Kita Jaga Sama-sama, Okey? – Mohd Faiz

Seketika tadi, Pengarah Urusan MyWau iaitu En. Mohd Faiz telah memuat naik satu status penghargaan buat semua ahli yang sentiasa bertungkus lumus menambah nilai dalam diri mereka di facebook peribadinya. Dek kerana faktor itu lah yang memberikan semangat luar biasa kepada MyWau untuk buat apa sahaja demi ahli MyWau.

Menurut status itu, En. Faiz menerangkan betapa mencabarnya usaha-usaha yang dilakukan oleh pasukan MyWau apabila menyedari betapa banyaknya shipment yang masih sangkut. Malah, ianya diperam di dalam kontena dalam masa yang agak lama.

En. Faiz juga memaklumkan, trip yang dibuat bukan di dalam kawasan Kuala Lumpur semata-mata. Ada trip yang sampai ke utara Malaysia, Kuantan, Sepang, dan juga Negeri Sembilan. Ianya bukan satu jarak yang dekat. Belum diukur lagi dengan usaha mengangkut semua barangan yang besar dan berat ke lori sebelum diangkut keluar semula.

Jelas En. Faiz lagi, jumlah pengguna MyWau kini telah meningkat kepada 7,000 pengguna yang aktif.

“Inilah sebab mengapa saya mahu terus membantu ahli-ahli yang setia. Semangat ini hadir bukan datangnya dari berapa jumlah shipment mereka dengan MyWau. Tapi lebih kepada, how far they can go! Kejayaan mereka menjual di Facebook, di marketplace, di Shopee, dan kemudiannya membantu meningkatkan ekonomi keluarga mereka, itu lah erti kejayaan yang sebenar buat saya.”

“Mereka ni beli dari 1688, Alibaba dan Wechat. Jual pula di Facebook dan Shopee. Malah ada juga yang menjalankan bisnes Pool Order dan buat borong.”

En. Faiz juga sempat bercerita mengenai seorang ahli yang telah menghubungi beliau.

‘Salam, en. Faiz. Saya xxxx . Kawan UIA dulu. Saja nak kongsi dan ucap terima kasih pada MyWau. Saya baru lepas pantang, tak ada kerja, jadi belajar ilmu borong China dari MyWau. Baru 30 hari buat sebab baru lepas pantang. Sepanjang PKP ni, dapat juga 4 angka income bersih hasil dari MyWau’

 

Ada juga kejayaan para ahli ini dengan dapat membeli kereta idaman mereka. Bukan kaleng-kaleng tau. Vellfire, Alphard, Estima, Ford Ranger dan macam-macam lagi. Yang paling best adalah apabila mereka share mereka dapat bantu suami dan dapat tunaikan impian umrah mereka.

“Sebagai guru, sayalah yang paling gembira dan sangat berbangga dengan pencapaian mereka.”

 

Tidak habis di situ. En. Faiz terus menerus menukilkan kejayaan para ahli iaitu ada yang menjual sekadar di Shopee tapi beroleh keuntungan sehingga RM20,000 ke RM30,000 sebulan. Yang jual gam viral serta barang dapur boleh generate pendapatan sehingga RM40,000 sebulan.

Lafaz tahniah terus diungkapkan oleh En. Faiz sebagai rangkap akhir status beliau.

“Jangan lupa akan zakat perniagaan, sedekah dan terus berikan kebaikan. Lihat kiri kanan jiran, saudara. Hulurkan yang baik-baik.”

Bak kata En. Faiz juga, siapa pun ahli MyWau, mereka adalah juara. Power dan mantul.

Sebagai penutup, Tuan Faiz menyebut:

“Mywau ini kita punya”.

Slogan bukan sekadar slogan. Ianya simbolik kekitaan yang wujud dalam keluarga besar MyWau.

“Kita akan jaga sama-sama okey?”

 

BARANGAN SPECIAL LINE DIHANTAR DARI HONG KONG?

Pagi tadi, Tuan Faiz selaku Pengarah Urusan MyWau begitu gembira. Rupa-rupanya ada good news untuk pengguna special line. Kami tahu, ramai yang kecewa kerana tidak dapat barang seperti yang dijanjikan. Ini kerana, terdapat situasi di mana pihak MyWau sendiri tidak dapat jangka dan kawal. 

 

Baca juga artikel: https://mywau.com/barangan-melimpah-kapal-terbang-tak-cukup/

 

Berikutan dengan itulah, saban hari Tuan Faiz mencuba untuk mendapatkan penyelesaian. Tidak putus asa kan, trademark MyWau. Ye dak? 

 

Baiklah. Seperti mana yang telah dikongsikan melalui gambar di atas. Tuan Faiz telah memaklumkan bahawa, barang yang telah ditempah dari 22-29 Mac, akan diuruskan menggunakan sebuah penerbangan yang disewa khas. 

 

Pengurusan logistik MyWau di Guangzhou telah berjaya mendapatkan satu penerbangan di mana ianya akan dihantar menerusi lapangan terbang di Hong Kong. Dengan itu, semua barangan MyWau bakal dipindahkan ke Hong Kong dalam masa terdekat ini dan telah diterbangkan sejak 2 April lagi.

 

En. Faiz sedar dan prihatin dengan kesusahan hati semua pengguna MyWau. Maka beliau telah keluarkan satu statement untuk semua. Anda boleh membaca seperti di bawah: 

 

Saya memahami dan mengerti kesulitan yang dialami pihak tuan puan. Pun begitu, harus juga kita sedar, seluruh pergerakan shipping, baik udara baik laut,semua mengalami trafik yang terlalu tinggi.

Tika ini, di China dan Malaysia, isu yang berlaku adalah :

1. Kekurangan flight cargo dari China – Malaysia

2. Kekurangan tenaga kerja

3. Lambakan order yang terlalu besar.

Buat yang bertanya dan masih tertunggu “barang tak gerak gerak” (FACE MASK SPECIAL LINE),ini solusi yang kami buat dan decide.

Bagi yang order dari 22-29 hb, kesemua order Face Mask dari Mywau akan diterbangkan dengan pesawat khas yang di charted dari Malaysia.

Untuk makluman anda, ia akan diterbangkan dari HK-Malaysia.Barang dari China , dihantar ke HK dan diterbangkan dari HK.

2hb diterbangkan.

Sekitar 6-8hb april, anda akan mula manerima barang (4&5 off day kastam malaysia Sabtu dan Ahad).

Bagi yang shipping by air, bukan special line, ianya akan diterbangkan seperti biasa (China – Malaysia) cuma tempohnya lebih lama dek kerana perlu menunggu Q sebelum ada kekosongan dan slot untuk diterbangkan.

 

Mohd Faiz Zakaria
Pengarah Urusan MIND TRADE SDN BHD 

BARANGAN MELIMPAH, KAPAL TERBANG TAK CUKUP

Saban tahun kita berjumpa dengan ‘peak season’. Kalau tidak pada hari sebelum raya menjelang, mesti di hujung tahun. Waktu itu, semua orang yang shipping barangan dari China akan berdepan satu masalah yang sama. DELAY!


Hari ini boleh dikatakan satu dunia berdepan dengan satu wabak pandemik. Menggerunkan. Ratusan ribu manusia terkorban. Kalau ikut pada data, lebih 500 ribu yang berjangkit. Peningkatan yang sangat cepat. Bahaya.

Maka, di sini lah menjadi kekangan buat semua industri logistik. Baik di eropah atau di Asia. Habis semuanya terkesan dengan pandemik ini. Berdasarkan maklum balas pihak logistik rasmi MyWau di Guangzhou, kini terdapat hanya dari 2-5 penerbangan sahaja yang menguruskan penghantaran kargo dari China ke Malaysia. Setiap hari.


Berbanding sebelum pandemik, ianya tercatat sebanyak 20-25 jenis penerbangan kargo. Ianya banyak. Dan sangat sesuai dengan bilangan permintaan. Sampai ke destinasi pun dalam kadar masa 5-10 hari saja. 


Hari ini, untuk makluman semua, permintaan sangat menggila. Lambakan barang di lapangan terbang menyebabkan banyak yang tertangguh. Bukan disebabkan kapal terbang tiada, tetapi ianya kerana faktor kapal terbang yang tidak cukup. Bukan mudah. 


Disebabkan itulah, dari sepatutnya sampai sekitar 7-10 hari kini berlanjutan ke 19 atau 20 hari. Maka, diharap kepada semua pengguna MyWau bersabar dan teruskan berdoa agar situasi ini kembali pulih macam dulu. Sebenarnya, bukan saja MyWau yang terkesan. Ramai pemain industri logistik yang terkesan juga. 


Akhir kata, hadamlah kalimat orang tua, biar lambat, asal selamat. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Fahamkan pelanggan situasi sebenar. Usah mencari balah, tapi carilah penyelesaian. 


Sama-sama kita hadap. Sama-sama kita selesaikan. Sama-sama kita menang. #Covid19 #Kitajagakita #Kitajagamywau #MywauJagaKita


Sumber gambar: MKN & Air Cargo Week

Style Switcher

Pre Define Colors

Custom Colors
Layout