Anda Mahir Tak Mengira Kos Shipping?

NOTA: SILA RUJUK JADUAL HARGA TERKINI MYWAU DI MYWAU > SUPPORT > PRICE LIST dan sesuaikan dengan contoh kiraan di bawah. 

Melalui status facebook yang dimiliki oleh tuan Razali, Pengurus Besar MyWau, beliau telah kongsikan bagaimana sesebuah kos shipping itu diperolehi dan ditentukan oleh gudang MyWau yang berada di China.

Ini adalah cara kiraan shipping MyWau. Klik pada gambar dan akan ada explaination di bahagian description nya.

Ingat…

Posted by Jali Pok Yah on Wednesday, 18 November 2020

 
“Ini adalah cara kiraan shipping MyWau. Klik pada gambar dan akan ada explaination di bahagian description nya.
 
Ingat ya, untuk By Air MyWau, durasi masa untuk sampai ke rumah kita (dikira dari tarikh keluar dari gudang) mengambil masa dari 7 -14 hari. Ini pakai kapal terbang ya.
 
Lamanya! Bukan ke naik kapal terbang tu sehari ja sampai. 3 jam lebih saja kan? Hahahaha. Betul tu. Memang dalam beberapa jam saja. Tapi anda tahu tak, barang tuan puan tu kena tempuh apa dalam perjalanannya? Dia bukan simply naik kapal terbang terus.
 
Dia akan tempuh kastam China dulu. Tunggu masuk kargo pula. Kemudian jumpa kastam Malaysia pula. Susun dalam kargo di KLIA pula. Kemudian, menunggu untuk dideclare kastam oleh ejen di Malaysia. Then, barulah local courier pickup dan dibawa masuk ke gudang mereka sebelum diposkan ke rumah kita.
 
By Sea Guangzhou pula, naik kapal laut, akan mengambil masa dalam 3 – 4 minggu. Bila sebut ‘dalam’ ni bermakna, dia boleh sampai dalam tempoh tersebut. Paling cepat, sampai dalam 2 minggu ja. 14 hari. Ada yang sampai normal, iaitu pada minggu ketiga atau keempat. Dikira dari tempoh keluar dari gudang taw. Bukan dari tempoh anda membeli. Huhu.
 
Manakala yang terakhir, bagi barang-barang yang keluar dari gudang By Sea Yiwu, memang dia akan lambat sampai berbanding dari gudang di Guangzhou. Apa yang perlu anda tahu adalah, jarak Yiwu dan Guangzhou memang jauh. Naik kapal terbang saja, habis masa dekat 3 jam. Macam naik flight nak ke Sabah pula, kan? So, tempoh normal barang dari Yiwu nak sampai Malaysia adalah dalam masa 4-5 minggu.
 
Jadi, kalau anda menjual barang pelanggan tu, jangan gatal-gatal janjikan bulan bintang kepada mereka seperti beritahu bahawa barangan akan sampai lebih awal dari tempoh normal di atas. Bagitaw ja terus sebulan nak sampai. Paling teruk pun, bagitahu customer terus, boleh lajak ke 5 minggu sebab kes PKPB dan juga senarai pendek kontena yang menuju ke pengairan Asia Tenggara.
 
Apa-apa pun, anda jangan risau. Penghantaran serta kontena tak semuanya sangkut atau tertangguh. Ada yang berjaya dimasukkan ke kontena yang bergerak seperti biasa. Cuma doakan agar takde kenaikan harga semula pada shipping by Sea. Oleh kerana demand over supply, kebarangkalian kenaikan harga akan berlaku. Doakan je yang terbaik, okey?
 
Oh ya, jangan lupa. Study la chart / jadual kira shipping yang aku kongsikan di sini.”
 
Di dalam posting beliau, tuan Razali telah kongsikan jadual pengiraan shipping yang lebih mudah untuk difahami. Anda boleh semak di bawah ini, siap dengan penerangan untuk setiap gambar.
 

Kiraan By Air.

By Air hanya mengira dalam dua bentuk saja. KG sebenar atau Volumetrik KG. Seperti di jadual ini, kolum CBM dimerahkan tanda ianya tidak aktif dalam pengiraan.

Jadi, di sini, MyWau hanya amik kiraan KG dan dibandingkan dengan Volumetrik. Dalam kes ini, ada 1 carton yang beratnya 30 kg dan saiz packagingnya berukuran 56 cm x 59 cm x 76 cm. Selepas dihitung, volumetriknya mencecah 42 volumetrik kg.

Di sinilah, warehouse akan melihat, yang mana lagi BERAT. Dan sudah tentu, Volumetrik memberikan nilai berat yang lebih tinggi.

 

Dengan melihat jadual senarai harga di MyWau Apps, atau menggunakan fungsi kalkulator shipping yang telah disediakan, maka warehouse memilih harga volumetrik kg iaitu RM714 sebagai kos shipping untuk anda.

Kesimpulannya, barang ini besar. Maka lebih elok ianya diship dengan menggunakan kapal laut untuk dapatkan penjimatan harga shipping.

 

Kiraan By SEA

Di dalam kiraan ini, ianya melibatkan 3 kategori. Pertama KG, kedua Volumetrik dan ketiga adalah CBM. Soalnya, nak hitung bagaimana dan yang mana dahulu?

Pertamanya, kita akan menghitung dulu, adakah carton (kotak) ini dikira sebagai KG atau Volumetrik. Seperti di dalam gambar tertera berat sebenar barang adalah 89 kg, manakala saiz packagingnya pula adalah 103 cm x 97 cm x 99.3 cm yang mana akhirnya membawa kepada 166 volumetrik kg.

Di peringkat ini, anda wajib tahu ya, yang lebih berat akan sentiasa dipilih. Maka, apabila berat 89 KG dibandingkan dengan volumetrik kg iaitu sejumlah 166 Volumetrik KG, maka volumetrik KG dipilih untuk dibandingkan dengan CBM di peringkat seterusnya. Kalau anda perasan, saya telah warnakan kolum KG dengan warna merah sebagai tanda ianya telah tidak aktif semasa menghitung perbezaan harga antara volumetrik kg dan CBM.

Di dalam peringkat perbandingan antara yang terberat (antara KG dan volumetrik) dengan CBM – dalam konteks gambar ianya memilih volumetrik kg, maka warehouse akan cuba mencari yang mana menawarkan harga shipping yang lebih murah.

Anda akan dapati di peringkat ini, 166 Volumetrik KG menawarkan harga sehingga RM1,328 manakala CBM selepas dihitung seperti di dalam gambar, ianya membawa ke harga cuma RM390 sahaja. Sudah tentu, apabila nilai keduanya berjaya ditemui, maka warehouse tidak sangsi lagi untuk memilih RM390 sebagai kos shipping yang sebenar.

Ingat, kiraan di atas, anda boleh menggunakan sistem kalkulator shipping yang terletak di menu Support > Price List di MyWau Apps anda.

Ramai yang bertanya, apa terjadi sekiranya kami memborong dalam kuantiti yang banyak, dan ada lebih dari satu carton terlibat? Lepas tu, ada carton yang sama saiz, dan ada yang tak sama saiz? Macam mana tu?

Anda lihat contoh di dalam gambar ini. Sama seperti kiraan sebelumnya, warehouse akan tentukan dulu, jumlah berat sebenar semua carton yang terlibat, dan jumlah volumetrik KG yang ada pada setiap carton tersebut. Cari yang mana paling berat dahulu.

Uniknya di gambar ini, ianya memilih KG pula sebagai jumlah terberat antara KG dan Volumetrik KG. Nah, maka secara automatik kolum Volumetrik ditanda merah. Ini kerana perhitungan volumetrik sudah berakhir. Manakala jumlah berat KG sebenar pula akan dibawa ke pengiraan seterusnya.

Di peringkat berikutnya, warehouse akan mengira dulu harga shipment bagi yang terberat dalam kes ini, iaitu 230 KG. Warehouse mendapati harganya adalah RM1,840.

Kemudian, warehouse akan mengira jumlah CBM bagi setiap carton sebelum dihitung harganya. Selepas penghitungan dibuat, CBM nya berjumlah 1.5 cbm dan harganya pula jatuh RM585 sahaja.

Di sini, seperti yang diajar dalam gambar sebelumnya, warehouse akan sentiasa memilih yang mana lagi murah. Dan anda kini akan dicharge sebanyak RM585 berbanding RM1,840.

Ingat, dalam konteks ini, apabila kiraan KG atau Volumetrik Kg anda melebihi 16 kg/volumetrik kg, secara dasarnya anda akan dicharge terus kepada CBM. Kerana hanya kiraan kg/volumetrik kg bawah 16 kg sahaja yang dikira sebagai harga dalam kg/volumetrik. Itu ja formatnya.

Okey, kalau anda tak faham, boleh komen dan inshaAllah penulis akan bantu jawab. Terima kasih kerana membaca!