Alipay MyWau Dah Limit Lagi.. MyWau Tak Buat Apa-apa ke?

Saban bulan, pasti kita akan berhadapa dengan masalah had transaksi Alipay MyWau. Dan masalah yang sama ini akan mengundang persoalan yang sama. MyWau tak buat sesuatu ke?

Antara yang sentiasa berasa sedih dengan kekangan ini adalah tidak lain tidak bukan Tuan Mohd Faiz sendiri. Ini boleh kita selami dengan membaca jawapan yang jelas dari tuan badan sendiri selepas diajukan oleh seorang peserta dari salah satu WhatsApp Group yang disokong oleh MyWau.

“Kalau baru sekejap dah limit, sebab ramai. Kenapa tak naikkan limit? Sebab susah kan buyer/pelanggan mywau berniaga macam ni. Nak tunggu seminggu lebih lagi tuk limit tu semula. Biz pon drag dan affected. Ada waktu-waktu tertentu pulak nak kene uruskan boleh beli or not. Saya dah beberapa kali macam ni. Time dah kumpul order tetiba tak boleh buat payment sebab dah limit. Paham la nak kumpul ahli ramai. Tapi service macam ni pon kene jaga jugak la.” Tanya salah seorang ahli MyWau.

Tidak dinafikan, itulah suara nurani yang ikhlas dari para ahli MyWau. Peningkatan ahli tidak dapat dielakkan. Namun, kenaikan had transaksi masih belum berjaya direalisasikan oleh MyWau. Jom kita baca apa pula jawapan dari tuan Faiz berhubung dengan permasalahan di atas.

“Maaf puan. Limit ini kami tak boleh naikkan disebabkan ia dikawal oleh pihak Alipay sendiri.

Contoh mudahnya begini :

Account Maybank kita. Setiap hari akan ada limit transfer internet banking kan? Jika personal account hanya limit maksima RM30,000 untuk 1 account.

Sama juga seperti Alipay, mereka tetapkan limit transfer harian dan limit transfer bulanan. Ia diluar bidang kuasa saya sendiri untuk naikkan sebab Alipay bukanlah dimiliki oleh saya.” Jawab tuan Faiz.

Dalam masa yang sama, ada juga soalan yang diajukan kepada tuan Mohd Faiz, turut berkenaan limitasi ini.

“Minta mywau inform lebih awal kalau limit dah nak habis atau inform kita alipay dah limit. Takla byk kerja, kita boleh cari terus seller yang activate bank transfer.

Faham kan bila dah create Alipay banyak-banyak tinggal masa nak payment Alipay (pula) limit. Kan banyak kerja tu.” Adu ahli ini yang lebih dikenali sebagai Farah.

Jelas tuan Faiz, kini MyWau memang sedang bangunkan sistem bayaran di mana apabila hampir melepasi limit bulanan, sistem akan mengeluarkan notis atau alert kepada pengguna.

“Aah ya cik Farah. Kami tengah develop system bayaran, once nk capai limit ja akan ada alert dalam apps dan notification buat para user.” Jelas Tuan Faiz.

Tidak berhenti di sini, Tuan Faiz turut bercerita mengenai potensi kenaikan limitasi Alipay ini. Itu pun selepas ‘border‘ dibuka, kata tuan Faiz.

Actually ada 1 cara nak tambah limit Alipay ni, iaitu dengan cara saya ke China dan buka lagi account bank di China.

Malangnya buat masa ni, di negara China masih tak benarkan kemasukan orang Malaysia ke sana disebabkan kes Covid-19 Malaysia yang tinggi.

Saya dah berusaha ke Embassy China, dah call duta Malaysia malah saya juga dah ke pejabat menteri untuk minta perlepasan khas untuk masuk ke China.

Malangnya mereka masih tak benarkan any Malaysian pergi ke sana melainkan crew flight atau ada kematian di China (melibatkan ahli keluarga).”

Penjelasan ini ada benarnya. Ini kerana kebanyakan pemain industri Borong China yang dahulu bukan main ligat ke China kini lebih banyak memborong dari Malaysia sahaja secara online.

Pertanyaan demi pertanyaan dari ahli MyWau tidak putus di situ. Terdapat lagi pertanyaan mengenai limitasi ini.

“Cepatnya limit… Tak advice ke buka banyak sikit akaun (Alipay)?”

Bukan setakat itu, ada juga yang secara terbuka mengkritik perkhidmatan pembayaran menggunakan Alipay ini setelah sekali lagi Alipay MyWau berhadapan dengan isu limitasi had transaksi ini.

“Menyusahkanlah! Seller dah bagi link Alipay sahaja. Banyak lagi barang lain nak follow up. Takkanlah satu amount Alipay pun tak boleh proceed? Amount 30 yuan saja ni.

Apa guna Alipay tu kalau asyik tutup saja, alasan heavy traffic memanjang.

Tolonglah admin bagi mudahkan kami sebagai pengguna.”

Beliau juga sempat bertanya bagaimana untuk mendaftar akaun Alipay sendiri.

Pertanyaan ini telah dijawab segera oleh En. Razali, Pengurus Besar MyWau.

“Bagi persoalan mengenai cara untuk ada akaun Alipay sendiri, senang saja. Tuan boleh buat search di Google dan verify akaun Alipay tersebut dengan menggunakan Passport dan no. Akaun Bank di China yang sah.

Walaupun begitu, untuk penggunaan bagi tujuan pembayaran sahaja, cukup dengan passport semata-mata tanpa akaun bank China. Kelemahan bagi pengesahan versi ini adalah, tuan tidak boleh untuk menggunakan fungsi topup di Alipay. Tuan wajib juga mencari agen pembayar yang boleh tolong topupkan ke akaun Alipay Tuan.” Jelas En. Razali panjang lebar.

Bukan setakat itu saja, En. Razali turut mendedahkan sebab utama mengapa akhir-akhir ini, Alipay MyWau cukup cepat mencapai limit bulanan.

Alipay MyWau dihubungkan dengan 4 no. akaun bank China yang didaftarkan atas nama Mohd Faiz Zakaria, Pengarah Urusan MyWau. Akaun Bank ini telah dibuka dalam beberapa tahun dahulu.

Setiap tahun, had limitasi ini telah dinaikkan oleh pihak bank. Malangnya sejak pandemik Covid-19, pihak bank di China telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan mereka dengan mengaktifkan sistem auto freeze akaun bank. Apabila berstatus freeze, pihak bank akan meminta para pemegang akaun untuk datang ke China dan lakukan proses pengaktifan semula selepas mendapati semua transaksi yang dilakukan adakah sah di sisi undang-undang.

Rentetan dari tu, maka 2 akaun bank MyWau telah disekat penggunaannya. Lagi bertambah parah ianya berlaku sewaktu pandemik Covid-19 di Malaysia. Semua rakyat Malaysia diwajibkan untuk mematuhi S.O.P yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.

Bukan sahaja MyWau, ramai juga pemain industri Borong China kini masih tidak dapat ke China atas alasan memborong melainkan ianya di atas urusan rasmi kerajaan, urusan kerja di sektor penerbangan atau mempunyai masalah kekeluargaan.

Jelas en. Razali lagi, Tuan Mohd Faiz sendiri telah dua kali memohon untuk ke China, dan permohonan beliau kekal ditolak oleh pihak Duta atas faktor kes di Malaysia meningkat semasa PKP 2.0. Kali ini, sekali lagi, Tuan Faiz memohon untuk ke China dalam bulan Mac atau April bagi menyelesaikan isu Alipay ini.

“Ya betul heavy traffic. Sebab apa? Sebab rata-rata sejak pandemik, sukar untuk user lain cari ejen pembayar tersendiri akibat kes yang serupa iaitu bank diorang kene freeze dan kena pergi ke China (untuk diverified semula). So ramailah yang pakat guna Alipay mywau.

Alipay ni hak China. Bank pula di China. Apa lagi cara kami untuk setelkan cara bayar ni selain dari pergi ke China?” Jelas en. Razali dalam salah satu Group WhatsApp yang dikelolakan oleh MyWau.

Maka, sebagai kesimpulan penulis, sebagai seorang usahawan yang sentiasa cerdas memikirkan pelan alternatif, gunalah perkhidmatan Bank Transfer MyWau. Cara pembayaran sebegini tidak ada risiko limit transaksi. Kami boleh membuat bayaran walaupun ammountnya besar-besar.

Dengar kata upah pembayaran Bank Transfer telah dikurangkan, dari RM5 per transaksi kini menjadi RM2 sahaja per transaksi. Apa tunggu lagi? Gunalah Bank Transfer sebagai alternatif pembayaran anda. Paling tidak pun, mulalah pelajari ilmu memborong di Pinduoduo pula.

Apa kata ahli MyWau sekalian?