlu menambahkan kos upah sebanyak RM4 sahaja. Daripada single payment yang mengundang kos tetap RM4, baik guna consolidate, ye dak? 

Apa-apa pun, akhirnya ianya telah mengundang beberapa masalah. Antara masalah paling ketara adalah, pihak MyWau gagal membuat refund dengan secara tepat. Beberapa kes sebelum ini, kami terpaksa mengembalikan semula wang user di mana Alipaynya yang pay off secara manual. Dari sudut teknikal, ianya telah membuang banyak masa pasukan MyWau yang sepatutnya boleh memfokuskan untuk membuat bayaran kepada supplier

Kadang-kadang, apabila ada di antara payment di dalam consolidate yang sama berdepan dengan isu pay off,  semua status berubah menjadi pay off. Ini membuatkan user bertambah pening dan gagal mencerna, adakah payment berkenaan sudah dibayar atau belum kepada supplier mereka.

Selepas diselidiki, ianya merugikan kedua-dua pihak. Di pihak MyWau akan sentiasa tercicir wang akibat terlebih refund dan user MyWau boleh terlebih bayar kepada supplier akibat status yang huru hara. 

Solusi kepada Consolidate

Maka, dalam minggu ini, kami telah berjaya mengubah satu flow bayaran yang serupa consolidate tetapi ianya tidak akan disenaraikan sebagai consolidate. Seperti fungsi Create Parcel, anda boleh masukkan lebih dari satu waybill dalam satu borang dengan meletakkan koma bagi memisahkan setiap waybill berkenaan, namun akhirnya ianya tetap disenaraikan sebagai satu parcel yang berbeza, dengan kod ID parcel yang jua berbeza. 

Begitu juga di Alipay dan di Pinduoduo. Bahkan Bank Transfer juga turut diubah agar semua user mendapatkan manfaatnya bersama. Bagaimana fungsi ini beroperasi? 

Untuk membuat bayaran Alipay, Pinduoduo atau Bank Transfer, anda hanya perlu menekan butang Create New seperti biasa. Anda dikehendaki untuk mengisi setiap butiran yang perlu anda isi. Tiada perubahan di sini, jadi anda tidak perlu risau. Sama saja seperti sebelum ini. 

Sesudah mengisi butiran yang betul, di sinilah ianya bermula. Anda akan diperkenalkan dengan ciri Add to Cart. Anda hanya perlu menekan butang ini untuk masukkan ke dalam ‘bakul’ bayaran yang berada di bawah borang tadi. 

Kemudian anda hanya perlu mengisi borang semula untuk masukkan payment kedua. Sehinggalah anda tidak mempunyai lagi bayaran yang perlu MyWau bayarkan kepada supplier anda. 

“Kejap, maknanya sudah tiada limit ya boleh dimasukkan ke dalam ‘bakul’ tersebut?”

Ya, tepat sekali. Kalau sebelum ini, consolidate terhad kepada 5 sahaja, bukan? Di fungsi add to cart ini, sudah tiada limit dikenakan. 

Kos upahnya bagaimana pula? 

Kali ini, kami menetapkan kos upah Alipay dan Pinduoduo hanyalah RM1 per transaksi. Ianya lebih adil untuk kedua belah pihak, Sekiranya pay off, kami akan pulangkan semula semua wang yang telah anda bayarkan kecuali kos FPX atau Kad Kredit / Debit. 

Bagaimana pun, kos upah Bank Transfer tetap RM2 per transaksi. Ini kerana, fungsi pembayaran menggunakan Bank Transfer sangat merumitkan dan mengambil banyak masa. Di peringkat user ianya mudah untuk dimuat naikkan, tapi tidak di bahagian pembayaran. Jadi, munasabahlah kos upah RM2 ini dikenakan untuk Bank Transfer. 

Selain itu, fungsi add to cart ini menjimatkan masa anda. Anda tidak perlu lagi pergi ke senarai Alipay untuk menekan butang Action > Pay Now semata-mata untuk melangsungkan pembayaran. 

Dari bakul tadi, anda terus boleh membuat bayaran. Flow kali ini lebih tersusun. Isi butiran. Kemudian add to cart. Seterusnya tekan butang Pay Now. Bayaran yang berjaya akan membawa anda ke senarai Alipay/Pinduoduo/Bank Transfer. 

Sekiranya pembayaran anda tidak berjaya, sila refer semula ke bahagian Create New Alipay/Pinduoduo/Bank Transfer. Ianya akan kekal di bakul kerana sistem tidak dapat capture bayaran yang telah anda lakukan tadi. 

Jadi, anda harus sentiasa beringat untuk tekan butang RETURN TO MERCHANTS atau RETURN TO FPX atau CLICK TO COMPLETE TRANSACTION. Ciri-ciri ini akan keluar di setiap kali anda melakukan transaksi secara atas talian. 

Nak selamat? Guna sahaja MyWau Pay. Ianya adalah satu cara yang lebih baik dan memudahkan anda tanpa perlu risau payment anda tidak berjaya akibat gagal menekan butang-butang khas pengesahan payment seperti yang telah saya sarankan di atas. 

Bila akan dirasmikan sistem yang baharu ini? 

Anda hanya perlu berjaga-jaga sahaja. Paling cepat akan dilaksanakan pada hujung minggu ini. Paling lambat adalah pada minggu hadapan. Harap anda tidak terkejut ya. 

Ingat, MyWau sentiasa berevolusi. Untuk memudahkan anda dan menjaminkan sistem yang lebih teratur serta bercirikan keselamatan yang tinggi. Terima kasih kerana sentiasa percayakan servis MyWau. 

Alipay MyWau Dah Limit Lagi.. MyWau Tak Buat Apa-apa ke?

Saban bulan, pasti kita akan berhadapa dengan masalah had transaksi Alipay MyWau. Dan masalah yang sama ini akan mengundang persoalan yang sama. MyWau tak buat sesuatu ke?

Antara yang sentiasa berasa sedih dengan kekangan ini adalah tidak lain tidak bukan Tuan Mohd Faiz sendiri. Ini boleh kita selami dengan membaca jawapan yang jelas dari tuan badan sendiri selepas diajukan oleh seorang peserta dari salah satu WhatsApp Group yang disokong oleh MyWau.

“Kalau baru sekejap dah limit, sebab ramai. Kenapa tak naikkan limit? Sebab susah kan buyer/pelanggan mywau berniaga macam ni. Nak tunggu seminggu lebih lagi tuk limit tu semula. Biz pon drag dan affected. Ada waktu-waktu tertentu pulak nak kene uruskan boleh beli or not. Saya dah beberapa kali macam ni. Time dah kumpul order tetiba tak boleh buat payment sebab dah limit. Paham la nak kumpul ahli ramai. Tapi service macam ni pon kene jaga jugak la.” Tanya salah seorang ahli MyWau.

Tidak dinafikan, itulah suara nurani yang ikhlas dari para ahli MyWau. Peningkatan ahli tidak dapat dielakkan. Namun, kenaikan had transaksi masih belum berjaya direalisasikan oleh MyWau. Jom kita baca apa pula jawapan dari tuan Faiz berhubung dengan permasalahan di atas.

“Maaf puan. Limit ini kami tak boleh naikkan disebabkan ia dikawal oleh pihak Alipay sendiri.

Contoh mudahnya begini :

Account Maybank kita. Setiap hari akan ada limit transfer internet banking kan? Jika personal account hanya limit maksima RM30,000 untuk 1 account.

Sama juga seperti Alipay, mereka tetapkan limit transfer harian dan limit transfer bulanan. Ia diluar bidang kuasa saya sendiri untuk naikkan sebab Alipay bukanlah dimiliki oleh saya.” Jawab tuan Faiz.

Dalam masa yang sama, ada juga soalan yang diajukan kepada tuan Mohd Faiz, turut berkenaan limitasi ini.

“Minta mywau inform lebih awal kalau limit dah nak habis atau inform kita alipay dah limit. Takla byk kerja, kita boleh cari terus seller yang activate bank transfer.

Faham kan bila dah create Alipay banyak-banyak tinggal masa nak payment Alipay (pula) limit. Kan banyak kerja tu.” Adu ahli ini yang lebih dikenali sebagai Farah.

Jelas tuan Faiz, kini MyWau memang sedang bangunkan sistem bayaran di mana apabila hampir melepasi limit bulanan, sistem akan mengeluarkan notis atau alert kepada pengguna.

“Aah ya cik Farah. Kami tengah develop system bayaran, once nk capai limit ja akan ada alert dalam apps dan notification buat para user.” Jelas Tuan Faiz.

Tidak berhenti di sini, Tuan Faiz turut bercerita mengenai potensi kenaikan limitasi Alipay ini. Itu pun selepas ‘border‘ dibuka, kata tuan Faiz.

Actually ada 1 cara nak tambah limit Alipay ni, iaitu dengan cara saya ke China dan buka lagi account bank di China.

Malangnya buat masa ni, di negara China masih tak benarkan kemasukan orang Malaysia ke sana disebabkan kes Covid-19 Malaysia yang tinggi.

Saya dah berusaha ke Embassy China, dah call duta Malaysia malah saya juga dah ke pejabat menteri untuk minta perlepasan khas untuk masuk ke China.

Malangnya mereka masih tak benarkan any Malaysian pergi ke sana melainkan crew flight atau ada kematian di China (melibatkan ahli keluarga).”

Penjelasan ini ada benarnya. Ini kerana kebanyakan pemain industri Borong China yang dahulu bukan main ligat ke China kini lebih banyak memborong dari Malaysia sahaja secara online.

Pertanyaan demi pertanyaan dari ahli MyWau tidak putus di situ. Terdapat lagi pertanyaan mengenai limitasi ini.

“Cepatnya limit… Tak advice ke buka banyak sikit akaun (Alipay)?”

Bukan setakat itu, ada juga yang secara terbuka mengkritik perkhidmatan pembayaran menggunakan Alipay ini setelah sekali lagi Alipay MyWau berhadapan dengan isu limitasi had transaksi ini.

“Menyusahkanlah! Seller dah bagi link Alipay sahaja. Banyak lagi barang lain nak follow up. Takkanlah satu amount Alipay pun tak boleh proceed? Amount 30 yuan saja ni.

Apa guna Alipay tu kalau asyik tutup saja, alasan heavy traffic memanjang.

Tolonglah admin bagi mudahkan kami sebagai pengguna.”

Beliau juga sempat bertanya bagaimana untuk mendaftar akaun Alipay sendiri.

Pertanyaan ini telah dijawab segera oleh En. Razali, Pengurus Besar MyWau.

“Bagi persoalan mengenai cara untuk ada akaun Alipay sendiri, senang saja. Tuan boleh buat search di Google dan verify akaun Alipay tersebut dengan menggunakan Passport dan no. Akaun Bank di China yang sah.

Walaupun begitu, untuk penggunaan bagi tujuan pembayaran sahaja, cukup dengan passport semata-mata tanpa akaun bank China. Kelemahan bagi pengesahan versi ini adalah, tuan tidak boleh untuk menggunakan fungsi topup di Alipay. Tuan wajib juga mencari agen pembayar yang boleh tolong topupkan ke akaun Alipay Tuan.” Jelas En. Razali panjang lebar.

Bukan setakat itu saja, En. Razali turut mendedahkan sebab utama mengapa akhir-akhir ini, Alipay MyWau cukup cepat mencapai limit bulanan.

Alipay MyWau dihubungkan dengan 4 no. akaun bank China yang didaftarkan atas nama Mohd Faiz Zakaria, Pengarah Urusan MyWau. Akaun Bank ini telah dibuka dalam beberapa tahun dahulu.

Setiap tahun, had limitasi ini telah dinaikkan oleh pihak bank. Malangnya sejak pandemik Covid-19, pihak bank di China telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan mereka dengan mengaktifkan sistem auto freeze akaun bank. Apabila berstatus freeze, pihak bank akan meminta para pemegang akaun untuk datang ke China dan lakukan proses pengaktifan semula selepas mendapati semua transaksi yang dilakukan adakah sah di sisi undang-undang.

Rentetan dari tu, maka 2 akaun bank MyWau telah disekat penggunaannya. Lagi bertambah parah ianya berlaku sewaktu pandemik Covid-19 di Malaysia. Semua rakyat Malaysia diwajibkan untuk mematuhi S.O.P yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.

Bukan sahaja MyWau, ramai juga pemain industri Borong China kini masih tidak dapat ke China atas alasan memborong melainkan ianya di atas urusan rasmi kerajaan, urusan kerja di sektor penerbangan atau mempunyai masalah kekeluargaan.

Jelas en. Razali lagi, Tuan Mohd Faiz sendiri telah dua kali memohon untuk ke China, dan permohonan beliau kekal ditolak oleh pihak Duta atas faktor kes di Malaysia meningkat semasa PKP 2.0. Kali ini, sekali lagi, Tuan Faiz memohon untuk ke China dalam bulan Mac atau April bagi menyelesaikan isu Alipay ini.

“Ya betul heavy traffic. Sebab apa? Sebab rata-rata sejak pandemik, sukar untuk user lain cari ejen pembayar tersendiri akibat kes yang serupa iaitu bank diorang kene freeze dan kena pergi ke China (untuk diverified semula). So ramailah yang pakat guna Alipay mywau.

Alipay ni hak China. Bank pula di China. Apa lagi cara kami untuk setelkan cara bayar ni selain dari pergi ke China?” Jelas en. Razali dalam salah satu Group WhatsApp yang dikelolakan oleh MyWau.

Maka, sebagai kesimpulan penulis, sebagai seorang usahawan yang sentiasa cerdas memikirkan pelan alternatif, gunalah perkhidmatan Bank Transfer MyWau. Cara pembayaran sebegini tidak ada risiko limit transaksi. Kami boleh membuat bayaran walaupun ammountnya besar-besar.

Dengar kata upah pembayaran Bank Transfer telah dikurangkan, dari RM5 per transaksi kini menjadi RM2 sahaja per transaksi. Apa tunggu lagi? Gunalah Bank Transfer sebagai alternatif pembayaran anda. Paling tidak pun, mulalah pelajari ilmu memborong di Pinduoduo pula.

Apa kata ahli MyWau sekalian?

Cara Buat Pembayaran Alipay MyWau di 1688

Assalamualaikum, Hai pengguna MyWau. Sekarang ini anda bersama saya dalam Tutorial Cara Pembayaran menggunakan fungsi Alipay MyWau untuk Website 1688. Anda hanya perlu mengikuti step berikut sahaja.

 

“Segala persoalan kini terjawab di ruangan FAQ di bahagian bawah artikel ini. Sila terus ke sana untuk sebarang info tambahan mengenai pembayaran Alipay di 1688.”

 

CARA PEMBAYARAN DI WEBSITE 1688

1. Anda pilih produk anda. Jangan lupa mengikuti semua teknik carian dan tapisan seperti yang diajarkan menerusi ebook, video kelas, MyWau Flix atau kelas fizikal yang anda pernah sertai.

2. Anda boleh memilih untuk menekan butang Order Now atau Add a Purchase. Sekiranya anda memilih ruangan Add a Purchase, anda boleh terus ke halaman Purchase Order dan pilih settlement secara satu persatu. Jangan buat sekaligus, kerana ianya tidak akan berjaya.

3. Apabila sudah sampai di halaman submit order, anda hanya perlu memilih alamat warehouse dengan tepat. Guna fungsi Change to untuk pilih dan tekan confirm receipt. Selepas itu, anda hanya perlu tekan Submit Order saja yang berwarna oren di bahagian bawah halaman ini.

4. Di ruangan seterusnya anda hanya perlu memilih Alipay dan tekan Go To pay. Kebiasaannya setiap pembelian memang automatik memilih Alipay. Maka, anda terus saja menekan Go To Pay.

5. Anda akan dibawa ke halaman di mana anda dikehendaki untuk mencari link Find Somebody To Pay. Ada ketikanya, anda tidak menjumpai Find Somebody to Pay. Untuk mendapatkan link ini, anda hanya perlu terjemah kembali halaman ini ke bahasa Cina. Ianya ada di sebelah kanan no. telefon atau email anda. Sila perhatikan gambar.  

6. Anda akan dibawa ke halaman Friend’s Account. Di sini, anda hanya perlu membuka MyWau anda dan Copy saja No Alipay MyWau. Caranya, buka saja MyWau > Service > Alipay

7. Anda paste kan saja no Alipay MyWau tadi di ruangan Friend’s Account. Sejurus itu masukkan MyWau ID anda di ruangan Leave a Message. No. kod keselamatan jangan lupa untuk diisi sama seperti yang ditunjukkan. Tekan Ask Him To Pay.  Oh ya, No. Alipay MyWau tu akan berubah keluar nama saya secara automatik semasa anda mengisi semua borang yang tersedia.

8. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman Payment Request berjaya dilakukan. Klik sahaja View Details yang berada di bawah kiri halaman.

9. Dan anda akan dibawa ke halaman resit permohonan pembayaran tadi. Sila copy transaction number, kebiasaanya akan bermula dengan no. 2020. Copy juga butiran jumlah pembayaran yang harus MyWau bayarkan nanti.

10. Anda buka sistem MyWau di halaman Alipay yang sama tadi, anda terus tekan butang Create New. Anda boleh pilih Only 1 Alipay atau Consolidate Alipay.  Anda paste di ruangan Transaction No, masukkan juga jumlah pembayaran di dalam Yuan (RMB) serta isi nama produk di Remark User untuk tujuan rekod serta rujukan. Abaikan kosong juga dibenarkan. 

11. Anda tekan butang submit (bagi Only 1 Alipay) atau tekan butang Submit Alipay di bawah table draft Alipay untuk selesaikan proses consolidate Alipay di MyWau.

12. Anda boleh membuat pembayaran kepada MyWau menerusi butang Action > Pay Now. Anda akan dapati status pertama Alipay MyWau anda adalah Awaiting Payment, setelah berjaya membuat pembayaran, status akan bertukar menjadi Payment Processing. 

13. Tunggu sehingga MyWau berjaya membuat bayaran, dan status Alipay di MyWau anda akan berubah menjadi Paid.

12. Anda akan seterusnya boleh berpindah ke proses Create Parcel apabila pihak seller sudah mengeluarkan barang yang dibeli dari kedai/kilang.

Selamat mencuba!

Apabila butang Submit Order tidak berwarna Oren seperti sedia kala, itu bermaksud:

1. Line internet agak tidak stabil. Apabila kenyataan di ruangan Freight terisi, maksudnya ada details tentang kos shipping ke warehouse yang ditentukan oleh seller, maka ianya normal. Anda hanya perlu REFRESH sahaja halaman ini, dan anda akan dapati butang putih Submit Order akan berubah menjadi oren. 

2. Atau, di ruangan Freight terdapat satu kotak kosong. Bukannya tertulis 0.00 yuan tau. Memang ada KOTAK KOSONG. Ini disebabkan seller anda ingin berbincang terlebih dahulu, berapakah kos shipping ke warehouse yang anda boleh bersetuju untuk menanggungnya. Chat dulu dengan menggunakan aliwangwang atau WeChat, dapatkan persetujuan, seterusnya anda isi saja di kotak kosong tersebut jumlah yang anda telah sepakati. Butang putih Submit Order akan berubah menjadi Oren.

Bagi pengguna yang pertama kali membeli di platform website yang dimiliki oleh Alibaba, anda memang dikehendaki memasukkan 6 no. bagi menjadi “pin” atau password bagi tujuan melancarkan proses pembayaran. Saya sarankan anda guna saja 6 no hadapan di I/C anda. Ya, tarikh lahir anda. Senang nak ingat, kan? Untuk pembelian kedua dan seterusnya, langkah ini boleh diskip. 

 

Apabila anda berlama-lama di sesuatu halaman di 1688, akaun Taobao anda pasti telah terlog out secara automatik. Maka, anda perlu login semula. Caranya seperti berikut: 

1. Anda pilih Account Login yang berada di sebelah Scan Login. 

2. Seterusnya masuk sahaja Username dan Password Taobao anda. 

3. Sekiranya halaman seterusnya dibawa ke bahagian Alipay homepage, anda hanya perlu pangkah saja halaman tersebut. Kembali ke 1688 homepage, anda tekan saja no. di bahagian pending payment. Lihat gambar di bawah untuk lihat kedudukan Pending Payment. Kemudian anda akan dibawa ke senarai produk yang belum sempat diteruskan proses Find Somebody To Pay tadi. 

4. Anda tekan saja butang Payment dan memulakan proses Find Somebody To Pay anda sekali lagi.

Anda hanya perlu tekan pada butang Action > View. Anda akan nampak semua status bagi setiap transaksi.

Upah yang diambil oleh MyWau adalah sebanyak RM5 untuk setiap satu transaksi bagi penggunaan Only 1 Alipay. Manakala, untuk fungsi Consolidate Alipay pula, anda akan dicaj sebanyak RM5 sahaja untuk kesemua transaksi dengan maksimum 5 transaksi bagi sekali pembayaran kepada MyWau. Cara kiraan ada di dalam gambar. Anda boleh semak juga menerusi Action > View

 

Pay Off bermaksud, MyWau gagal membayar kepada supplier anda.

 

Ada 4 sebab:

1. Seller anda telah berikan diskaun. Jadi, jumlah asal sudah tidak sama dengan jumlah di Alipay MyWau. Sistem akan tolak secara automatik. 

2. Seller anda telah kehabisan stok dan MyWau tak sempat membayar nya. 

3. Seller anda telah menutup pintu transaksi (Close Transaction). Sama ada, anda lambat Create Alipay di MyWau atau MyWau yang kelambatan membayar kepada seller anda. 

4. Tiada payment request dibuat. Ada beberapa sebab, di mana anda tersilap teknik find somebody to pay dengan memasuki no. transaksi yang salah, atau tersilap meletakkan jumlah RMB di sistem MyWau dengan meletakkan jumlah dalam RM atau menambahkan huruf di kolum berkenaan. 

Semua alasan Pay Off di atas anda boleh semak menerusi Remark Admin setelah anda menekan butang Action > View.

 

Anda hanya perlu menekan butang Refund sahaja. Di sini, anda wajib untuk mengisi borang tersedia ada  dengan lengkap. Refund akan dilaksanakan pada setiap Hari Khamis, setiap minggu melainkan ianya jatuh pada hari Cuti Umum. Caranya, anda hanya perlu tekan butang Action > Refund.

Ya. Anda akan dapat kesemuanya KECUALI RM1 kerana ianya telah dikira caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Toyyibpay walau ianya tidak berjaya dipindahkan ke akaun Alipay Seller. Toyyibpay terlibat dengan semua transaksi yang melibatkan bank di Malaysia.

Ini disebabkan ada di dalam butiran di mana-mana ruangan borang, anda telah masukkan simbol di dalam perkataan. Sebagai contoh mudah dan jelas, anda masukkan nama produk di ruangan Remark User seperti Men’s Trousers, Men’s Glove atau Women’s tshirt. Simbol ‘ ini telah menghalang anda dari submit Alipay dengan jayanya. Maka, elakkan sebarang simbol. Antara simbol lain adalah: @,_-“/’. 

Sistem Alipay MyWau menggunakan rate Alipay sebanyak 1.57. Ianya TIDAK AKAN PERNAH SAMA dengan rate semasa. Cara untuk tentukan/buat semakan harga dalam RM adalah, jumlah transaksi dalam Yuan bahagi dengan 1.57, maka jumlahnya akan keluar dalam RM + dengan upah servis sebanyak RM5. Maka itulah yang akan anda bayar kepada MyWau. 

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout