Keperitan itu Sementara, Kejatuhan Pula adalah Proses – Mursyid Halim
Proses belajar dengan MyWau membuahkan hasil. Bagi yang betul-betul buat, saksikanlah. Tuan Mursyid Halim. Seorang yang komited dan tidak kenal erti putus asa. 
 
Bacalah luahan beliau yang telah penulis sisipkan dari Facebook Group Rasmi MyWau.
 
“Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan Mywau.” Katanya.
 
 
2019
 
Pada akhir 2019 saya jatuh dalam business. Tapi perancangan Allah sangat teliti, ketika saya jatuh itu juga lah Allah temukam saya dengan Mywau. Dapat ilmu terus praktikkan, December 2019 kami bawak masuk shipment pertama, 10 set mainan sahaja.
 
2020
 
Kami lebih serius dengan Mywau. Kami pulun pelan-pelan. Di awal-awal masih banyak tak tau, pelan-pelan kami baiki. Cuba dan cuba lagi.
 
Di tengah 2020, kami rasa dah tak boleh buat sendiri, nak ajak orang lain jugak. Maka kami mula ambil dropship. Dari situ kami mula berkembang.
 
2021
 
AlhamdulilLah kami mula dengan langkah kanan. Sebuah kedai di Kedah untuk dijadikan sebagai warehouse kami dan sebahagiannya digunakan sebagai showroom.
 
Siapa sangka, dengan hanya menjual produk-produk pendidikan awal kanak-kanak dan buku anak-anak, kami dapat jadikan business ini sebagai tempat kami mencari rezeki.
 
AlhamdulilLah, alhamdulillah.
Saya nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih kepada Mywau kerana terus memberi peluang kepada kami untuk bekerjasama. Semoga Mywau terus maju.
 
Untuk rakan-rakan yang baru bermula, atau sedang down, ingatlah bahawa keperitan yang kita rasakan adalah sementara. Kejatuhan adalah proses kejayaan. Kegagalan sebenar adalah ketika anda berhenti.
 
Alhamdulillah.
 
P/s: saya baru create satu group telegram untuk sahabat2 yang berminat nak pool produk mainan dan buku-buku. Jemput join kalau sudi 😊
 
 
Sekali lagi, terima kasih Mywau!
Jangan Pernah Kedekut Untuk Cari Ilmu – Nur Dalilah

ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH MYWAU. TERIMA KASIH TUAN Mohd Faiz.

Tanpa ilmu & tunjuk ajar MYWAU, saya takkan pandai cara membeli di China. Nah, saya cuba pendekkan walaupun sedikit panjang.

Bermula dari pool order di rumah.

Masa PKP 1.0, order mencanak, ambil risiko sewa kedai di tingkat bawah. 

Since kadang-kadang kena COD (Cash on Delivery), hantar barang, terpaksa beli 4×4.

Barang semakin pelbagai. Sewa lagi kedai atas untuk dijadikan stor. Bawah jadi fully showroom.

Panjang perjalanannya tuan puan ni, sy pendekkan. Tuntut lagi ilmu. Jangan pernah kedekut untuk keluarkan duit utk belajar. Biar kita yang cari guru.

Tak lupa juga Tuan Ommo Home, Shukri Razak Aq, tidak kedekut ilmu, banyak pengalaman yg beliau ajar. Bila dah buka kedai, kena fikir staff, financial, marketing, stock dan lain-lain lagi.

Kawan-kawan banyak support. Kami sama-sama order kontena. Walaupun masing-masing dalam bidang home decor.

Agents/dropship pun banyak support dan kebanyakkannya dah buka kedai sendiri, ada yg sewa rumah utk jadikan stor, ada yang dapat membeli kereta. Salah satu cita-cita saya, melihat org lain berjaya sama-sama.

Bah, akhir kata, selamat maju jaya semua, Jangan rasa rugi untuk keluarkan modal utk ilmu.

Saya belajar dari ebook MYWAU dan video yang MYWAU sediakan. Terima kasih bagi peluang kepada kami MYWAU. Semoga semakin ramai yang berjaya, semakin ramai yang MYWAU bantu.

-SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN-

Puan Nur Dalilah binti Musa

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout