MOHON MAAF: ADA KENAIKAN HARGA SHIPMENT BERMULA 12 APRIL 2020

MOHON MAAF. 

Salam sejahtera buat semua pengguna MyWau yang kami sayangi sentiasa. Tidak ada daya kami untuk terus bertahan di saat ekonomi begitu mencengkam dari pelbagai sektor. Maka, tidak dapat tidak, MyWau terpaksa menaikkan harga shipment bagi semua penghantaran. 

Umum sedia maklum. Kita berdepan dengan wabak pandemik yang menyerang ke seluruh negara. Walaupun ianya bermula dari daerah Hubei, Wuhan di China, kini merebak ke banyak negara berkuasa besar. Bayangkan sebuah negara Amerika yang dikenali ramai sebagai negara pendahulu dalam banyak perkara pun turut terpalit bahkan mendahului carta bilangan dijangkiti tidak sampai sebulan!

Sebagaimana harga minyak mentah boleh turun mendadak, permintaan barangan perubatan meningkat, tetapi pembekalan pula terhad, banyak juga industri lain yang melibatkan supply & demand terjejas teruk sehingga menyebabkan semuanya tersepit. Keadaan China yang pulih pula tidak menguntungkan banyak peniaga kerana faktor virus yang sentiasa meningkat sekaligus menyebabkan sektor penerbangan dan perkapalan terjejas teruk.

Oleh kerana faktor luar inilah yang menyebabkan kami terpaksa menelan beberapa minggu kenaikan harga shipment sehinggalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lebih panjang lagi. Mengikut perancangan, kami mahu ‘absorb’ sahaja memandangkan kita menjangka isu ini bakal selesai dalam hanya beberapa minggu. 

Malang sekali, ianya tidak begitu. Kekangan delivery yang lambat, menyebabkan banyak kos yang terlibat sekaligus membuatkan kami kerugian lebih besar. Maka dengan ini, bermula pada 12 April 2020, MyWau terpaksa meningkatkan kadar caj untuk semua berat (kg), CBM dan di semua platform (udara dan laut). 

Anda boleh merujuk senarai harga baharu di sistem MyWau di bahagian Price List.

Akhir kata, kami di sini memohon jutaan kemaafan buat semua pengguna, dan diharap agar semua dapat memahami keadaan yang terpaksa kita sama-sama hadapi ini. 

========

Nota akhir: Kami juga memohon semua pengguna memberikan kerjasama yang baik untuk kami bantu trace semua barangan yang masih sangkut/hold/delay sepanjang minggu PKP ini.