JOM MULA BERNIAGA DI SHOPEE

Tahukah anda, Shopee merupakan salah satu cara paling mudah untuk anda berniaga tanpa perlu mendaftar SSM & menyewa tapak untuk berniaga?

Anda juga tidak perlu untuk menggajikan pekerja dan ia sesuai untuk suri rumah dan pelajar yang ingin mencari atau menambah pendapatan sampingan. Sekali gus, meningkatkan taraf pendapatan isi rumah dan membantu meringankan beban ketua rumah.

Perkara utama yang perlu anda ada adalah, telefon bimbit atau laptop/pc dan juga rangkaian internet.

  1. Daftar terus melalui telefon bimbit atau pc/laptop anda. Pendaftaran boleh menggunakan saluran seperti dibawah dan lengkapkan maklumat diminta.

  • Nombor Telefon
  • Email/Facebook

2. Pergi ke Seller Center dan pilih shop setting dan lengkapkan Profile kedai anda.

 

MEMASUKKAN PRODUK KE DALAM KEDAI SHOPEE

A) Masukkan maklumat produk yang lengkap dengan tepat dan jelas.

B) Masukkan nama produk dan ada 3 pilihan Kategori barang yang disyorkan, dan ianya tidak semestinya tepat. Anda perlu membuat pilihan kategori yang bersesuaian dengan produk anda bagi memudahkan carian oleh pembeli.

C) Masukkan Product Description dan maklumat produk yang lengkap dan bersesuaian. Pastikan maklumat produk tepat supaya tidak berlaku tuntutan oleh pembeli disebabkan oleh maklumat anda yang salah dan tidak tepat. Sekali gus merugikan anda dan rating buruk terhadap kedai anda.

D) Memasukkan Harga , Stok dan Variasi (Jika ada)

E) Masukkan gambar produk yang berkualiti tinggi dan berprofesional. Video berdurasi 2 minit boleh dimasukkan menggunakan telefon bimbit sahaja.

F) Pilih Shipping Setting untuk memasukkan berat, saiz bungkusan, harga penghantaran dan pilihan syarikat kurier.

Setiap harga pengeposan adalah tidak sama dan mengikut saiz dan berat barangan. Sila pilih Shopee Supported Logistic untuk memudahkan penghantaran anda.

Shopee Supported Logistic merupakan 4 syarikat logistik yang telah berkolaborasi bersama Shopee yang diberi sabsidi kepada penjual di Shopee. Bermaksud penjual shopee menghantar barangan secara PERCUMA.

Untuk pengguna baru, Pos Laju tidak tersenarai di Shopee Supported Logistic dan anda perlu mendaftar terlebih dahulu mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Shopee. Video tutorial akan diberi semasa kelas berlangsung. 

G) Setelah semua maklumat telah diisi, anda perlu memilih samada barangan anda Pre-Order atau tidak di ruangan Others.

Untuk Pre-Order, anda boleh menetapkan sehingga 30 hari proses penghantaran bagi barangan yang di bawa dari luar negara atau anda tidak dapat memproses dalam tempoh yang singkat supaya penjual tidak akan dikenakan penalti disebabkan penghantaran yang lewat.

Kemudian, anda harus menetapkan jenis barangan anda samada baru atau terpakai (New/Used) dan SKU jika ada untuk pengurusan dan pemantauan stok di gudang anda. Tekan SAVE & PUBLISH untuk terus menjual barangan tersebut.

Nota : Tekan SAVE/DELIST untuk menyimpan dan tidak mahu untuk dipaparkan/dijual di kedai Shopee anda. Ia juga bertujuan untuk meletakkan produk terbabit di dalam senarai menunggu untuk Promosi, kempen atau pelancaran kedai.

 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila TEKAN SAYA