PENUTUPAN BUKAN PILIHAN – SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS (SSL)

PENUTUPAN BUKAN PILIHAN – SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS (SSL)

Berkuatkuasa 1 Julai 2020, Shopee akan MENUTUP PENUH fungsi pilihan saluran Non-Shopee Supported Logistic : Poslaju (West & East Malaysia) & Gdex (West & East Malaysia) untuk membuang pilihan yang berulang/sama di senarai saluran yang telah tersedia ada.

  1. Terdapat perbezaan antara Poslaju sebagai saluran SSL (bersepadu) VS Poslaju (Semenanjung) & Poslaju (Sabah Sarawak) di bawah saluran “More shipping options“, seperti saluran bukan SSL (tidak bersepadu).
  • a. Untuk anda yang telah membuat pilihan penghantaran Poslaju (West Malaysia) and Poslaju (East Malaysia), ia tidak lagi tersenarai di SSL lagi. Anda tidak perlu melakukan apa-apa tindakan. Dan jangan kuatir, ia tidak akan mengakibatkan apa-apa kesan kepada yang telah menyertai SSL sebelum ini dan ia berlangsung seperti biasa.

2. [ PENTING ] Sekiranya anda sedang dan masih ingin menggunakan syarikat kurier non-SSL (tidak bersepadu) bagi Poslaju (West & East) ATAU GDEX (West & East), sila tukar pilihan saluran kepada Others (West Malaysia) dan Others (East Malaysia). Ini kerana, Shopee telah menutup 4 saluran non-SSL bermula 1 Julai 2020.

  • Di bawah Others (West Malaysia) dan Others (East Malaysia), anda masih boleh memilih “Poslaju” dan “Gdex” sebagai saluran penghantaran anda semasa penghantaran.
  • Sekiranya anda gagal untuk berbuat demikian sebelum 1 Julai, anda bakal mengalami permasalahan untuk membuat pilihan tersebut kerana pilihan tersebut telah tutup dan pembeli tidak dapat membuat pembelian di kedai anda.

3. Anda sangat digalakkan untuk menggunakan fungsi MASS UPDATE di “Seller Center> My Product > Batch Tools” untuk mengubah senarai anda dari Poslaju (West Malaysia) dan Poslaju (East Malaysia) atau Gdex (West Malaysia) dan Gdex (East Malaysia) ke Others (West Malaysia) dan Lain-lain (East Malaysia). Buat secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi semasa penutupan.

STEP 1 : Seller Center > My Product > Batch Tools > Mass Update
STEP 2: Download > Shipping Info > Generate > Download
STEP 3 : Di dalam fail yang telah di muat turun mass_updated_shipping_info excel,
Tukar kepada OFF bagi Poslaju (West Malaysia), Poslaju (East Malaysia)
Tukar kepada ON bagi Others (West Malaysia) & Others (East Malaysia)
Jangan lupa juga untuk masukkan kos yuran penghantaran di saluran ini.
STEP 4 : Masukkan fail tadi. Mass Update > Upload.
Apabila sudah berjaya, maklumat senarai pilihan penghantaran akan berubah dan simpan serta merta.

4. Sebagai alternatif, anda selalu boleh menukar kepada DHL eCommerce, J&T Express, atau NinjaVan dan menggunakan rakan SSL Shopee yang lain untuk pengalaman pemenuhan yang lebih lancar.

Sebarang pertanyaan, boleh TEKAN SAYA untuk menyertai kelas secara dalam talian mengikut kesesuaian masa anda.