[Episod 1] Jatuh-Bangun Saudagar Borong China

Ini bukan kisah biasa-biasa. Kisah ini adalah kisah sebenar yang bagi saya, sangat luar biasa. Yang mana baik, ambillah sebagai tauladan, yang mana tak baik tu, buatlah sempadan. Oh ya, ini bukan kisah kayangan persis drama jam 7 ya, teman-teman.

Saya masih ingat tarikh ini. 23 Januari 2013. Tarikh keramat saya bermula perniagaan borong China ini. Baca coretan yang saya tampalkan di dinding Facebook saya tempoh hari.

“Assalamualaikum, ni en helmi ka? saya Faiz dari Gombak.Ada terbaca iklan, kursus borong China di Shah Alam. Boleh saya tahu detail dan buat bayaran?”

En Helmy pun berikan details dan saya pun membuat bayaran, RM99 sehari kursus borong China. Suzuki 125 shoogun menjadi peneman setia. Meluncur laju merentas NKVE.

Masa ni, saya masih belajar. Tahun ke 4 , jurusan ekonomi UIA Gombak.

Dipendekkan cerita. Saya tekad.

Cek account bank, alhamdulillah cukup untuk ke China. RM2450 yuran ke China. PTPTN ada, baru masuk RM 2200. Tambah dengan duit saving dari kerja private tutor. Kira-kira, ok boleh join.

23 Januari 2013. Terbang ke Guangzhou dengan Zul. Abang Helmy dan abang Fauzi, akan tiba esoknya. Kami terbang lebih awal. Tiket lebih murah masa kami booking.

Maka, 1 malam akan bermalam di airport Guangzhou sebelum tour leader sampai. Duit poket, ada RM500. Nak beli barang berniaga pun tak lepas. Tapi tak apa, objektif 1st trip ni adalah untuk ilmu.

Duit dah habis bayar kos trip. RM500 baki, cukup untuk makan dan ole ole sikit dari Guangzhou. 5 hari 4 malam di China.

1st trip, objektif , collect data supplier, tahu selok belok dan ilmu. Sebab saya percaya, dengan ilmu, kita mampu berjaya. Dengan pengalaman, kita akan bergerak laju.

5 hari 4 malam tamat. Puas. Berjalan kaki, diperkenalkan dengan banyak supplier yang bagus. Belajar selok belok shipping dan proses.

Teringat pesan guru, dalam hidup ini, telah banyak perkara yang kita dengar dari cerita orang, tapi tidak banyak yang kita pernah rasa.

Rasa, hadir apabila dialami. Rasa itu sebuah pengalaman.

Maka, rasa itu telah saya nikmati. Pengalaman. 1st trip ke China. 23 Januari 2013. Ketika masih belajar. Tahun 4, UIAM.

Puas. Terima kasih guru.

Moral 1 :

Bermula, walau masih samar. Kita tak tahu step ke 10 jika tak bermula pada step no 1.

Next episod, cerita tentang SCAMMER POWERBANK CHINA. Rugi bisnes pertama.5 angka.

Komen jika mahu terus mengembara bersama saya.

Faiz Zakaria

-Budak UIA-