Kenyataan Rasmi MYWAU Berhubung Kelewatan Penghantaran YG Logistic

Bismillahirrahmanirrahim. Sesungguhnya hanya dengan nama Tuhan, kami doakan Tuan , Puan dan seluruh pengguna Mywau dalam keadaan ‘aafiat dan sihat hendaknya.

Mutakhir ini, berlaku sedikit kekalutan dan ‘panic attack’ kepada sistem pengurusan shipping dari China ke Malaysia.

Ianya berpunca daripada beberapa sebab :

1. Kelewatan shipment daripada negara China ke Malaysia. Kapal kontena penuh dan kita terpaksa menunggu kapal yang seterusnya. Hal ini kerana, setiap tahun, bermula bulan Oktober – Disember merupakan bulan ‘peak season’.

2. Lambakan kontena di local courier . YG logistics. Untuk makluman semua, YG logistics merupakan strategic partner kepada sistem pengurusan shipping yang diuruskan oleh Mywau. Bermula awal November, mereka menerima puluhan kontena secara serentak. Ia menyebabkan sedikit kekalutan dan cabaran besar buat mereka.

3. Kesan lambakan kontena menyebabkan lambatnya sesebuah kontena dibuka maka berlakulah kelewatan susunan jadual penghantaran produk tuan puan.

Mengambil rasa tanggungjawab penuh, saya telah mengambil langkah yang drastik. Saya telah ke China pada 13-18hb November 2019. Menyedari hal ini dan kami di Mywau tidak mahu ia berlarutan panjang.

Semasa di China, saya telah berbincang panjang dengan CEO Dex-I serta team pengurusan shipping di China. Maka, saya senaraikan solusi yang telah kami putuskan :

1. Buat masa ini, kami telah bersetuju dengan pihak Dex-I untuk turut sama menggunakan sebuah lagi syarikat courier yaitu GMW Logistics yang berpengkalan di Port Klang dan dalam masa yang sama masih menggunakan syarikat YG Logistics. Ratio 70 : 30 . 70% kontena yang dihantar dari China akan dihantar ke GMW Logistics manakala 30% akan dihantar ke YG Logistics. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan tekanan dan memberi sedikit ruang kepada YG Logistics untuk kembali stabil.

2. Kami memberi peluang terakhir kepada YG Logistics sehingga 15hb Disember. Sekiranya mereka belum dapat mengatasi isu yang berlaku, maka peralihan kepada syarikat courier lain (GMW Logistics) secara total akan dilakukan.

3. YG Logistics telah mengambil keputusan untuk menyewa ‘warehouse’ yang lebih besar serta membuat penambahan staff di bahagian pengurusan stok dan ‘customer service’ .

4. Suka untuk saya ulang kembali, tempoh kebiasaan bagi sesebuah shipping by sea adalah sekitar 3-4 minggu. Sekiranya parcel @ produk tuan puan masih belum diterima, mohon terus laporkan di bahagian live chat Mywau. Atau yang terbaru, bagi mengurangkan birokrasi, anda boleh terus ke apps.mywau.com/report.php untuk buat aduan secara lengkap dan terus sampai ke bahagian logistik MYWAU tanpa menunggu customer service. 

5. Live chat mywau beroperasi pada setiap hari termasuk sabtu dan ahad.

Isnin – Jumaat

9.00 am – 6ptg
8.30 pm – 10.30 pm

Sabtu ahad :

9.00 am – 6.00 ptg

6. Kami juga telah membuat penambahan team di bahagian khidmat pelanggan Mywau. Buat masa kini, jumlah ahli pasukan Mywau di Malaysia adalah 18 orang manakala di China 8 orang.

Sesungguhnya kami berasa amat kesal dengan apa yang telah menimpa sebahagian daripada pengguna Mywau.

Pun begitu, percayalah, kami sentiasa ada dan kami mengambil rasa tanggungjawab yang penuh terhadap setiap parcel yang kami uruskan. Tuan/puan semua usah khuatir, perkara ini dalam fasa terakhir untuk diselesaikan dan ianya tidak akan berlarutan panjang

Konklusinya, saya selaku Pengarah Urusan Mywau memohon maaf kepada semua pengguna Mywau yang terkesan dengan isu mutakhir ini.Tulus ikhlas dari hati.

Saya juga mahu turut mengucapkan seinfiniti terima kasih atas rasa percaya yang tuan puan telah berikan, sokongan, nasihat dan dorongan. Mywau ini akan kita bina bersama.

Terima Kasih

Faiz Zakaria
Managing Director
Mywau