MYWAU TIDAK ADA USAHA UNTUK SELESAIKAN SHIPMENT YANG SANGKUT KE?

Pelbagai persoalan demi persoalan yang muncul di dalam mana-mana whatsApp group atau telegram rasmi Mywau. Betul, ianya berlaku dan membuatkan ramai yang tidak gembira. 

Begini, biar kami ringkaskan apa sebenarnya yang berlaku.  Dalam dua bulan terakhir ini, sebelum berlakunya bencana banjir, kami mendapat satu dokumen sulit Kastam dari rakan logistik kami di China, berhubung satu operasi luar biasa sempena akhir tahun. 

Antara butirannya menyebut, terdapat operasi yang akan dijalankan bermula Oktober – Disember 2021 di mana Kastam boleh menyekat, menyita atau membuat pemeriksaan pada setiap kontena yang tiba dari negara luar di pelabuhan Malaysia. Pemeriksaan bukan dijalankan dalam kadar normal, tetapi akan dibuat 2-3 kali yang mana boleh mengakibatkan ianya disimpan lebih lama dari hari-hari biasa. 

Tidak lama selepas itu, bencana Banjir pula muncul di sebalik kesulitan ini yang mengakibat banyak lokasi di Shah Alam lumpuh dari sebarang operasi. Mujurlah warehouse yang betanggungjawab menerima kontena dari Mywau selamat dari banjir. Malangnya proses penghantaran juga terpaksa berhenti kerana lori luar tidak boleh memasuki gudang dan lori sedia ada tidak boleh keluar. 

Walau bagaimana pun Mywau tidak hanya duduk menanti semuanya reda. Di bawah ini, saya kongsikan keratan komunikasi yang dijalankan sendiri oleh Tuan Faiz, selaku founder Mywau yang tidak jemu mengusahakan sesuatu. 

Kali ini cukup luar biasa. Penangan sekatan Kastam masih tiada jalan keluar melainkan hanya perlu diusahakan agar kontena dapat direleasekan dengan lebih cepat. Sehingga beberapa kali agen lantikan logistik China Mywau telah pergi beberapa kali bagi memastikan pemeriksaan kastam dapat diselesaikan dengan sesegera mungkin. 

Bukan itu saja, di pihak China jugak beberapa kali menghubungi pihak kastam untuk menyegera tindakan mereka. Bahkan ada satu berita yang telah naik dalam berita utama di negara China di mana laporan menyebut, ada kereta pegawai kastam dibakar akibat amukan salah seorang agen forwarding Malaysia yang tidak tahan menunggu kontena mereka dilepaskan. Ianya menjadi tular di kalangan rakan logistik di China.

TERKINI: HANYA 1 SAHAJA KONTENA YANG MASIH BERADA DI DALAM PEMERIKSAAN KASTAM

Dalam perbualan panjang Tuan Faiz bersama dengan bos DDEXPRESS terdapat hanya satu saja lagi kontena yang berada di dalam pemeriksaan kastam. Di dalam kontena bukan saja terdapat barangan ahli Mywau bahkan terdapat juga barangan yang bukan dari kalangan ahli Mywau.

Dikhabarkan juga ianya adalah shipment yang telah dipos dari China sejak 1-2 bulan lepas lagi. Kita akui, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, tetapi ianya tetap berlaku di luar kawalan dan kehendak Mywau itu sendiri.

Mengikut perbualan antara Tuan Faiz dan Steven, 1 kontena ini didakwa masih belum ditandatangani oleh pihak berwajib. Tandatangan itu lah proses terakhir sebelum ianya betul-betul dilepaskan oleh pihak Kastam. 

Biasanya Kastam hanya perlu buat satu pemeriksaan sahaja. Di mana pada fasa ini, paling lama akan berada di dalam lingkungan Kastam hanya dalam 7 hari saja. Tidak perlu sampai 14 hari seperti yang berlaku sekarang. 

Ini bermakna pihak Kastam telah buat 2 kali pemeriksaan ketat (heavy inspection). Mujurlah ianya tidak disita atau disekat oleh pihak Kastam. Ini membuktikan kontena ini bersih dan sah dikeluarkan. Sekiranya ianya diputuskan untuk disita, maka proses akan mengambil masa sekitar 4 – 6 bulan baru boleh diselesaikan. 

Oleh kerana kontena ini dikhabarkan telah disahkan bersih dari sebarang kesilapan atau kesalahan, maka agen lantikan logistik China telah memfailkan satu laporan untuk dibawa ke perhatian pihak Kementerian Pengangkutan, YB Wee Ka Siong. Pihak Mywau difahamkan usaha ini perlu dilakukan agar dapat membawa isu yang sama dibangkitkan oleh rakan kurier yang lain yang turut terkesan dengan operasi yang tidak masuk akal ini. 

Ianya telah memberikan impak negatif kepada para pengusaha tempatan secara tidak langsung. Berapa ramai yang perlu menanggung kerugian akibat kelambatan penghantaran produk belian dari China ini? Ini yang harus dipandang jua oleh pihak berwajib.  

Tuan Faiz juga memaklumkan kepada seluruh pasukan bahawa ianya dibawah pantauan yang begitu serius. Beliau sendiri telah bertungkus lumus setiap hari pagi dan petang untuk mendapatkan maklum balas positif dari pihak agen Kastam di Malaysia dan rakan logistik di China. 

Menurut Tuan Faiz lagi, Steven meminta jasa baik kepada Mywau menunggu dari 7-10 hari lagi untuk memastikan permasalahan 1 kontena ini berjaya diselesaikan dengan baik. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk membawa perhatian dari pihak Kementerian juga.

Alice, merangkap Pengurus Gudang di China juga mengesahkan bahawa terdapat satu mesyuarat tergempar dijalankan di ibu pejabat Kastam semalam.

MYWAU MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA

Akhir kata dari Mywau, kami harap tuan puan semua yang terkesan dapat menerima permohonan maaf kami bagi kes yang masih dalam Kastam ini. Di dalam database kami mencatatkan hampir 19 shipment yang berada di dalam kontena yang dimaksudkan. 

Pihak Mywau tidak akan lari dan akan selesaikan segala shipment yang masih belum selesai. Berikutan dengan musibah banjir, ada banyak lagi shipment yang perlu dihantar. Doakan agar urusan di peringkat gudang dapat diselesaikan dengan segera. Kami tahu, masih ada yang masih belum dapat menerima barangan yang ditunggu sekian lama. 

Kami setiap hari meminta pasukan di DDEXPRESS untuk menggesakan penghantaran yang tidak terlibat dengan keaadan banjir dan mengutamakan keselamatan barangan tuan puan. 

Kami betul-betul memohon maaf kepada anda semua. InshaAllah sebarang usaha akan datang kami akan maklumkan di semua platform rasmi Mywau.