Cara Mendaftar Akaun MyWau

Berikut adalah cara untuk mendaftar akaun MyWau.

STEP #1: BUKA LAMAN WEB MYWAU atau MUAT TURUN APPS MYWAU DI PLAYSTORE / APPSTORE

LAMAN WEB MYWAU
GOOGLE PLAYSTORE

STEP #2: TEKAN LOGIN

STEP #3: TEKAN REGISTER

STEP #4: ISI BUTIRAN YANG LENGKAP

Sila masukkan nama individu atau nama syarikat mengikut keperluan anda dengan tepat. No. telefon pula mestilah yang aktif agar MyWau berupaya untuk menghantar SMS ketibaan parcel di warehouse dan pengeluaran kos shipment di kemudian hari. 

Di bahagian Kupon, anda TIDAK PERLU mengisi apa-apa. Tinggalkan KOSONG sahaja. Untuk meneruskan pendaftaran, anda hanya perlu TICK / TANDA pada pengakuan / persetujuan untuk TERMA & SYARAT MyWau. Barulah butang SUBMIT akan muncul.

STEP #5: BUAT PEMBAYARAN

Pilihan yang disediakan ada DUA. Online Banking biasa atau Kad Kredit / Debit. 

Bagi penggunaan FPX Online Banking, anda pilih sahaja bank yang menjadi pemegang akaun anda. 

Anda tekan Proceed di bahagian bawah. 

Kemudian LOGIN akaun bank anda. Request TAC. Seterusnya tekan CONTINUE TRANSACTION. Sesudah itu, tekan RETURN TO FPX. 

Bagi penggunaan KAD KRDEIT/DEBIT, anda perlu mengisi no. Kad VISA anda dengan betul. Ikut saja semua langkah yang diminta oleh sistem, sehinggalah anda berjumpa dengan page SUCCESS pendaftaran MYWAU.

STEP #6: ANDA AKAN BERJUMPA DENGAN PAGE SUCCESS MYWAU dan  PASSWORD SEMENTARA akan diberikan di sini.

Selamat mendaftar Akaun MYWAU buat semua ahli baru MyWau. Dapatkan pengalaman membuat pembayaran ALIPAY, WECHATPAY, PINDUODUO serta menguruskan SHIPPING pertama anda dari China ke Malaysia. Oh ya, baca juga FAQ kami di bawah ini. 

FAQ PENDAFTARAN MYWAU

Semasa membuat pendaftaran, anda tidak menekan butang CONTINUE TRANSACTION dan RETURN TO FPX. Solusinya, anda hubungi saja Customer Service MYWAU di messenger page facebook MYWAU atau menerusi icon bawah kanan. 

Kebiasaannya kes ini terjadi disebabkan anda tidak menekan butang Continue Transaction dan Return to FPX. Namun begitu, anda boleh meminta customer service MyWau untuk mengaktifkan secara manual dengan memberikan salinan resit pembayaran yang boleh didapati dari email anda. Hubungi customer service menerusi icon di bawah kanan.

Ini menjadi masalah kerana sewaktu pendaftaran, sistem gagal berfungsi dengan baik sekaligus membuatkan data tertindan dengan data ahli yang lain. Kebarangkalian ini terjadi sangat tipis. Namun, sekiranya anda mempunyai masalah ini, sila laporkan segera kepada Customer Service MyWau.

Untuk membaca berkenaan senarai harga Shipment, anda hanya perlu ke menu Support > Price List. 

Untuk mengetahui tentang Rate / Nilai tukaran wang, anda hanya perlu ke menu Rate. 

Alipay: Pergi ke Menu Service > Alipay. Baca tutorial di SINI

Wechatpay: Pergi ke Menu Service > Wechatpay

Pinduoduo Pay: Pergi ke Menu Service > Pinduoduo Pay

Betul, ada. Sila ke menu Support > How to Use > List of Wechat Seller > Download Now.

 

Mudah saja. Anda hanya perlu menekan butang forgot password.

Kemudian masukkan Email anda yang sah dan telah didaftarkan untuk akaun tersebut. Email yang berbeza tidak akan dibenarkan. Tekan butang SEND.

Anda akan dibawa ke page SUCCESS RESET password. Password sementara iaitu 12345 akan diberikan. 

Ya, kami tidak menghantar password sementara ke email dan SMS anda. Anda hanya perlu daftar dan menekan semua butang seperti yang dianjurkan di dalam tutorial di atas. Sekiranya anda sudah menekan semua butang, tapi page success tu tidak tertera juga, sila login terus dengan password sementara kami, iaitu 12345.

“You Get What You Pay” – Faiz

You Get What You Pay.

Ini adalah apa yang aku dapat sepanjang aku bergelumang dalam dunia Borong China ini. Kita putar masa. Balik ke zaman 3-5 tahun dulu. 

Setiap kali aku berbicara mengenai industri ini, pasti akan ada yang menempelak. Betul ke bro, barang China ni berkualiti? Aku tengok banyak yang barai ada lah!

Betul. Aku tak nafikan. Pada waktu itu, banyak kes jugak yang terjadi. Bahkan kalau diselak semula jendela hidup aku, memang pernah aku ‘terkena’ dengan barang dari China ni. Tersungkur dibuatnya!

Dulu-dulu. Kawan-kawan kenal aku sebagai Faiz Borong China. Yelah, apa yang aku tulis di facebook, apa yang aku buat, semuanya berkenaan borong barang dari China. 

Siapa yang kenal dengan Paih, pasti tau aku pernah jual Cadar Patchworks, Powerbank dan juga Pen Drive. Waktu mula-mula nak merasa aura jutawan muda. Study pun dah di hujung waktu dah. Grad je terus sambung projek ni. Ada la staf sorang. Rumah dah macam gudang. Tinggal bilik aku dan bilik isteri ja. Kawin muda la katakan. 

Nak dijadikan cerita, waktu aku pernah memborong Pen Drive dulu-dulu, adalah aku pernah menekan harga dengan sorang supplier aku ni. Aku pergi ke China direct taw. Zaman tu mana ada lagi dunia Taobao dan 1688 ni semua. Kalau nak barang, pergi sana. Jumpa face to face. Pandai-pandai la nak wat bisnes kan?

Aku tekan betul-betul kali tu. Waktu tu buat duit kencang jugak dengan pen drive ni. Benda kecik. Budak-budak universiti la paling ramai yang beli. Penting kot nak simpan data assignment, movie dan lagu. Memang berebutlah. 

Supplier aku memang dia kata semua ada. Sampai rapat aku tekan harga. Dia kata okey. Boleh. Aku pun memborong. Habis ribuan ringgit jugak taw. Terbayang dalam kepala, berapa untung aku dapat. Leh makan puluhan ribu jugak outcome aku kali ini. Yelah, cuba bayangkan kalau dapat kos produk jatuh RM1-RM2, pastu kau jual semula dengan harga RM60 – RM80 satu. Waktu tu, yang bersaiz 256MB pun dikira paling besar dah.. Hahaha. 

Berlambaklah kawan-kawan seuniversiti yang nak menempahnya. Siap ada kawan-kawan universiti lain pun sama masuk menempah juga. Maka dipendekkan cerita, barang pun sampai. Akulah yang paling happy. Seronok mengira untung. Tolak kat ejen pun masih lagi buat untung banyak. Seronok tak terhingga!

Tiba-tiba aku dapat panggilan. Satu persatu. Semuanya dari ejen. Mereka kata pen drive tu tak asli. Ciplak. Kat luar tulis saiz besar. Bila dipakai, masuk satu fail terus full. Takleh masuk apa-apa dah. Aku dah resah. Ah sudah. Mungkin satu dua je lah yang defect. Leh la aku refund semula. 

Aku silap. Lepas satu-satu ejen yang pulangkan semula. Ada yang marah-marah. Aku terduduk. Masa tu, perasaan tu takleh dibayangkan lah. Baru ja nak naik. Nak seronok-seronok meniaga. Apakan daya. Kalau kita rasa panas tu berpanjangan, akhirnya hujan di tengah hari. Habis spoil mood. Aku usahakan juga untuk refund semua duit. 

Apa lagi aku pun balun jugak lah dekat supplier. Aku marah dia sebab jual fake item kat aku. Dalam marah-marah tu aku tersedar. 

Yang silap ni bukan supplier. Tapi aku. Aku yang mendesak. Aku yang minta semua ni berlaku. Aku beli yang murah, aku dapat yang low quality. Aku yang tempah maut. Aku kena hadap lah!

Selepas kejadian itu. Aku tak pernah lagi main harga dengan supplier. Yang original je aku cari. Walaupun harga sedikit mahal, tapi aku puas. Pelanggan pun suka. 

Ya, di sinilah aku sedar. You will get for what you pay. Kau beli yang cokia, ko akan dapat yang cokia juga. Kena faham aturan dia. 

Harap korang dapat sesuatu dari pengalaman aku yang tak seberapa ni. Berbalik kepada barang China semua low ke? Dulu, mungkin ada dalam 30 -40%. Kini nak jumpa yang tak kualiti tu hanya dalam 10% jaa. 

Korang kena bayar dengan apa yang korang bakal dapat. Nak emas, harga pun emas lah kan. Tapi still boleh buat duit apa. Ubah pandangan customer dari hanya tengok pada harga, beralihlah kepada tengok kualitinya. Baru senang hati nak meniaga. Kan?

Faiz Borong China
Lelaki Pernah Tertiarap

Coming Soon: MyWAU FLIX Bakal Menjadi Rakan Borong China Online Anda!

Salam sejahtera semua rakan-rakan MyWau! Penulis hari ini berasa sungguh gembira. Kerana apa? Kerana tidak lama lagi, MyWau akan memperkenalkan produk baru kami, iaitu MyWau FLIX.

Di dalam MyWau Flix ini kami akan kumpulkan kesemua video-video tutorial, tips (belum ada) dan Video Info berkenaan Borong China sahaja. Manakala, cabang-cabang perniagaan lain juga bakal dimuat naik sekaligus menjadi sebuah aplikasi bisnes paling unggul!

Namun begitu, bagi pengguna MyWau, anda akan mendapat FREE ACCESS untuk melanggan MyWau FLIX ini. Untuk langganan yang lebih premium, anda hanya perlu subsribe dengan harga yang sangat murah.

Kami akan mengumumkan kedatangannya pada Februari ini selangkah dengan pelancaran Affiliate MyWau Fighters! Nantikannya ya.

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout