Sanggup Berhenti Kerja Kerajaan gara-gara Shopee!

Berhenti Kerja

Gara-gara menjual di Shopee, seorang bekas kakitangan sektor kerajaan sanggup berhenti kerja kerana angka jualan telah mencecah 5 angka sebulan.

Rekod jualan di Shopee

Kejayaan ini dikongsi oleh Puan Norshahida Binti Hassan yang merupakan alumni pelajar kelas Shopee Mywau pada Oktober 2020.

Gambar kenangan bersama Coach Iskandar di HQ MYWAU selepas tamat 4 hari kelas.

Detik Permulaan

Beliau telah berkhidmat lebih 11 tahun di sebuah institusi Kerajaan dan memulakan perniagaan secara kecil-kecil dengan mengambil upah sebagai “Personal Shopper” kain lace sejak tahun 2016 lagi.

Setiap perniagaan yang diceburi harus bermula dari minat dan semangat. Begitulah kejayaan terhasil dari seorang anak jati Negeri Perak yang berusia 33 tahun ini.

Tekad dan usaha gigih beliau dalam menguruskan masa kerja dan perniagaan tidak hanya sebagai Personal Shopper, beliau telah mempunyai pelanggan tetap dan permintaan yang sangat memberangsangkan.

Cabaran

Beliau telah beralih kepada perniagaan dalam talian seperti di laman sosial Instagran dan Facebook. Sambutan yang diterima diluar jangka, dan beliau cuba mencari alternatif yang memudahkan urusan perniagaan beliau dengan mula menjual di platform E-dagang Shopee pada awal tahun 2020 dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Cabaran tersebut telah menyebabkan Puan Shahida untuk lebih memfokuskan perniagaannya di atas talian yang menjadi trend masakini.

Cari Guru

Dengan sifat ingin terus berjaya dan seorang yang tekun belajar seperti yang diamati oleh penulis sepanjang 4 hari kelas bimbingan Shopee di MYWAU, Puan Shahida mula mencari kelas-kelas bimbingan Shopee yang terbaik dan beliau mendapat saranan dari kenalannya untuk menyertai kelas Personal Coaching Shopee di MYWAU pada Oktober 2020. Pada waktu ini beliau mempunyai jumlah jualan di Shopee sebanyak 3 angka sahaja.

Kelebihan Kelas MYWAU

Kelas yang dihadiri secara Personal Coaching ini telah berlangsung selama 4 hari, iaitu 2 hari kelas Shopee Basic to Advanced, dan 2 hari bagi kelas Shopee SuperAdvanced. Peserta juga disediakan dengan Group Khas WhatsApp untuk bimbingan dan perbincangan selepas kelas yang dipantau sendiri oleh coach-coach berpengalaman di MYWAU.

Lacemewah Melakar Kejayaan

Pencapaian terbesar Puan Shahida adalah beliau telah berjaya menubuhkan sebuah Syarikat sendiri iaitu Lacemewah Tekstil selepas menamatkan sepenuhnya perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan selama 11 tahun dan membuka sebuah Butik Lacemewah yang sangat cantik di Sg Besi, Selangor dan memiliki beberapa orang kakitangan untuk menguruskan perniagaannya secara dalam talian dan fisikal.

Gambar Puan Shahida Pemilik Lacemewah Tekstile di Butiknya.

Bermula sebagai Personal Shopper, kini beliau berjaya memiliki perusahaan sendiri dan pekerja yang produktif sepenuh masa.

Harapan

Beliau berharap semoga masa depan untuk memiliki sistem agent bagi membantu dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat yang ingin menambah punca pendapatan dan yang paling terkesan dengan pandemik kini.

10% CASH BACK PROGRAM (CCB)

Shopee Coin Cash Back Program diperkenalkan oleh Shopee untuk meningkatkan kenaikkan jualan anda di Shopee dan membuka lebih lagi kebaikkan dan kemudahan anda sebagai penjual di Shopee.

Pembeli akan dapat menikmati pulangan semula 10% setiap pembelian dengan jumlah serendah RM0.00 tanpa had.

Namun perlu diingat, ianya bukan percuma. Penjual yang menyertai program ini akan dikenakan Cas Perkhidmatan diatas setiap pembelian yang berjaya.

Berikut merupakan keistimewaan yang diterima oleh penjual yang menyertai program ini.

*Contoh : 100 coins = RM1, termaktub kepada polisi Shopee pada 06 Nov 2019.

Promotional rates

Penjual yang menyertai program ini bakal menikmati kadar diskaun sehingga dimaklum dari masa ke masa melalui Push Notifications (PN) dari Shopee.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM 10% CASH BACK?

Selepas anda mendaftar program ini, anda akan menerima notifikasi daripada Shopee di Shopee Updates.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang 10% Cash Back Program, sila berhubung dengan Pegawai kami dengan TEKAN SAYA!

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout