CSR Projek Rasmi Pertama MyWau bersama Dreamz

Tak disangka, Dreamz Enterprise telah berminat untuk bersama MyWau bagi membantu para belia Kelainan Upaya (OKU) untuk berbisnes gaya dropship di Shopee!

Baru-baru ini, guru Shopee MyWau telah dihubungi oleh seorang ahli yang juga merupakan dropshipper MyWau. Beliau, yang bernama Rasel dari Bangladesh ini telah mengikuti kelas Shopee MyWau di Shah Alam pada awal tahun lepas. PKP pun belum diumumkan lagi pada waktu ini. 

Walau pun tidak mahir berbahasa Melayu, dia tetap mengikuti kursus anjuran MyWau dengan jayanya. Beliau juga merupakan seorang trainer untuk Dreamz Enterprise. 

Dreamz Enterprise ini merupakan sebuah syarikat yang berfungsi sebagai sebuah NGO dalam memberikan peluang bisnes kepada mereka yang memerlukan. 

Seperti yang diungkapkan di website rasmi mereka, Dreamz Enterprise memfokuskan kepada golongan belia OKU, yang mana berkemahiran baik untuk mengendalikan komputer. Jadi, sistem Dropship MyWau dipilih sebagai salah sebuah projek bersama sekaligus membantu belia-belia ini dapat menjana kewangan mereka tersendiri menerusi platform Shopee. 

Menarik, bukan? Guru Shopee MyWau turut berpendapat, dengan terhasilnya usahasama ini, MyWau akhirnya mempunyai projek CSR rasmi yang pertama selepas ditubuhkan. 

“Sebenarnya banyak lagi projek-projek tak rasmi yang lainnya, seperti sumbangan sanitizer, facemask dan macam-macam lagi sebelum ini. Tapi, sumbangan dalam bentuk pendidikan atau sistem, inilah yang pertama kali.” Jelas pengurus Jabatan Shopee MyWau, Encik Iskandar Mustapa. 

Jejaka yang telah memenangi Anugerah Role Model 2020 atau dikenali sebagai The Holy Heart Award ini turut berkata, bahawa MyWau tidak hanya menyumbang dengan memberikan langganan sistem Dropship ini secara percuma, MyWau juga turut menetapkan sejumlah wang sebagai dana CSR bagi tujuan penyediaan hadiah untuk pertandingan jualan antara sesama belia OKU dari Dreamz Enterprise ini. 

“Pelbagai perancangan yang telah saya lakukan. Apa yang penting, kami mulakan terlebih dahulu. Tak mula, kita takkan tahu.” Cerita Iskandar lagi kepada penulis. 

Semoga program ini yang diusahakan oleh Rasel dan Jackie sentiasa dipermudahkan, dan pihak MyWau juga sentiasa membuka pintu kerjasama untuk apa jua kebaikan kepada umat sejagat. 

Semoga berjaya MyWau & Dreamz Enterprise!