Januari 25, 2021

MyWau

Rakan Shipping Mudah Borong China Anda

7 Impak Siri Netflix: Start Up Buka Mata Syarikat Muda

Macam mana perasaan para pencinta drama yang tengah top di Netflix: Start Up setelah episod 16 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu? Seronok ke dengan pilihan jodoh Seo Dal Mi? Atau masih berduka cita dengan takdir yang tersurat di penghujung cerita? Hahaha. 

Apa-apa pun, setelah Ittaewon Class, Start Up muncul menyerikan lagi hidup kita dengan sebuah perjalanan hidup warga yang mahu cuba untuk berjaya. Mari kita recap kembali sedikit. Seo Dal Mi dan Seo In Jae adalah adik beradik yang lahir dari sebuah keluarga yang sederhana. 

Akibat dari keberanian ayah mereka untuk cuba mengubah hidup dengan menceburi dunia perniagaan mengakibatkan keluarga mereka berpisah dua. Dal Mi memilih untuk bersama ayahnya. Sebaliknya, In Jae memilih ibunya.

Entah kenapa, Han Ji Pyong muncul menghiasi zaman kanak-kanak Dal Mi. Menemaninya dengan surat, atas arahan nenek Dal Mi sendiri kerana, selepas perpisahan kedua orang tuanya, nenek dan ayah sahajalah yang menjadi tempat kebergantungan Dal Mi. Sedih. Sunyi. Pilu. Dek nak gembirakan si cucu, Han Ji Pyong datang mnyemai rasa suka dan cinta!

Pokok cerita ini, bukan kisah cinta pun. Ianya bermula dari semangat sang ayah untuk mengubah nasib keluarga. Semangatnya hidup. Walau dia sudah meninggalkan Dal Mi. Buat selamanya. Cita-citanya. Aspirasinya. Maka terciptalah Sandbox kerana kisah ayah Dal Mi. 

Kisah berlanjutan, sehingga 15 tahun berlalu. Dal Mi mencabar kakaknya. Akibat rasa tidak mahu kalah, terpanggil untuk tidak mahu menampakkan dirinya lemah, maka bermulalah perjalanan Dal Mi menyusuri takdirnya sendiri. Samsan Technology menjadi satu destinasi. Nam Do San, Chul San dan Yong San diperkenalkan dalam keadaan serba kegagalan. 

Tidak ulah dengan kisah bagaimana kebanyakan pemilik syarikat muda banyak menempuh gagal dari jaya, Samsan juga dibuktikan begitu. Dalam nada hampa, Han Ji Pyong menegur sinis, membetulkan keputusan dan menimbulkan rasa amarah untuk bangkitkan kesedaran. Mentor, pelaburan, keputusan. Cereka ini dijamu rapi dengan pelbagai rasa ingin tahu audien.

 

Ramai yang dah review. Maka apa kata MyWau pula berhujah atas nama pesaing dalam bisnes asas teknologi. Sistem pandu uji vs sistem logistik. 

Hujah 1: Start Up ajar pendiri bisnes berani buat keputusan. Tidak kisah apa yang berlaku, tapi keberanian wajib dipupuk. Takleh buat keputusan, maka janganlah berniaga. Sebab hanya yang memutuskan saja, yang tahu rasa erti gagal atau berjaya dengan keputusan yang diambil. Jalan tengah memang tak pernah wujud dalam kamus perusahaan. Jangan berangan. 

Hujah 2: Pemula bisnes wajib tahu mengapa kita mendirikan satu-satu bisnes itu. Ianya bukan sebab nak jadi CEO semata. Kita kena faham nilai kita. Tahu kekuatan produk kita.  Dalam bahasa mudah, kita tahu nak buat apa. Ramai yang gagal, atau bungkus awal, bukan sebab mereka tak pandai. Tapi takde hala tuju. Dan, tak tahu nak buat apa. Tu ja. 

Hujah 3: Nak ada bisnes kita wajib ada team yang tepat. Ingat senang ke, nak pergi jauh dalam satu-satu bisnes ni. Kita akan bersama dengan team dalam jangka masa yang lama. Wajib untuk lepaskan mereka yang tak capable atau tiada harapan, dan wajib pegang mereka yang berkualiti untuk syarikat. Bila ada orang begini, perkara pertama yang haru kita buat adalah percaya dengan dia. Dan tanamkan perkara yang sama dalam dirinya. Agar visi misi itu utuh!

Hujah 4: Timing is King! Bukan cash is king ja taw. Ni lain. Timing. Duit banyak, tapi digunakan pada masa yang salah, akan jahanam jugak perginya. Han Ji Pyong kata apa? Rekod teruk pelaburannya sifar. Sebab apa? Sebab dia takkan pernah mahu bersetuju untuk melabur dalam syarikat yang ‘confirm’ gagal pada waktu itu. Ye, waktu tu. Samsan di awal cerita takkan pernah sama dengan ‘Samsan’ di penghujung cerita. Lain. Pelabur mahu buat sesuatu dengan kiraan waktu itu. Bukan masa depan. So, buat keputusan ikut waktu tertentu. Bukan ikut emosi atau terlalu sangat berimpian, buatnya tidak!

Hujah 5: Proses mesti ada check & balance. Gila kau! Bisnes baru nak gerak, kau dah pump modal kaw-kaw atau tanam marketing gerilla tanpa hala tuju.. atau buat saja langgar dinding! Jangan weyh. Cari guru. Cari mentor. Nak cari mentor, cari macam Han Ji Pyong. Jenis tak simpan maki. Puji dia sorok, Sebab apa? Sebab orang buat bisnes ni, dia akan hidup susah. Susah ya amat. Duit banyak, tapi bila wat mistake, duit leh hangus, maruah boleh carik. So, better cari mentor yang terbukti berjaya. Leh tegur tanpa emosi. Cakap benar jer. Real sikit kawan-kawan. Bisnes ni tak sweet taw!

Hujah 6: Belum apa-apa dah cerita pasal untung. Silap tu geng. Bisnes is about stability. Untung sikit, tapi stabil lebih baik dari untung banyak, tapi goyah. Tunggu masa tergelencir dari landasan. Dan akhirnya, gagal. Hancur. Baik naik secara perlahan-lahan. Scale up sikit-sikit. Bermula dulu dengan apa yang ‘ada’ di tangan sendiri. Bukan amik dari tangan orang lain. Dah kukuh sikit, scale up lagi. Grow in a progress. Ingat tu!

Hujah 7: Move on dan matanglah dalam buat keputusan. Jangan terikut-ikut dengan emosi sangat. Nam Do San kata apa kepada Ji Pyong apabila berbincang tentang pelaburan terkini dari syarikat SH? Dia kata. Chill la bro. Jangan libatkan emosi. Cuba bagi pandangan yang lebih jujur. Adakah pelaburan ini baik untuk syarikat mereka? Korang agak-agak Ji Pyong cakap apa? Nak tahu? Tontonlah sendiri di saluran Netflix. 

Kisah start up ini sangat dekat dengan MyWau. Kerana apa? Kerana kami pernah gagal dulu-dulu. Jatuh tertiarap. Sampai tuan Faiz bergolok gadai la sebab nak bayar gaji dan dalam masa yang sama, syarikat tak dapat jana jualan pun. Marketing kami mati kutu. Sebab apa jadi begini? Sebab kami adalah ‘Samsan’ yang lama. Yang buruk. Rasa syok je buat bisnes. Hakikatnya layu. 

Tapi kita belajar sesuatu selepas itu. Macam-macam berlaku. Kami muncul. Naik dengan baik. MyWau memulakan langkah dengan hasil rekrutan talent baru yang belum terbukti hebat, tapi tepat. Mereka lah yang menjadi tunjang MyWau. Sampai kesemua mereka ini dianugerahkan saham rakan kongsi syarikat. Bukan sedikit rasa percaya MyWau kepada mereka ini. 

Bahkan pada suatu ketika, kami nyaris di’beli’ oleh syarikat yang lebih baik, lebih besar. Kalau difikirkan akal yang pendek, kami pasti melangkah ke sana, dengan harapan MyWau leh grow dengan cepat. Akhirnya ditolak jua atas asbab yang sama. Takdir Ilahi adalah segala-galanya. Masa yang tepat untuk dibatalkan membuahkan hasil MyWau dengan acuannya tersendiri hari ini. 

Allah Maha Kaya. Maka kita tak perlu nak kejar kaya. Cukup kita usaha nak raih pahala, sebarkan agama menerusi perniagaan yang baik dan kekalkan momentum memacu kejayaan, inshaAllah, Allah sendiri yang akan mencukup kayakan kita semua. Semua Dia punya kan. Apa kisah? 

Jadi buat anda, yang masih mencari arah bisnes anda sendiri, tontonlah Start Up di Netflix. InshaAllah lebih mudah dan tahu camne nak mulakan bisnes. Ingat, MyWau ini ibarat Sandbox. Anda adalah pesertanya. Jadi buatlah yang terbaik walau dalam apa jua bidang. Jangan mudah berputus asa, okey?  

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
ms_MYMalay