Apa itu Thermal-Printer ?

Apa itu Thermal-Printer ?

Pencetakan termal (Thermal-Printer) adalah proses pencetakan digital yang menghasilkan gambar yang dicetak dengan memanaskan kertas termal secara selektif. Pencetakan termal tidak menggunakan dakwat atau toner tetapi banyak bergantung pada kertas termal untuk menghasilkan gambar.

Apa yang diperlukan?

Nota : Sila tekan gambar ini untuk melihat penjual mesin pencetak ini di Shopee.

Kelebihan menggunakan Thermal Printing ini.

  1. Cetakan yang pantas
  2. Cetak diatas pelekat/kertas thermal untuk mudah digunakan.
  3. Hanya 1 salinan AWB diperlukan untuk proses order.
  4. Kos selenggara yang rendah (Tidak perlu dakwat berasingan atau toner)
  5. AWB yang dicetak menggunakan mesin pencetak ini lebih tahan lama.

Bagaimana wajah baru Thermal-Printing ?

  • Saiz berukuran A6 (10cm x 15cm)
  • Kertas Pelekat

Dibawah merupakan wajab baharu AWB dari pelbagai rakan logistik:

Berkuatkuasa pada 28 Mei 2020, Shopee akan mula menyeragamkan jalan udara untuk semua saluran Logistik yang Disokong Shopee mengikut reka bentuk di bawah. Sila rujuk artikel “Standardisasi Air Waybill Shopee” untuk maklumat lebih lanjut.

  1. Anda hanya perlu mencetak SATU salinan AWB ini untuk dilampirkan bersama bungkusan jika anda menggunakan Pos Laju, DHL, J&T atau Ninja Van untuk menghantar bungkusan anda.
  2. Anda tidak perlu menyimpan salinan untuk penjual atau syarikat kurier.

Petua dan Cara

  • Jangan gunakan kertas berkilat kerana ia akan menghasilkan silau
  • Pastikan kod bar jelas di mana garisan tidak saling melekat.
  • Pastikan kertas berkualiti baik digunakan kerana kertas berkualiti rendah akan menyebabkan kesukaran untuk mengimbas bungkusan.

Untuk mengetahui cara tetapan secara penuh dan maklumat penuh atau ingin sertai kelas secara dalam talian, sila hubungi SAYA sekarang!