MyWau Apps Bakal Berintegrasi dengan MyWau Pay – Masa Depan Teknologi MyWau

Tanpa sedar MyWau sudah berumur 2 tahun 5 bulan. MyWau sudah berada di fasa 3.0. Kini, MyWau bakal memasuki gear 4.0. Ya, seperti yang tertulis di tajuk artikel ini, ianya tentang fungsi baru yang akan menjadi penanda aras baru sistem MyWau. 

MYWAU PAY ITU SEPERTI E-WALLET KE? 

Umum maklum, kini banyak aplikasi yang telah menjurus kepada sistem cashless. Atau kata nama lain, sistem tanpa wang tunai. Semuanya di atas talian. Seperti mana anda kenal sistem GRABPAY, TNG E-WALLET, BOOST APPS, MAYBANK QRPAY, ALIPAY, WECHATPAY dan macam-macam lagi sistem yang wujud di Malaysia ini. 

Berbalik kepada soalan di atas, ya, saya sahkan penggunaan MyWau PAY lebih kepada E-WALLET khas untuk anda lakukan aktiviti TOPUP, bayar shipment, Alipay dan buat REFUND. 

APA KELEBIHAN BERBANDING DENGAN CARA SEKARANG? 

Bagi yang sudah melalui sistem MyWau dari mula sehingga hari ini, mesti sudah biasa dengan cara pembayaran sediakala. Ya, hanya bayar setiap kali perlu diminta buat pembayaran saja. 

Baiklah. Kewujudan MyWau PAY ini adalah tak lain tak bukan semata-mata nak memudahkan anda buat pembayaran saja. Dan paling penting anda sendiri kini tak perlu tunggu duit refund pada setiap hari khamis dah, sebab kami akan direct terus refund masuk wallet anda apabila berlaku kejadian seperti Pay Off atau refund dari Seller.

Paling best, sistem wallet MyWau membolehkan anda untuk withdrawal ke akaun bank anda secara terus sekiranya anda berminat nak tarik balik duit apabila ada baki atau dapat refund MyWau. 

SEKIRANYA MYWAU PAY DAH BERFUNGSI KELAK, BAGAIMANA NAK AKTIFKANNYA? 

Okey untuk mengaktifkan sistem MyWau Pay ini, anda hanya perlu mengisi maklumat anda saja. Di mana, dan bagaimana, tunggu sehingga sistem ini sudah siap dipasang di dalam MyWau Apps nanti. 

ADA CAJ LAIN KE KALAU PAKAI MYWAU PAY NI? KALAU CARA SEKARANG KAMI DICHARGE RM1 UNTUK SETIAP TRANSAKSI. 

Baik. Umum sedia maklum, sistem payment di MyWau memang bekerjasama dengan merchant Toyyibpay di mana mereka telah mengenakan caj sebanyak RM1 untuk setiap transaksi yang berlaku. 

Bagi kegunaan MyWau Pay kelak, anda akan dikenakan charge seperti berikut:

1) TOPUP – Anda akan dikenakan charge sebanyak RM1 sahaja bagi setiap proses TOPUP.

2) PEMBAYARAN SHIPMENT, ALIPAY, WECHAT PAY, PINDUODUO PAY – Anda akan dikenakan charge semurah RM0.05 sehingga maksimum RM1 sahaja. Kalau harga shipment RM13, caj dikenakan sebanyak RM0.05 sahaja. Sekiranya kos Alipay anda RM500 caj yang dikenakan adalah maksimum RM1 sahaja (bukannya RM1.50). Ini adalah kerana Toyyibpay hanya amik 0.3% per transaction, tetapi minimum RM0.05 dan maksimum adalah RM1 sahaja. Bayarlah sampai RM20,000 pun ianya tetap RM1. 

3) WITHDRAWAL – Proses tuntutan wang kembali dari wallet anda hanya dikenakan caj sebanyak RM0.30 sahaja bagi setiap wthdrawal. Itu saja. 

WOW! BILA NAK ADA MYWAU PAY INI? 

InshaAllah, kami akan buat hebahan tutorial cara guna dan bila boleh mengaktifkan akaun anda nanti.