Berita Gembira: Penurunan Harga Shipping By Sea & Rate Alipay MyWau

Semua maklum, sejak April, telah terdapat kenaikan harga shipment MyWau. Ini disebabkan kerana faktor ekonomi yang mencengkam, serta kos operasi yang meningkat di setiap sektor akibat dari penangan Covid-19. Penerbangan yang dikurangkan, perkapalan yang sentiasa disanitasi serta penyukaran untuk berlabuh disebabkan proses saringan yang ketat di kebanyakan negara menyebabkan banyak sektor logistik menaikkan harga perkhidmatan mereka.

MyWau tidak terkecuali. Sehabis daya kami cuba untuk absorb. Namun ianya masih sukar untuk dipertahankan sehinggalah kami terpaksa naik sebanyak 2 kali kenaikan. Pertamanya pada April. Disusuli pula pada bulan Mei 2020. Walau pun begitu, kenaikannya bersifat sementara. Kami sentiasa memantau rapat situasi terkini dan meminta pandangan rakan logistik kami yang berada di Guangzhou, China.

Setelah berpuas hati, kami memutuskan untuk menurunkan kembali harga shipment laut dari RM450 ke RM420. Dengan ini, kami kembali ke landasan yang lebih baik untuk membantu ramai peniaga tanpa jemu. Bukan setakat itu saja, kami juga memutuskan untuk menurunkan kadar rate semasa Alipay kepada pengguna biasa serta VIP sekaligus meningkatkan lagi penjimatan ahli dalam membuat pembayaran produk terutamanya di website 1688.

Anda kini boleh melihat sendiri butiran harga baru CBM di MyWau, di bahagian Support dan di senarai harga. Manakala rate Alipay pula, anda boleh terus menyemaknya dengan menekan menu Rate. Kami harap ekonomi kita semakin baik sekaligus kita akan kembali mendapatkan rate yang lebih baik. Harga shipment juga sama ada shipment udara mahu pun laut boleh dikurangkan lagi. Buat masa ini, harga serta rate ini sahaja yang telah kami tambah baik.

Oh ya, selain itu, sempena Hari Kelahiran Yang Dipertuan Agung Sultan Abdullah, MyWau turut juga bercuti. Harap maklum.

3 Aplikasi Terjemahan Terbaik Untuk Memahami Bahasa Cina

Belajar ilmu memborong dari China secara atas talian ini memang agak mencabar. Hanya Alibaba.com sahaja yang menggunakan versi Inggeris untuk laman web utama mereka.

1688.com dan Taobao pula menggunakan 100% bahasa Cina. Tanpa bantuan Google Translate pasti akan membuatkan pengguna antarabangsa terpinga-pinga sebelum boleh menggunakannya.

Di era hujung jari ini, peranan aplikasi menjadi sangat penting. Rata-rata kalau ditanya, pasti mahu menggunakan platform Aplikasi Taobao atau pun aplikasi 1688.com. Soalnya, kita boleh faham ke?

Yang mampu membaca dan menulis bahasa Cina mungkin tidak berdepan dengan banyak masalah. Tetapi, yang tidak tahu bahasa Cina?

Oleh itu, aplikasi kini belum menjadi pilihan utama para pengguna. Hanya google chrome saja yang boleh menjadi penyelamat kerana boleh menterjemah keseluruhan aplikasi.

Walau bagaimana pun, saya ingin kongsikan sesuatu yang pasti bakal membawa anda lebih dekat dengan aplikasi Taobao, 1688, Xianyu mahupun Pinduoduo. Saya perasan, ada 3 pilihan aplikasi penterjemah bahasa di mana ianya akan memudahkan anda berurus niaga menerusi aplikasi-aplikasi tersebut.

Pilihan pertama: GOOGLE TRANSLATE

Di dalam Playstore atau pun Appstore, anda boleh untuk memuat turun aplikasi ini bagi menyokong sebarang usaha penterjemahan perkataan atau gambar. Google translate berupaya menterjemah teks, gambar atau perbualan.

Pilihan Kedua: BAIDU TRANSLATE

Baidu pula merupakan ‘google’ bagi seluruh rakyat di China. Oleh kerana penggunaan penterjemahan bahasa Cina meningkat, maka Baidu tidak ketinggalan untuk membantu warga luar memahami konteks, ayat dan perbualan dalam bahasa Cina.

Dikhabarkan juga, Baidu Translate merupakan sistem penterjemahan yang lebih baik dari Google Translate. Terutamanya dari sudut pemahaman konteks ayat di dalam bahasa Cina. Saya sendiri menggunakan Baidu, dan saya mengakui akan kesahihannya.

Fungsi Baidu tidak jauh berbeza dengan Google Translate. Ia boleh memuat turun imej yang mempunyai bahasa Cina seterusnya boleh diterjemah selepas perkataan-perkataan berkenaan dihighlight terlebih dahulu.

Pilihan Ketiga: TRANIT

Saya baru sahaja memuat naik ke dalam telefon pintar saya sejurus disarankan oleh salah seorang pelajar kelas Pinduoduo MyWau. Beliau menyatakan Tranit adalah apps yang sangat mudah, mesra alam dan efisien.

Selepas beberapa kali saya menggunakan Tranit, ianya merupakan aplikasi yang sangat luar biasa. Anda tidak perlu scan gambar atau muat naik dalam Tranit seperti mana aplikasi Google Translate mahupun Baidu.

Seperti di video yang saya kongsikan, ianya berfungsi dengan sangat mudah. Apabila selesai dimuat turun, anda hanya perlu enable kan saja sistem Tranit di bahagian setting telefon anda. Kemudian, ianya akan muncul secara  pop up di skrin telefon.

Sejurus itu, anda hanya perlu membuka aplikasi Taobao, 1688 atau Pinduoduo, dan gunakan saja Tranit untuk terjemah perkataan mana yang anda mahukan, dengan menghalakan saja Tranit (yang telah sedia ada popup di skrin) ke perkataan-perkataan yang anda mahu terjemahkan.

Bagi saya, Tranit boleh menyelesaikan masalah pengguna seperti memahami fungsi butang untuk maklumat produk, tempahan, butiran logistik, mahupun butiran pembayaran. Tanpa menidakkan kelebihan aplikasi-aplikasi lain, Tranit ternyata unggul dengan kelebihannya yang tersendiri.

Saya cuma boleh simpulkan, tidak ada apa yang boleh menghalang kita dari terus berjaya memborong dari China, walau sekadar dari atas talian. Bahasa yang berbeza bukan lagi satu dinding tebal yang menjadi ‘senjata’ bangsa lain untuk menjana pendapatan. Dengan teknologi hari ini, industri borong bukan lagi dimonopoli oleh kaum tertentu atau terperusuk dalam dunia yang asing. Ianya kini menjadi free zone kepada semua yang bersungguh-sungguh mahu berjaya!

Pengarah Urusan MyWau Turun Padang Buat Delivery

Siapa sangka. Status sebagai Pengarah Urusan di Mind Trade Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai MyWau tidak menafikan komitmen serta tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah pengguna MyWau.

Umum sedia maklum, kita sehingga ke hari ini masih berdepan dengan kemelut virus coronavirus yang tidak diketahui bila ianya bakal berakhir. Dengan arahan serta pembudayaan norma baharu yang dituntut oleh Kerajaan Malaysia membuatkan kita serba serbi kekok dalam mengharunginya.

Begitu banyak industri kecil dan besar terjejas. Baik dari segi operasi, pekerjaan mahupun pendapatan. Tidak ada satu pun terkecuali dari menerima impak penangan Covid-19 ini.

MyWau mempunyai cabaran yang tersendiri. Banyak barangan yang diimport dari China sangkut di pelabuhan serta diperam begitu lama di gudang Malaysia. Akibat lambakan kontena, limitasi kakitangan Kastam Malaysia, dan kekurangan lori penghantar, maka ianya mengecewakan puluhan pengguna yang tidak bernasib baik.

Barangan ini sebenarnya telah tersadai sejak 25 Mac 2020 lagi, sehinggakan ada pengguna MyWau yang melahirkan kekecewaan akibat kemelut bencana ini sekaligus memaksa mereka terpaksa memulangkan semula wang belian pelanggan mereka. MyWau adalah identiti yang sentiasa mendokong usahawan di Malaysia. Kami tahu, ianya tidak akan selesai kalau semua tidak mengambil serius.

Dalam kekalutan, Pengarah Urusan MyWau bertekad untuk membuat penghantaran secara ‘personal’ dan memohon maaf di atas kelewatan penghantaran barangan-barangan mereka. Pasukan shipment MyWau, dan pasukan Khidmat Pelanggan MyWau juga berganding bahu menjejak senarai tracking lama yang tidak dikemaskini bagi mendapatkan butiran penghantaran.

Maka, di dalam sejarah menyaksikan, tanggal 8 Mei 2020, Tuan Mohd Faiz dan Tuan Khairul dari jabatan shipment telah bergegas ke YG Logistic untuk mendapatkan barangan yang masih belum dihantar. Ada juga yang telah dihantar menggunakan Citylink, dan ada juga yang telah dihantar secara personal.

Semalam, 9 Mei 2020, Mohd Faiz dan Khairul telah pun berada di Kedah. Digambarkan perjalanan mereka akan meliputi negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum mereka pulang dan mendapatkan barangan lain lagi untuk zon negeri yang berbeza.

Secara jujurnya, tidak ada sesiapa yang mahukan dan sukakan sebarang penangguhan. Namun, di MyWau ianya adalah situasi yang sangat tidak boleh diterima dan kami sendiri menanggung kos penghantaran bagi menyelematkan terus pengguna MyWau yang ketandusan produk jualan mereka.

Allah sayang semua, bak kata Ustaz Ebit Lew. Maka MyWau juga sayang semua ahli keluarga MyWau. Beli sikit atau banyak, ahli lama atau baru, marilah kita sama-sama belajar dari peristiwa ini.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout