MyWau

Rakan Shipping Mudah Borong China Anda

Delay Lagi! Sampai bila??

Pada Rabu, 25 November 2020, baru-baru ini, Tuan Mohd Faiz telah buat satu pengumuman secara langsung menerusi FB LIVE di Facebook Group MyWau (abc), pada sekitar jam 9.00 malam. Menerusi siaran langsung tersebut, Tuan Mohd Faiz, selaku Pengarah Urusan MyWau telah memperjelaskan perihal kenaikan harga shipping kontena dari Guangzhou dan Yiwu.

Secara ringkasnya, ini adalah tangga harga baru Shipping Laut MyWau, yang mana anda juga boleh menyemaknya di halaman Senarai Harga MyWau di sini: SEMAK SENARAI HARGA.

(1) HARGA BARU SHIPPING LAUT DARI GUANGZHOU KE SEMENANJUNG SAHAJA

(2) HARGA BARU SHIPPING LAUT DARI YIWU KE SEMENANJUNG SAHAJA

Ramai juga yang bertanya, mengapa naik lagi harga? Hari tu dah naik, kan?

Kami sudah memberikan jawapan bagi permasalahan kenaikan harga ni dan ramai yang mampu menerimanya,

Namun begitu, kali ini hangat pula diperkatakan oleh ahli-ahli MyWau berkenaan satu masalah iaitu masalah Delay!

Ini sangat mengecewakan barisan ahli yang ‘terkena’ dengan permasalahan delay ini. Dakwaan segelintir ahli yang menyatakan MyWau ‘tidak berbuat apa’ atau memandang sepi isu ini, adalah salah sama sekali.

Apabila isu ini melanda, kamilah antara yang terawal yang tidak senang duduk. Di manakah kedudukan sebenar barang ini? Apakah situasi sebenar yang berlaku? Pelbagai persoalan bermain di minda kami.

Untuk menjawab isu ini, kami mengambil tanggungjawab untuk memperjelaskan keadaan sebenar di sebalik permasalahan penundaan beberapa kali untuk shipment ahli MyWau. Segelintirnya.

Berikutan pandemik Covid yang telah menyerang banyak negara yang mengamalkan import eksport, tak kiralah dari benua mana pun, ianya telah memberikan kesan dalam bilangan pengeluaran barangan. China bukan negara pengimport. Negara ini lebih gemar mengeksport keluar barangan mereka.

Maka, ianya memberikan kesan yang negatif kepada para kapal untuk membawa pulang kontena yang telah keluar dari pengairan China. Imbangan dagangan tidak stabil.

Bagi mereka, sekiranya pulang ke China semula dengan ‘tangan kosong’ ianya pasti merugikan. Banyak negara terpaksa ‘menyimpan’ kontena mereka sehingga cukup muatan untuk kembali belayar dan seterusnya boleh singgah ke China untuk mengambil kontena-kontena yang sedang menunggu untuk dibawa keluar.

Apabila situasi ini berlaku, maka, pihak kapal menaikkan harga setiap kontena mereka. Ianya telah memberikan kesan yang sangat tidak baik, pertamanya, dari sudut harga, yang kini menjadi yang termahal dalam sejarah penghantaran laut.

Keduanya pula, bagi barangan yang telah didaftarkan kepada kontena-kontena tertentu, apabila mereka lambat sampai, atau menangguhkan perjalanan mereka, sekali lagi ianya menyebabkan perjalanan barangan kita tertangguh beberapa kali.

Walau pun begitu, kami tidak mengharapkan keajaiban semata-mata. Kami terus menghubungi Pengurus Logistik Dex-International di Guangzhou untuk mendapatkan maklum balas berkenaan beberapa barangan ahli MyWau yang terkandas beberapa kali di China.

Alice, Pengurus Logistik DEX-International (rakan kongsi MyWau) memaklumkan, terdapat sebuah kapal yang telah dilantik oleh mereka terpaksa menunda beberapa kali perjalanan mereka. Dan sehingga ke hari ini, kapal berkenaan masih di Pelabuhan  China.

Setelah diusahakan untuk ‘push‘ pihak di China, Alice akhirnya memberitahu, perubahan atau pertukaran kontena tidak boleh dilakukan dengan semudah yang disangka. Bahkan, ianya mustahil dilakukan. Janji beliau lagi, status ‘delay‘ yang keluar di sistem kali ini, adalah yang terakhir. Seterusnya akan bertolak ke Malaysia mengikut tarikh ETA (dijangka) sampai yang baharu tersebut.

Walau bagaimana pun, bagi barangan lain yang diuruskan sedikit lewat dari barangan yang masih sangkut berkenaan, berjaya diselamatkan dan diarahkan ke kontena yang lebih baik. Oleh sebab itu lah, anda akan mendapati shipment yang lebih lewat diuruskan boleh pula bergerak tanpa sekatan. Pihak DEX-I turut berjanji untuk tidak lagi berurusan dengan pihak kapal yang bermasalah itu. Dan dalam masa yang sama akan terus menuntut agar kapal tersebut dapat bergerak ke Malaysia seperti yang dijanjikan.

Apa-apa pun, kami, di MyWau akan terus memastikan, pihak kapal berkenaan mengotakan janji mereka untuk bertolak dan bergerak ke Malaysia secepat yang mungkin.

Di sini, MyWau ingin mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan di atas perkara yang berlaku ini. Sesungguhnya ianya berlaku di luar kawalan MyWau. Juga di luar kawalan pihak DEX-International China yang sudah berpengalaman luas lebih puluhan tahun tersebut. Orang kita kata apa, ‘benda dah nak jadi.. kan?’ 

Usaha untuk mengambil dan memindahkan barangan juga telah dibuat, namun tidak dibenarkan oleh pihak kapal terbabit dan mereka menjanjikan bahawa mereka akan selesaikan permasalahan teknikal mereka tidak lama lagi.

MyWau dengan rendah hati ingin memohon maaf sekali lagi. Walau pun kami tahu ianya tidak akan mengubah hakikat bahawa pergerakan barangan ini akan kekal lambat. Kami cuma mengharapkan anda dapat menjelaskan sebaik mungkin permasalahan yang terjadi ini kepada pelanggan anda, seterusnya doakanlah agar perkara ini dipermudahkan. Itu saja.

Terima kasih atas kesabaran pihak tuan puan.

Anda juga boleh menonton siaran ulangan penjelasan panjang dari Tuan Mohd Faiz di video di bawah:

You may have missed

2 min read
5 min read
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
ms_MYMalay