Berita Gembira: Penurunan Harga Shipping By Sea & Rate Alipay MyWau

Semua maklum, sejak April, telah terdapat kenaikan harga shipment MyWau. Ini disebabkan kerana faktor ekonomi yang mencengkam, serta kos operasi yang meningkat di setiap sektor akibat dari penangan Covid-19. Penerbangan yang dikurangkan, perkapalan yang sentiasa disanitasi serta penyukaran untuk berlabuh disebabkan proses saringan yang ketat di kebanyakan negara menyebabkan banyak sektor logistik menaikkan harga perkhidmatan mereka.

MyWau tidak terkecuali. Sehabis daya kami cuba untuk absorb. Namun ianya masih sukar untuk dipertahankan sehinggalah kami terpaksa naik sebanyak 2 kali kenaikan. Pertamanya pada April. Disusuli pula pada bulan Mei 2020. Walau pun begitu, kenaikannya bersifat sementara. Kami sentiasa memantau rapat situasi terkini dan meminta pandangan rakan logistik kami yang berada di Guangzhou, China.

Setelah berpuas hati, kami memutuskan untuk menurunkan kembali harga shipment laut dari RM450 ke RM420. Dengan ini, kami kembali ke landasan yang lebih baik untuk membantu ramai peniaga tanpa jemu. Bukan setakat itu saja, kami juga memutuskan untuk menurunkan kadar rate semasa Alipay kepada pengguna biasa serta VIP sekaligus meningkatkan lagi penjimatan ahli dalam membuat pembayaran produk terutamanya di website 1688.

Anda kini boleh melihat sendiri butiran harga baru CBM di MyWau, di bahagian Support dan di senarai harga. Manakala rate Alipay pula, anda boleh terus menyemaknya dengan menekan menu Rate. Kami harap ekonomi kita semakin baik sekaligus kita akan kembali mendapatkan rate yang lebih baik. Harga shipment juga sama ada shipment udara mahu pun laut boleh dikurangkan lagi. Buat masa ini, harga serta rate ini sahaja yang telah kami tambah baik.

Oh ya, selain itu, sempena Hari Kelahiran Yang Dipertuan Agung Sultan Abdullah, MyWau turut juga bercuti. Harap maklum.

Pengarah Urusan MyWau Turun Padang Buat Delivery

Siapa sangka. Status sebagai Pengarah Urusan di Mind Trade Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai MyWau tidak menafikan komitmen serta tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah pengguna MyWau.

Umum sedia maklum, kita sehingga ke hari ini masih berdepan dengan kemelut virus coronavirus yang tidak diketahui bila ianya bakal berakhir. Dengan arahan serta pembudayaan norma baharu yang dituntut oleh Kerajaan Malaysia membuatkan kita serba serbi kekok dalam mengharunginya.

Begitu banyak industri kecil dan besar terjejas. Baik dari segi operasi, pekerjaan mahupun pendapatan. Tidak ada satu pun terkecuali dari menerima impak penangan Covid-19 ini.

MyWau mempunyai cabaran yang tersendiri. Banyak barangan yang diimport dari China sangkut di pelabuhan serta diperam begitu lama di gudang Malaysia. Akibat lambakan kontena, limitasi kakitangan Kastam Malaysia, dan kekurangan lori penghantar, maka ianya mengecewakan puluhan pengguna yang tidak bernasib baik.

Barangan ini sebenarnya telah tersadai sejak 25 Mac 2020 lagi, sehinggakan ada pengguna MyWau yang melahirkan kekecewaan akibat kemelut bencana ini sekaligus memaksa mereka terpaksa memulangkan semula wang belian pelanggan mereka. MyWau adalah identiti yang sentiasa mendokong usahawan di Malaysia. Kami tahu, ianya tidak akan selesai kalau semua tidak mengambil serius.

Dalam kekalutan, Pengarah Urusan MyWau bertekad untuk membuat penghantaran secara ‘personal’ dan memohon maaf di atas kelewatan penghantaran barangan-barangan mereka. Pasukan shipment MyWau, dan pasukan Khidmat Pelanggan MyWau juga berganding bahu menjejak senarai tracking lama yang tidak dikemaskini bagi mendapatkan butiran penghantaran.

Maka, di dalam sejarah menyaksikan, tanggal 8 Mei 2020, Tuan Mohd Faiz dan Tuan Khairul dari jabatan shipment telah bergegas ke YG Logistic untuk mendapatkan barangan yang masih belum dihantar. Ada juga yang telah dihantar menggunakan Citylink, dan ada juga yang telah dihantar secara personal.

Semalam, 9 Mei 2020, Mohd Faiz dan Khairul telah pun berada di Kedah. Digambarkan perjalanan mereka akan meliputi negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum mereka pulang dan mendapatkan barangan lain lagi untuk zon negeri yang berbeza.

Secara jujurnya, tidak ada sesiapa yang mahukan dan sukakan sebarang penangguhan. Namun, di MyWau ianya adalah situasi yang sangat tidak boleh diterima dan kami sendiri menanggung kos penghantaran bagi menyelematkan terus pengguna MyWau yang ketandusan produk jualan mereka.

Allah sayang semua, bak kata Ustaz Ebit Lew. Maka MyWau juga sayang semua ahli keluarga MyWau. Beli sikit atau banyak, ahli lama atau baru, marilah kita sama-sama belajar dari peristiwa ini.

KENYATAAN RASMI: FACE MASK TIDAK BOLEH DISHIP KELUAR DARI CHINA?

KENYATAAN RASMI

Harini, hari yang masih suram di Malaysia. KIta belum kalah, cuma kita juga belum menang. Covid 19 akan kita perangi habis habisan.

Hari ini, kami baru sahaja menerima makluman dari pihak kastam China, pihak berwajib serta kami telah sahkan  dengan pihak shipping, berkenaan dengan pembelian dan proses import (penghantaran) face mask dari China ke Malaysia.

1. Untuk 3 hari ini (bermula 1April – 3 April), TIDAK ADA face mask yang dibenarkan untuk dihantar ke mana mana airport @ pelabuhan (port) untuk di shipping ke mana mana negara. Pun begitu, bagi face mask yang sememangnya telah berada di aiport @ pelabuhan, ia dilepaskan dan akan diuruskan proses shipping seperti biasa

2. Selepas ini, bagi mereka yang mahu membuat penghantaran face mask, anda wajib menyediakan beberapa dokumen dari kilang yang anda uruskan. Dokumen tersebut adalah :

The following documents are provided for civil use:

1- Business License

2- Product manual, label.

3- Product batch / number

4- Product Quality and Safety Book

5- Product sample pictures and packaging pictures

3. Kesemua maklumat ini, anda perlu ‘attach dan submit’ kepada bahagian customer servis Mywau. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan ‘delay in shipment’ anda.

4. Tambahan, sekarang ini warehouse Mywau mengalami kesesakan yang amat tinggi. Dijangka akan berlaku sedikit kelewatan bagi shipping by air dan sea. Ia juga disebabkan oleh kekurangan flight ke Malaysia, penempahan barang yang tinggi dan keadaan malaysia yang masih dalam perintah PKP (perintah kawalan pergerakan).

Baca juga: https://mywau.com/barangan-melimpah-kapal-terbang-tak-cukup/

Diharapkan, kita semua dapat terus bersabar dan kami doakan agar semua produk belian kita tiba dalam keadaan selamat dan baik.Kami mohon maaf atas kesulitan ini dan kami ucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian anda berada dalam keluarga ini. Keluarga Mywau.

Nota: Facemask yang diuruskan oleh MyWau, anda tidak perlu risau kerana kami sendiri yang handle berkenaan dokumen itu. 

-Faiz Zakaria-
Managing DIrector , Mywau

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout