Oktober 31, 2020

MyWau

Rakan Shipping Mudah Borong China Anda

Sayonara Zaki, We Will Miss You

2 min read

Ada bertemu, pasti berpisah. Muhamad Zaki merupakan antara kakitangan MyWau terawal. Dari Apps MyWau versi 1.0 lagi. Pada asalnya, tiada lagi jabatan Khidmat Pelanggan MyWau. Beliau direkrut kerana bakat serta kepimpinannya.

Maka pada tahun 2018, termeterai kontrak seorang Pegawai Khidmat Pelanggan MyWau. Di antara kejayaan yang seharusnya diingati oleh semua warga MyWau adalah, sistem flow Khidmat Pelanggan yang boleh dikatakan terbaik pada waktu itu.

Dengan bersendirian, beliau mampu meletakkan aras kualiti yang tersendiri. Kemudian, apabila seorang demi seorang ahli pasukan menyertai jabatan beliau, Zaki berjaya mengetuai dengan baik. S.O.P yang dibuat juga berkesan, di mana, kami berjaya menukar dari menggunakan sistem Tawt.to kepada Messenger yang difikirkan lebih mesra alam.

Tidak lama kemudian, beliau mencadangkan untuk menambah baik dengan kehadiran chatbot. Maka, robot Wawa diperkenalkan dengan bantuan satu agensi. Zaki sekali lagi menjalankan amanahnya dengan sebaiknya untuk merealisasikan projek ini.

Zaki bukan sekadar Pengurus Khidmat Pelanggan, beliau juga adalah seorang Trainer Shopee dan Borong China. Beliau telah beraksi beberapa kali di pentas utama kelas kami di beberapa negeri. Dari situ, Zaki berjaya mengubah personaliti diri dari sukar bercakap di pentas, kini mahir menguasai pentas dengan cukup cemerlang.

Sungguh MyWau sangat menyayangi beliau. Walaupun Zaki tidak menerima sebarang anugerah di pentas anugerah tahunan MyWau yang buat julung kali diadakan, beliau telah melahirkan seorang pemimpin baru di pasukannya iaitu Cik Hazwani. Hazwani telah menggondol anugerah Role Model Awards bagi sesi 2019.

Zaki pula pada tahun yang sama dianugerahkan hadiah Umrah bersama pasangannya. Inilah hadiah terbesar MyWau telah kurniakan kepada beliau.

Ya, sayang itu memang sayang. Tapi perkembangan karier ahli pasukan juga tidak akan diambil ringan. Dengan perasaan yang berat, kami melepaskan Zaki untuk berhijrah ke Khalifah Didik. Doa kami, agar beliau terus sukses, dan berjaya kembangkan karier beliau di platform yang lebih besar, di syarikat yang lebih berkaliber.

MyWau akan berusaha lagi. Cita-cita kami besar. Kakitangan yang sedia ada, selagi mana setia, akan terus kami pegang dan tambah baik. MyWau berpegang dengan konsep, pekerja datang membawa rezeki. Mereka pergi memberi manfaat kepada seluruh alam.

Tahniah Zaki. Sayonara, dan jumpa lagi.

Syarikat juga di kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang pernah singgah di teratak Home of Success ini. 

More Stories

2 min read

You may have missed

1 min read
1 min read
2 min read
2 min read