Elon Musk – CEO, Pergi Tingkatkan Kualiti Produk Anda! Jangan Bazir Masa dengan Power Points atau Meeting

Padu sungguh apa yang telah dinasihatkan oleh Elon Musk, CEO Tesla. Kenal tak Elon Musk? Alaaa yang tiba-tiba meletup pasal Signal tu. Bila WhatsApp keluarkan isu berkenaan data peribadi, maka Elon perkenalkan Signal (aplikasi ni dah lama ada) cuma ianya meletup apabila WhatsApp memperkenalkan ciri perkongsian data pengguna mereka.

Di dalam satu temuramah, dan telah dikeluarkan satu artikel di The Wall Street Journal berkenaan saranan beliau tentang kurangkan bermesyuarat atau bermain dengan Power Points, beliau ada hujahnya tersendiri. Walaupun hujahnya lebih kepada saranan untuk para CEO bisnes di rantau Amerika Syarikat, maka boleh juga kita adaptasi di tanah air kita.

Menurut Elon Musk, usahawan di Amerika sibuk dengan mesyuarat, present sana sini, dan banyak habiskan masa dengan finance. Biar orang lain fokuskan kerja berikut. Tugas CEO semestinya baiki servis atau produk sedia ada. Kebanyakan produk hari ini, banyak yang tidak berkualiti, tegasnya.

Berbalik dengan konteks kita di Malaysia. Usahawan start-up sentiasa sibuk dengan marketing, sales atau berbincang banyak isu. Chief of Everything Officer (CEO). Tiada pengkhususan yang jelas. Ini melambatkan sesuatu inovasi.

Sekiranya dicerna nasihat Elon Musk ini, ianya sebenarnya bagus untuk kita terapkan. Bayangkan, produk sedia ada kita dinaikkan taraf kualitinya. Sudah tentu, ianya boleh menaikkan sales. Meningkatkan keupayaan pemasaran kita. Menaikkan revenue syarikat.

Keupayaan sesebuah syarikat dinilai berdasarkan revenue syarikat. Untuk menggapai renevue yang baik, kita boleh untuk mengabaikan peningkatan kualiti produk, sebaliknya lebih menekankan pada sales.

Tetapi ianya tidak akan bertahan lama. Sudah pasti produk yang tidak berkualiti akan mati di tengah jalan. Tanpa mengambil kira feedback pelanggan, membuatkan syarikat dilabel sombong, dan secara perlahan akan hilang ditelan arus inovasi produk lain.

Steve Jobs pernah mengungkapkan, “Quality is more important than quantity. One homerun is much better than two doubles.” Apa maksudnya? Steve Jobs juga percaya, kualiti produk lebih baik diberikan perhatian dari terus menerus mengeluarkan produk ‘sampah’ berkali-kali. Ini yang sukar dicari kini. Lambakan bisnes yang sanggup membuang harga demi mengaut kekayaan segera.

Sebab itu antara agenda utama MyWau adalah meningkatkan kualiti sistem dan servis. Antara yang sedang kita lakukan adalah, latihan berterusan untuk kakitangan Customer Service, menambahbaik beberapa susunan sistem di MyWau Apps, menambah baik knolwdge para penceramah di Mywau, dan melayani semua aduan ahli. Tidak mustahil, apabila produk kita semakin berkualiti, ianya akan menjadi satu produk pilihan di masa akan datang.

Well, jumpa lagi di tips bisnes MyWau akan datang. See ya!