BERAPA HARGA JUALAN SEPATUTNYA KITA LETAK DI SHOPEE?

Iskandar MyWau

BERAPA HARGA JUALAN SEPATUTNYA KITA LETAK DI SHOPEE?

Banyak isu berhubung dengan tak tahu nak letak harga jualan di Shopee, ada yang menjual sambil ‘menderma’ (tiada untung).

Isu ini sering berlaku kepada peniaga di Shopee yang tidak menitik berat tentang cas yang dikenakan oleh Shopee, ada juga yang membuat Promosi diskaun, baucer diskaun tanpa mengira hal-hal sebegini.

Itu tidak termasuk lagi, kempen-kempen yang dijemput oleh Shopee, seperti Shocking Sales, 9.9, Raya Promo, RM16 Free Shipping Program dan banyak lagi.

Jadi, bagaimana anda nak mengelakkan dari mengalami kerugian sehingga anda sudah ‘Fade Up’ nak berniaga di Shopee, walhal orang lain dah buat duit berpuluh-puluh ribu hanya duduk dirumah.

Anda sebagai penjual harus bijak dalam merangka strategi jualan. Bila waktu sesuai untuk melancarkan promosi?. Bagaimana nak memilih kaedah promosi, samada mejual dengan cara Wholesale, bundle deal, add on, discount promo, voucher dan sebagainya?. Berapa kadar untuk pemberian diskaun? Berapa keuntungan selepas jualan? Itu belum tolak lagi dengan kos Shopee Ads lagi. Stress kan?

Ini adalah contoh-contoh laporan oleh penjual di Shopee berkenaan kerugian yang mereka alami.

Jadi saya ringkaskan cara nak meletakkan harga sebelum Publish Product secara asas. Langkah pertama adalah :-

  1. Dapatkan jumlah % diskaun yang bakal diberi atas product yang hendak dijual tersebut. Contoh 10% untuk Produk A.
  2. Masukkan jumlah % atau RM baucar diskaun yang bakal dibuat untuk kedai atau produk tertentu bagi jumlah unit/harga pembelian. Contoh 5% @ RM1 untuk pembelian RM50 dan keatas.
  3. Masukkan nilai Transaction Fees 2.12% untuk setiap barangan.

Formula Pengiraan.

Gross Price = Product Price + Transaction Fees + ( Discount/Voucher Value RM/% ) {If Available}

RM50 + 2.12% = RM51.06 + 10%

= RM56.17

Jadi, ini harga yang sepatutnya anda perlu letakkan di senarai produk anda bagi mengelakkan kerugian ketika jualan.

Anda juga boleh buat penggenapan harga atau meletakkan harga yang ‘catch eyes’ untuk menarik perhatian dan minat pelawat anda. Seperti RM25.90, RM199.90 dan sebagainya.

Selain daripada Transaction Fees, pelbagai cas yuran dikenakan oleh Shopee seperti, Service Fees, withdrawal Fees dan commission fees dari kempen-kempen promosi atau penyertaan yang di war-warkan oleh shopee.

Jadi, harus diberi perhatian penuh dan baca segala terma dan syarat setiap penyertaan anda di Shopee.

Untuk mendapatkan kalkulator Shopee lengkap ini secara PERCUMA, anda boleh menyertai kelas online kami sementara tiket masih tersedia.

Klik SAYA untuk menyertai kelas secara Shopee Super-Advanced dalam masa terdekat secara online/personal coaching atau sebarang pertanyaan.

4 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
ms_MYMalay
en_GBEnglish ms_MYMalay