Sab. Ogo 24th, 2019

5 Cara Terbaik Anda Untuk Mulakan Bisnes Pre Order yang Pertama

dig

Apabila menguasai Ilmu Taobao atau 1688, ramai yang mula bertanya. Bagaimana nak mulakan bisnes Pre Order ni ya? Almaklumlah. Dah pandai order terus dari China, kan? Oleh kerana ramai yang bertanyakan kepada saya, meh saya ceritakan. Ada 5 cara. Boleh follow satu-satu. Jom baca.

 

Cara #1: Kenalpasti Target Customer

Sebelum ghairah nak bukak pre-order ini, ada baiknya, kita muhasabah. Nak fokus kepada golongan mana? Mudakah? Tuakah? Budak sekolah? Ibu bapa? Anak-anak? Muda Remaja? Nak pukul rata semua? Boleh jer. Nanti deme penat, awok  tak tahu.. Hahaha. Cakap Perak sikit, sebab juara Piala Malaysia baru kan? 

 

Mengapa kita wajib kenalpasti pelanggan, supaya kita mudah nak cari produk. Pelanggan pun sedia menanti. 

 

Cara #2: Bina Kolam pelanggan.

Kolam? Apa tu? Kolam renang ke? Eh, taklah. Apa yang saya maksudkan di sini, cipta kolam tempat kumpul semua pelanggan kita. Apabila semua dah ada di dalam group kita, senang kita nak seeding info barang dan iklankan pre-order. Haaa, takdelah kita sugul di pagi hari. Bila melihat takde respon untuk join order kan? 

 

Cara #3: Pilih Tool Yang Terbaik untuk Kolam anda

Ada beberapa cara nak kumpul pelanggan di dalam kolam ini. Ada orang suka whatsApp group. Ada yang suka Telegram Group. Facebook Group pun boleh. Ikut suka. Yang mana anda dan pelanggan anda mesra. 

 

Kalau di Telegram, anda akan jumpa 2 group. Satu berbentu Chat Group. Kedua, berbentuk Channel. Menariknya, dua-dua method ini boleh digunakan serentak. Yang bestnya Telegram ini, para pelanggan kita yang masuk kemudian masih boleh membaca conversation lama dan memudahkan mereka untuk mengikuti perbualan sebelum ini. 

 

Manakala fungsi Channel pula, anda akan berupaya meletakkan segala jenis gambar dan katalog untuk dijadikan rujukan tanpa diganggu sebarang perbualan. Gambar atau video atau apa sahaja kod yang diberikan, boleh digunakan oleh para pelanggan anda untuk menempah di group chat. 

 

Cara #4: Anda tempah produk sebagai sampel dahulu

Orderlah di Taobao atau di 1688. Jadikan sampel dan bahan marketing anda. Ianya sangat bagus untuk anda bina trust. Di sinilah anda akan dapat tahu, berapa lama masa diambil dari menempah sehingga penghantaran dibuat. Perkiraan hari ini penting untuk anda boleh merancang jadual tempahan sekaligus membina satu s.o.p yang terbaik buat anda. Pelanggan anda pun takde lah risau bebenor, bilalah barang nak sampai, kan? 

 

Cara #5: Posisikan anda dan produk anda dengan kualiti, bukan kecepatan masa. 

Ini penting. Kita tempah barang dari beribu kilometer. Akan ada banyak proses yang akan terlibat, dari seller ke warehouse, dan dari warehouse ke Malaysia. Banyak proses dan masa terlibat. Apabila kita tekankan tentang kualiti, masa yang sedikit lama tidak akan menjadi isu yang besar kepada pelanggan. Ya, cepat itu bonus. Kalau cepat, tetapi barang yang diterima tidak sama dan tak elok, lagi lah tak elok kan? So, fokuskan kepada kualiti dahulu. 

 

Okey, itu sahaja perkongsian saya. InshaaAllah di lain ruang dan peluang, saya akan berkongsikan topik lain pula. Terima kasih kerana sentiasa bersama Akademi Borong China dan MyWau. 

 


Kepada anda yang belum menyertai Taobao Training Class atau Advance 1688 Training Class, anda boleh terus ke LINK TTC di bawah ini: 

 

>> SUPER COMBO TAOBAO & 1688 TRAINING CLASS

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay