Sanggup Berhenti Kerja Kerajaan gara-gara Shopee!

Berhenti Kerja

Gara-gara menjual di Shopee, seorang bekas kakitangan sektor kerajaan sanggup berhenti kerja kerana angka jualan telah mencecah 5 angka sebulan.

Rekod jualan di Shopee

Kejayaan ini dikongsi oleh Puan Norshahida Binti Hassan yang merupakan alumni pelajar kelas Shopee Mywau pada Oktober 2020.

Gambar kenangan bersama Coach Iskandar di HQ MYWAU selepas tamat 4 hari kelas.

Detik Permulaan

Beliau telah berkhidmat lebih 11 tahun di sebuah institusi Kerajaan dan memulakan perniagaan secara kecil-kecil dengan mengambil upah sebagai “Personal Shopper” kain lace sejak tahun 2016 lagi.

Setiap perniagaan yang diceburi harus bermula dari minat dan semangat. Begitulah kejayaan terhasil dari seorang anak jati Negeri Perak yang berusia 33 tahun ini.

Tekad dan usaha gigih beliau dalam menguruskan masa kerja dan perniagaan tidak hanya sebagai Personal Shopper, beliau telah mempunyai pelanggan tetap dan permintaan yang sangat memberangsangkan.

Cabaran

Beliau telah beralih kepada perniagaan dalam talian seperti di laman sosial Instagran dan Facebook. Sambutan yang diterima diluar jangka, dan beliau cuba mencari alternatif yang memudahkan urusan perniagaan beliau dengan mula menjual di platform E-dagang Shopee pada awal tahun 2020 dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Cabaran tersebut telah menyebabkan Puan Shahida untuk lebih memfokuskan perniagaannya di atas talian yang menjadi trend masakini.

Cari Guru

Dengan sifat ingin terus berjaya dan seorang yang tekun belajar seperti yang diamati oleh penulis sepanjang 4 hari kelas bimbingan Shopee di MYWAU, Puan Shahida mula mencari kelas-kelas bimbingan Shopee yang terbaik dan beliau mendapat saranan dari kenalannya untuk menyertai kelas Personal Coaching Shopee di MYWAU pada Oktober 2020. Pada waktu ini beliau mempunyai jumlah jualan di Shopee sebanyak 3 angka sahaja.

Kelebihan Kelas MYWAU

Kelas yang dihadiri secara Personal Coaching ini telah berlangsung selama 4 hari, iaitu 2 hari kelas Shopee Basic to Advanced, dan 2 hari bagi kelas Shopee SuperAdvanced. Peserta juga disediakan dengan Group Khas WhatsApp untuk bimbingan dan perbincangan selepas kelas yang dipantau sendiri oleh coach-coach berpengalaman di MYWAU.

Lacemewah Melakar Kejayaan

Pencapaian terbesar Puan Shahida adalah beliau telah berjaya menubuhkan sebuah Syarikat sendiri iaitu Lacemewah Tekstil selepas menamatkan sepenuhnya perkhidmatannya sebagai kakitangan kerajaan selama 11 tahun dan membuka sebuah Butik Lacemewah yang sangat cantik di Sg Besi, Selangor dan memiliki beberapa orang kakitangan untuk menguruskan perniagaannya secara dalam talian dan fisikal.

Gambar Puan Shahida Pemilik Lacemewah Tekstile di Butiknya.

Bermula sebagai Personal Shopper, kini beliau berjaya memiliki perusahaan sendiri dan pekerja yang produktif sepenuh masa.

Harapan

Beliau berharap semoga masa depan untuk memiliki sistem agent bagi membantu dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat yang ingin menambah punca pendapatan dan yang paling terkesan dengan pandemik kini.

VENDOR MYWAU

PENDAFTARAN : 2 September 2020, Julung-julung kalinya MYWAU telah melancarkan Program VENDOR MYWAU yang telah dirasmikan sendiri oleh Founder MYWAU iaitu Tuan Mohd Faiz secara FB LIVE pada jam 9 malam.

Program tersebut bertujuan bagi membantu pemilik dan usahawan-usahawan MYWAU yang mana pernah menghadiri kelas-kelas seperti Kelas Borong China , Shopee, Digital Marketing, FB Ads, IG Ads dan pelbagai lagi untuk meluaskan lagi pasaran produk dan menambah saluran pemasaran dan jualan mereka.

Video rakaman secara LIVE boleh ditonton semula di posting sebelum nin untuk melihat situasi pelancaran dan maklumat penuh tentang program ini.

Pihak pengurusan Shopee MYWAU yang dikendalikan sendiri oleh En Iskandar telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah penyertaan untuk program ini.

Sehubungan dengan itu, pemohon harus mengikut terma dan syarat yant telah ditetapkan mengikut akta jualan dan undang-undang semasa negara.

Pihak MYWAU tidak mengambil sebaran komisyen mahupun keuntungan dari hasil jualan produk tersebut, tetapi mengenakan kadar sewaan serendah RM70 sebulan untuk 1 ruangan.

Barangan vendor tersebut , pihak MYWAU akan memasukkan kedalam Website Dropship MYWAU untuk memudahkan Dropshipper MYWAU memasukkan produk tersebut ke dalam akaun shopee masing-masing untuk jualan.

Sehingga tarikh hari ini, MYWAU telah mempunyai lebih 1,000 Dropship berdaftar yang mana mereka sedang menjual barangan dropship MYWAU yang sedia ada. Mereka tergolong dari pelabagi lapisan kerjaya ,bangsa dan Negeri.

Bagi anda seorang usahawan, ushawanita yang mempunyai produk tersedia (Ready Stok) , dan masih belum mendaftar sebagai Vendor MYWAU, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran segera, kerana slot adalah terhad.

Namun, jika anda belum berpeluang, jangan risau kerana permohonan ini dibuka sepanjang masa.

Untuk permohonan, sila layari link ini untuk pendaftaran https://portal.mywau.com/dev/ShopeeVendor/index.php . Anda juga boleh melihat barangan yang terdapat dalam Dropship MYWAU di lini ini https://dropship.mywau.com/ . Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusyiklan, boleh terus hubungi pegawai bertugas wa.me/60105322537 ATAU jika ada sebarang penambahbaikkan dan cadangan, boleh terus email kami ke vendor@mywau.com .

Semoga MYWAU terus berjaya dan membantu rakyat Malaysia untuk terus maju dan berdaya saing.

#MYWAUKITAPUNYA

#TOGETHERWEPROGRESS

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout