Rakan Shipping Borong China Online Malaysia
Kenyataan Rasmi MYWAU Berhubung Kelewatan Penghantaran YG Logistic

Bismillahirrahmanirrahim. Sesungguhnya hanya dengan nama Tuhan, kami doakan Tuan , Puan dan seluruh pengguna Mywau dalam keadaan ‘aafiat dan sihat hendaknya.

Mutakhir ini, berlaku sedikit kekalutan dan ‘panic attack’ kepada sistem pengurusan shipping dari China ke Malaysia.

Ianya berpunca daripada beberapa sebab :

1. Kelewatan shipment daripada negara China ke Malaysia. Kapal kontena penuh dan kita terpaksa menunggu kapal yang seterusnya. Hal ini kerana, setiap tahun, bermula bulan Oktober – Disember merupakan bulan ‘peak season’.

2. Lambakan kontena di local courier . YG logistics. Untuk makluman semua, YG logistics merupakan strategic partner kepada sistem pengurusan shipping yang diuruskan oleh Mywau. Bermula awal November, mereka menerima puluhan kontena secara serentak. Ia menyebabkan sedikit kekalutan dan cabaran besar buat mereka.

3. Kesan lambakan kontena menyebabkan lambatnya sesebuah kontena dibuka maka berlakulah kelewatan susunan jadual penghantaran produk tuan puan.

Mengambil rasa tanggungjawab penuh, saya telah mengambil langkah yang drastik. Saya telah ke China pada 13-18hb November 2019. Menyedari hal ini dan kami di Mywau tidak mahu ia berlarutan panjang.

Semasa di China, saya telah berbincang panjang dengan CEO Dex-I serta team pengurusan shipping di China. Maka, saya senaraikan solusi yang telah kami putuskan :

1. Buat masa ini, kami telah bersetuju dengan pihak Dex-I untuk turut sama menggunakan sebuah lagi syarikat courier yaitu GMW Logistics yang berpengkalan di Port Klang dan dalam masa yang sama masih menggunakan syarikat YG Logistics. Ratio 70 : 30 . 70% kontena yang dihantar dari China akan dihantar ke GMW Logistics manakala 30% akan dihantar ke YG Logistics. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan tekanan dan memberi sedikit ruang kepada YG Logistics untuk kembali stabil.

2. Kami memberi peluang terakhir kepada YG Logistics sehingga 15hb Disember. Sekiranya mereka belum dapat mengatasi isu yang berlaku, maka peralihan kepada syarikat courier lain (GMW Logistics) secara total akan dilakukan.

3. YG Logistics telah mengambil keputusan untuk menyewa ‘warehouse’ yang lebih besar serta membuat penambahan staff di bahagian pengurusan stok dan ‘customer service’ .

4. Suka untuk saya ulang kembali, tempoh kebiasaan bagi sesebuah shipping by sea adalah sekitar 3-4 minggu. Sekiranya parcel @ produk tuan puan masih belum diterima, mohon terus laporkan di bahagian live chat Mywau. Atau yang terbaru, bagi mengurangkan birokrasi, anda boleh terus ke apps.mywau.com/report.php untuk buat aduan secara lengkap dan terus sampai ke bahagian logistik MYWAU tanpa menunggu customer service. 

5. Live chat mywau beroperasi pada setiap hari termasuk sabtu dan ahad.

Isnin – Jumaat

9.00 am – 6ptg
8.30 pm – 10.30 pm

Sabtu ahad :

9.00 am – 6.00 ptg

6. Kami juga telah membuat penambahan team di bahagian khidmat pelanggan Mywau. Buat masa kini, jumlah ahli pasukan Mywau di Malaysia adalah 18 orang manakala di China 8 orang.

Sesungguhnya kami berasa amat kesal dengan apa yang telah menimpa sebahagian daripada pengguna Mywau.

Pun begitu, percayalah, kami sentiasa ada dan kami mengambil rasa tanggungjawab yang penuh terhadap setiap parcel yang kami uruskan. Tuan/puan semua usah khuatir, perkara ini dalam fasa terakhir untuk diselesaikan dan ianya tidak akan berlarutan panjang

Konklusinya, saya selaku Pengarah Urusan Mywau memohon maaf kepada semua pengguna Mywau yang terkesan dengan isu mutakhir ini.Tulus ikhlas dari hati.

Saya juga mahu turut mengucapkan seinfiniti terima kasih atas rasa percaya yang tuan puan telah berikan, sokongan, nasihat dan dorongan. Mywau ini akan kita bina bersama.

Terima Kasih

Faiz Zakaria
Managing Director
Mywau

APPS MYWAU DI ANDROID KINI BOLEH DIGUNA SEMULA

Untuk pengetahuan semua ahli MYWAU, anda kini boleh melayari aplikasi MYWAU di telefon anda. Buat masa ini, hanya Android sahaja yang telah meluluskan apps MyWau yang berwajah baru. 

Bagi pengguna MYWAU yang memiliki model Apple dan perincian iOS, harap bersabar ya. Appstore masih lagi dalam penilaian mereka. Ianya akan memakan masa yang lebih biasa . So, anda boleh saja terus melayari aplikasi MYWAU menerusi link website ini: apps.mywau.com.

Selamat mencuba wahai pengguna android sekalian. 

WEBSITE MYWAU BAKAL BERWAJAH BARU DAN MENAMBAH BAIK BEBERAPA FUNGSI

Sudah sampai masanya. Selepas 60 hari kami umumkan dahulu, bahawa website Sistem MYWAU akan bertukar wajahnya. Lebih simple, kemas dan plain. Sesuai dengan tema MYWAU yang sentiasa mahu menampilkan sebuah sistem yang mudah urus, sistematik dan berkembang pesat. 

Dengan perubahan ini, maka kami telah menghantar email kepada semua user, dan telah blast ke banyak Group Support rasmi MYWAU bagi memberitahu perihal perubahan ini. Sistem lama akan ditutup dan digantikan dengan interface yang lebih baik. Namun begitu, bagi pengguna APPS, ianya tidak banyak berubah kerana perubahan secara menyeluruh ini akan dilakukan secara berperingkat. Hanya paparan website sahaja dulu kami ubah. 

Oleh itu, bermula dari jam 12.00 tengah malam ini (Jumaat awal pagi) sehinggalah pada jam 10 pagi esoknya (Jumaat), proses penutupan dan perpindahan interface serta fungsi baru akan berlaku. Kami menyarankan untuk anda menunda sebarang proses sehinggalah sistem baru berfungsi dengan baik selepas jam 10.00 pagi. 

Apa yang berubah kali ini? 

Interface baru. Of course. Sangat berbeza. Fungsi lama masih ada dan ditambah baik beberapa perkara.

Berikut merupakan penambahbaikan yang kami ambil dari saranan dan idea pengguna MYWAU. Sungguh, tanpa pengguna MYWAU yang sentiasa menolong dan membantu memberikan pandangan, MYWAU takkan pergi sejauh ini.  

(1) Fungsi di Parcel kini ada kaitan dengan Shipment anda. Ini memudahkan anda untuk terus view shipment anda hanya dari Parcel. Tidak perlu membuka Shipment lagi seperti sebelum ini. 

(2) Payment Gateway MYWAU sebelum ini dikenali sebagai Senangpay tidak lagi kami gunakan. Sekarang ini, demi menyahut seruan #BMF, kami menyokong sebuah payment gateway keluaran muslim iaitu ToyyibPay. Anda boleh mencubanya untuk bisnes anda juga, kerana mereka tidak mengenakan caj bulanan atau tahunan. Hanya RM1 sahaja caj pengendalian yang Toyyibpay kenakan sekaligus jauh lebih murah dari sebelum ini. Dapatkan Toyyibpay anda di sini >> KLIK DI SINI

(3) Menu di dalam website juga berubah dan lebih tersusun mengikut kategori. Servis dan support dibezakan terus. Manakala di bahagian fungsi utama sistem pula disusun mengikut cadangan pengguna MYWAU agar mengikut step penggunaan. Lihat contoh di bawah:

(4) Pengumuman pula kini boleh didapati secara terus dengan mengklik di ikon kecil di sebelah nama profail anda. Bila ditekan, ianya akan muncul sebagai pop up info di paparan sistem MYWAU. Lihat ikon di bawah.

(5) Pertambahan satu lagi alamat Warehouse MYWAU di Yiwu. Ianya bakal membantu pembelian produk yang jauh dari Guangzhou dan memakan kos penghantaran domestik yang mahal. 

(6) MYWAU Indonesia juga bakal dibuka. Namun begitu, harga tidak dikeluarkan lagi buat masa ini. Apabila harga shipping keluar saja, terus anda dah boleh shipping ke Jakarta dengan senangnya! Wow!

(7) Anda kini boleh terus chatting dengan Customer Service dengan menekan butang Chat di penjuru kanan bawah website. 

(8) Nota untuk shipment kini lebih details dan kemas. Perkiraan akhir warehouse akan diperjelaskan selengkapnya dengan memberitahu jenis measurement yang dikira. Anda juga boleh refer Remark Admin untuk nota tambahan. 

(9) Yang paling ditunggu-tunggu adalah berkenaan rate Alipay MYWAU. Selepas direview dengan situasi semasa, kini rate Alipay akan menjadi lebih baik iaitu 1.60 berbanding 1.55 sebelum ini. 

(10) Bagi mereka yang memegang Pas VIP member MYWAU anda akan diberikan akaun MYWAU berbeza, fungsi yang sama dan mendapat special rate yang berbeza dari normal user

Akhir kata, bagi mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi customer service MYWAU untuk sebarang pertanyaan. InshaAllah idea dan saranan anda kami akan realisasikan. Terima kasih kerana menggunakan MYWAU. 

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout