Shopee senarai hitam penjual langgar undang-undang
Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho
Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho

KUALA LUMPUR: Shopee akan membuang produk daripada senarai di platform e-dagangnya dan menyenaraihitamkan penjual yang didapati menyalahi undang-undang serta melanggar polisi syarikat itu.

Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho, berkata pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan penjual yang didapati melanggar polisi Shopee akan diharam menggunakan platform terbabit.

Beliau berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung penjualan bahan cetak rompak menerusi platform itu.

Katanya, produk yang didapati menyalahi undang-undang serta melanggar polisi syarikat akan dibuang dalam senarainya.

“Shopee ialah platform penjualan pihak ketiga yang menyenaraikan barangan mereka untuk dijual.

“Penjual di Shopee ialah individu atau perniagaan bebas yang tidak berkaitan dengan Shopee, manakala Shopee tidak mempunyai bahagian dalam membuat kandungan.

“Shopee juga mempunyai polisi penyenaraian ketat dan hanya membenarkan penjualan produk serta perkhidmatan bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ho mengulas laporan Harian Metro mengenai penjualan sebuah filem cetak rompak menerusi platform e-dagang berkenaan.

Beliau berkata, Shopee sudah memadamkan pautan berkenaan.

Katanya, langkah menyenarai hitamkan kata kunci berkaitan filem yang berkaitan turut diambil bagi menghalang sebarang usaha jual beli bahan berkenaan.

“Kami juga ingin menggalakkan pengguna untuk terus menyalurkan maklumat mengenai penjualan secara tidak sah itu terus kepada Shopee,” katanya.

Ho berkata, pengguna boleh menghubungi Shopee terus melalui pilihan ‘Report Product’ di sebelah kanan senarai produk di platform terbabit.

Katanya, konsumer juga boleh emel aduan ke help@support.shopee.com.my atau hubungi talian 03-2777 9222.

Untuk menghandiri kelas bimbingan untuk menjadi Penjual di Shopee secara dalam talian mahupun secara peribadi, boleh terus hubungi Pegawai Pemasaran melalui Aplikasi WhatsApp wa.me/60195508724/kelasshopee

Sumber BH : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/718095/shopee-senarai-hitam-penjual-langgar-undang-undang?fbclid=IwAR1vJ6X1dv0SENtp-cYMs952gsh9H9mAYCLFE29UX2oVAZ_fnRxoMtYheuA